Sunday, September 7, 2014

Pengalaman Pertama Aku Berbekam | Buang Toksik

Bekam.. B.E.K.A.M  bukan Beckham | The first time seumur hidup aku berbekam. Benda ni dah lama dah terniat nak buat tapi tak bersungguh sungguh. Baru-baru ni Abah Careno bagitau kat aku dia nak buat bekam, katanya dia call orang bekam tu datang rumah dia buat. Aku pun teringin la jugak nak try. Alang-alang rumah dia dekat dengan rumah aku boleh la aku tumpang sekaki. Haha.. 

Banyak kelebihan berbekam ni. Antaranya: 
Membuang darah kotor dari dalam badan[toksik]
Berbekam juga boleh merawat banyak penyakit migrain, gout, lelah, gangguan syaitan, tekanan darah, diabetis dan banyak lagi.
Berbekam ni ada banyak jenis rupanya. Bukan setakat buang darah kotor je. Jom tengok
Pertama sekali dia buat bekam luncur. Dia sapu minyak dulu kat belakang dan tekapkan satu cup bekam tu kat belakang, kemudian dia bawa je meluncur ke seluruh belakang. Sedap tu, yang ni tak sakit terasa macam buat urut keretapi kat belakang. Tau tak? Tak tau dah... Wakaka..
Yang kedua ni di panggil bekam kering | bekam angin. Masa ni semua point[titik] ditekapkan  dengan cup bekam tu. Titik ni bukan sebarangan titik. Katanya titik tersebut adalah titik-titik Sunnah Rasulullah. Berbekam juga sunnah ya. Amalan Rasulullah. Bekam kering ni tak sakit cuma kulit jadi tegang sikit. Okeh yang ni kalau nampak cup tu berwap maksudnya ada angin dikeluarkan. Angin banyak la tu.
Last yang ketiga ni baru la Bekam Darah | Bekam Basah. Tengok yang ni baru ngeri sikit tapi takde la sampai tak jadi buat. Aku mula-mula cuak gak tengok member aku , sebab dia buat dulu. Yang risau tang toreh tu. Tapi yang ni bukan toreh guna pisau yer. Yang ni guna sejenis alat menyerupai pen. Tak sakit pun.
Maka ini lah hasilnya.. Darah kotor yang keluar dari badan. Kejap berbentuk jelly..
Kat tengkuk aku paling banyak skali. Sampai legam bekas yang tinggal. Takut nengokyer. Tapi takpe kesihatan punya pasal, dengan IzinNya jangan lupa. Selesai berbekam sekitar sejam lebih sorang. Haa, lepas berbekam jangan terus mandi. 

Okeh sini ada sedikit info pasal tukang bekam. Khidmat Bekam & Urut sekitar Putrajaya. Kalau luar kawasan seperti Kuala Lumpur & Selangor ni, rasanya boleh tapi kena call dulu, kalau dia kelapangan dia akan datang. Buat temujanji dulu.
Khidmat bekam hubungi 019-9978427 (Asyraf)

2 comments:

  1. rm60 tu utk bape bekas bekam? eeee sy mmg xberani nk bt.geli tgk bekas dia.hehe

    ReplyDelete