Pages

Friday, October 24, 2014

Mee Sapi | Mee Kolok Haji Salleh terkenal di Kuching

Mee Sapi | Mee Kolok Haji Salleh terkenal di Kuching
Tak sangka akhirnya dapat jugak merasa mee kolok | mee sapi yang sebenar. Setiap kali balik Kuching aku memang tercari-cari akan Mee kolok ni. Memang aku jumpa mee kolok kat tempat lain-lain, cuma rasa tak brapa nak sama. Tapi yang ni memang betul-betul marvellous. Rupanya Mee Sapi | Mee kolok Haji Salleh ni sememangnya terkenal di Kuching | Satok. Aku je yang tak tau. Kawan-kawan aku ramai yang dah makan kat sini. Nasib baik la tanya dorang tadi. Kalau tak melepas lagi la rasanya.  
Mee Sapi | Mee Kolok Haji Salleh terkenal di Kuching
Ni Akak yang masak Mee Kolok | Mee Sapi ni. Tenang je. Yang special abis da.. Biasa pun jadi la. 
Mee Sapi | Mee Kolok Haji Salleh terkenal di Kuching

Haa, tudiaaaa... Inilah dia rupanya Mee Kolok | Mee Sapi Haji Salleh. Ramai lagi orang yang tak pernah  merasai mee kolok ni. Tak kenal maka tak cinta. Kalau datang ke Sarawak, jangan lupa makan Mee kolok | Mee Sapi dan juga Laksa Sarawak. Sesemangnya makanan terkenal di Sarawak.
Mee Sapi | Mee Kolok Haji Salleh terkenal di Kuching
Bllrupppp! Alhamdulillah 2 pinggan kot. Melampaunya, licin. Yela makan 2 pinggan tahan setahun. Kat KL tak jumpa Mee Sapi ni. Bukan selalu dapat makan. 

Sapa-sapa yang teringin nak rasa mee kolok | mee Sapi Haji Salleh, Lokasi Restoran ni betul-betul selepas flyover Satok. Sebelum sampai Wisma Satok. Sebut flyover satok ni ramai yang tau. Dengan flyover pun terkenal. Nyumm...

2 comments: