Dah terkena baru nak beringat. Kepada korang kat luar tu,
sama ada bergelar photographer ke, atau seseorang yang memiliki kamera Dslr tu
sentiasa lah beringat. Memiliki Dslr
bukan macam guna henpon bai, boleh letak merata-rata. Kamera Dslr ni sensitiviti sebenarnya. Mudah
dijangkiti ? Percaya atau tidak? Memang mudah naik fungus atau kulat. Kalau tak haga, letak merata-rata tempat lembap. Tak kuarkan dari beg dan sebagainya. Kamera DSLR ada
tempat khas nak simpan Kamera iaitu Dry Box. Paling murah harga RM90++ kalau
tak silap, itu pun paling chokia punya. Alamak kos lagi kan. Ingatkan dah ada
DSLR ni tak perlu maintenance. Tapi kalau dah terkena tu solusinya hantar
servis je la. Kalau sempat lagi sila beli dry box. Kalau yang
berduit la. Aku pergi servis body saja hari tu RM160. Lens member aku
servis dalam lingkungan Rm150++ Perghh
tak berbaloi. Macam menyesal tak jaga betul-betul.
Dah kena macam ni. Aku? Takkan aku nak pisang berbuah 2
kali? Tapi nak beli Dry Box takde modal so aku buat la DIY Dry Box. Nak kata
keberkesanannya 100% tu tak la. Tapi aku yakin langkah ni mampu melindungi
kamera DSLR aku.
1. Bekas segiempat panjang plastic- RM8
2. Plastik kedap udara-Rm5
3. Penyahlembapan –Rm4
Total cost Rm17 ? Anda mampu mengelakan DSLR korang
dijangkiti Fungus atau Kulat. Hebat-hebat..
Haa, gini je DIY DRY BOX aku. Mudah dan simple. Tak makan space pun. Sorok bawah meja komputer. Abis cerita. Korang tunggu apa lagi. Kalau salah cara aku jangan ikut tau.
Tulah memang susah juga tgok abang jaga camera tu. Sampai sanggup beli satu almari kecik semata - mata nak simpan camera ni. Alahai....
ReplyDeleteoooo.
ReplyDeleteselalu masuk beg, tinggal je. hoho
bagus ek
ReplyDeletewah wajib ada tu ya
ReplyDeleteHuishhh kena beli untuk dslr ena ni..
ReplyDeletewah menarik ni boleh dipraktikkan ni...
ReplyDeleteFungus kat lens, boleh kata murah lagi. Fungus kat sensor? nangis tak berlagu
ReplyDeleteDIY ni ok le kalau takde upgrade..tapi tak digalakkan utk stay macam ni je..meter pun kena ada dalam tu nak mantain darjah kelembapan tu
ReplyDeletewaaaa, kene ikut cara nih.tq dausss
ReplyDeleteBagus ni
ReplyDeleteSaya pun buat DIY dry box tetapi guna penyahlembapan yg lain sbb lebih selamat sbb takde cecair. Bekas thirsty hipo blh retak.