Pages

Sunday, October 5, 2014

Bertemu dengan Kedutaan Rusia di Malaysia

Bukan mudah nak jumpa orang-orang kenamaan ni.  Berpeluang bertemu dengan Kedutaan Rusia di Malaysia atas jemputan sahabat Paris Asyikin dan Abah Careno adalah satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Peluang yang tak mungkin aku lepaskan. Jemputan ke jamuan makan tengahari dengan Kedutaan Rusia, bertempat di Russian Centre for Science & Culture, Jalan Ampang. Wow.. 
Macam biasa berselfie dulu . Bendera Malaysia dan Rusia
Ini lah dia, Duta Rusia di Malaysia Lyudmila G. Vorobyeva.  Beliau memberi sedikit taklimat dan menceritakan serba sedikit tentang Negara Rusia. Banyak jugak tempat menarik kat sana. Merupakan benua terbesar di dunia.
Beliau jugak cerita serba sedikit tentang sejarah ketenteraan Rusia, di mana tahun ni merupakan ulang tahun ke -100 selepas Perang Dunia 1914. Perghh ingat pulak aku sejarah.
Antara galeri gambar yang ada kat sini. Sejarah yang tercetus di Penang. Boleh tahan tragik jugak sejarahnya.
Gambar angkasan-angkasawan Rusia, yang merupakan manusia pertama ke angkasa. Antaranya Yuri Gagarin.
Sebahagian dari galeri gambar yang ditayangkan kat sini. 
[One of the famous Russian Souvenirs, Matryoshka Dolls | Russian Nesting Doll | Babushka Doll]  
Salah satu patung sovenir yang terkenal di Rusia iaitu Martroshka . Dalam patung ada patung. Ada 7 biji semuanya, memang unik patung ni.
Anak anak Rusia yang berada di Malaysia. Mereka ni merupakan penyambut tamu kami hari ni. Mereka mempersembahkan 3 jenis tarian tradisional penduduk Rusia yang menjadi daya tarikan negara mereka. 
Tarian pembukaan sebagai penyambut tamu. Memperkenalkan shawl-shawl / selendang yang terkenal di Rusia

Tarian ketiga ni ada kaitan sempena memperingati sailor-sailor kalau tak silap aku. 
Selfie di ketika yang lain sibuk merakam tarian. Yela peluang ni bukan slalu datang. Apapun aku ucap terima kasih atas jemputan makan tengahari bersama Kedutaan Rusia di Malaysia. Dan apa yang menarik lagi, aku dapat merasai pelbagai sajian makanan orang Rusia. Memang sedap-sedap. 

2 comments:

  1. Pengalaman tgok di tempat kita...mn tau next time bleh pi tempat diorang plak...

    ReplyDelete