First time aku jejak kat Masjid kat Kuching ni. First time jugak solat Jumaat kat sini. Masjid ni dipanggil Masjid Bahagian Kuching. Aku tak pasti ada nama lain, tadi aku search kat internet, search kat waze pun tulis Masjid Bahagian Kuching. Ye la kot. Memang terletak di bandar Kuching. Yang menariknya arah kiblat masjid ni terbentang luas sebatang sungai. Tak sempat aku nak ambik gambar pasal ramai lagi jemaah masih menunai solat sunat masa ni.
Ustaz yang membaca khutbah ni memang terbaiklah. Tak baca skrip tapi ayat-ayat yang disampaikan cukup tersusun. Tak mengantuk langsung aku dengar khutbah ni. Antara yang menjadi santapan minda dalam khutbah " jadikanlah isteri-isteri dan anak-anak kamu sebagai penyejuk mata"
Suasana selepas solat Jumaat. Jemaah menunaikan solat sunat.
Sesuatu yang menarik aku jumpa kat sekitar masjid ni, ada satu kawasan parking berbayar depan masjid ni, dorang bagi parking percuma dari pukul 12 tghri sampai 2 petang khas untuk solat Jumaat. Alhamdulillah.. lagipun kawasan parking tepi-tepi jalan agak terhad. Yalah dalam bandar kan..
allahu, cantik dan selesa masjidnya ..
ReplyDelete