Bukan aku tak mampu beli kasut, tapi ada kalanya ada lagi benda penting yang aku nak kena settlekan.
Nak beli baru, tapak je yang
rosak, yang lain semua elok lagi. Kalau beli paling murah pun mau
RM100++ mungkin lebih. Tapi tu la demi langkah penjimatan yang harus aku
praktikkan aku hantar ke tukang kasut di Cheras [taman suntex].
Aku tanya tukang kasut boleh
tukar tapak tak? Dia cakap boleh, dia sambung lagi... "Ini betul-betul
pakai kasut ni dik". Haha sedeh. Segan nak tunjuk gambar kasut yang lama tu memang
boleh campak buang dah. Dua-dua belah dah berlobang, besar pulak tu. Kalau jalan tempat berair tu kompom stoking basah. Kesian kan.
So inilah hasilnya selepas buat penambahbaikan pada kasut aku. Hanya RM50 saja sepasang. Kalau pandai cari tempat mungkin lagi murah. Takpun yang ni paling murah. Jimat ke tak? Tukar tapak, siap jahit lagi. Maka kasut aku kembali meneruskan tanggungjawabnya. Dapat setengah tahun bertahan pun dah kira bagus dah. Kalau ada kasut-kasut korang yang boleh dibaiki lagi sila baiki. Dah banyak dah kasut yang aku tengok macam putus harapan tapi selepas keluar dari kedai tukang kasut, ia nampak membawa sinar harapan. Hhehehehe..
**Lagi satu tips aku jangan pandai-pandai letak gam UHU kat kasut kalau terkoyak ke apa, tukang kasut tak suka, itu gam mati namanya. Nanti nak repair susah. Gam kasut sila guna gam kasut.
dh jadi mcm baru.hehe..btl tu, selagi blh guna baik guna jer
ReplyDeletegam uhu... dlu masa skolah sy salah sorang yg slalu guna uhu..
ReplyDeleteKasut bola dia boleh repair tak?
ReplyDelete