Pages

Sunday, September 7, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari #7 | Sejauh mana pendidikan tu penting bagi aku

Masuk Hari #7 [seminggu] dah Cabaran 30 Hari | #Kelabbloggerbenashaari. Fuh kejap je kan. Hari ni menguji pengetahuan isu semasa kita pulak. Sejauh mana pendidikan tu penting dalam diri aku. SANGAT PENTING! Tu jawapan muktamad aku. Tak perlu talian hayat. Syukur kita ada golongan pendidik yang tidak jemu mengerah kederat mendidik kita dulu dan anak-anak kita sekarang. Biar pun dah berusia pendidikan itu tetap penting. 
Pendidikan ni sebenarnya merangkumi banyak aspek, agama, akedemik, moral mahupun jasmani dan rohani. Semuanya berkait rapat antara satu sama lain. Pendidikan akedemik tinggi tapi agama ntah kemana mana pun tak guna jugak. Biar sama belen. Topik ni aku rasa aku jawab macam soalan exam pulak. Agak-agak ada ke tak point yang sangkut. Biaq pi lah, aku cerita ikut logik. Haha..
Zaman moden ni zaman bersaing, masing-masing nak belajar tinggi-tinggi, nak dapat pekerjaan yang best-best. Doktor, peguam, jurutera, arkitek, saintis dan lain-lain lagi. Sekarang ni peluang pekerjaan semakin sukar, pesaing semakin ramai kalau pendidikan tak tinggi memang tipis harapan untuk dapat pekerjaan. 

Eh dah macam pengkaji pulak rasanya. Okeh sekarang saya dengan ditemurah oleh wartawan bla...bla...bla... 

Sekian terima kasih.

1 comment:

  1. Dunia sekarang ni, melalui TV pun boleh belajar.. Tapi kena make sure yang positif2 la..

    ReplyDelete