Pages

Thursday, November 27, 2014

Pesta Sukan PASTI As-Syakirin 2014

Berakhir sudah program dari sekolah PASTI As-syakirin taman seri raya tahun 2014. Ni kira acara penutup bagi tahun ni. Pesta sukan PASTI 2014 dirasmikan oleh YB Dr. Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat. Budak-budak semua semangat kesukan betul pagi ni. Siap ada acara perbarisan pulak. 
Tu Akif.. no 5 dari bendera hijau tu. Sempat lagi pandang camera. Hehe... Renyihh aje.
Ada terbahagi ikut rumah rupanya. Akif rumah hijau. Macam mana nak beza?? Ada reben lekat kat baju.
Ibu bapa, penjaga yang hadir memberi sokongan kepada anak masing-masing. Alhamdulillah sambutan ramai dan meriah.
Kelihatan YB. Dr. Che Rosli, memerhati anak-anak PASTI dalam acara susun puzzle. Rumit jugak puzzle ni. Nak siapkan lebih 5 minit gak.
Akif dalam acara isi air dalam botol. Fuuhh lajunyer anak babah ni lari. Rumah hijau johan acara ni.
Risau je aku tengok, kang termasuk sponge dalam botol. hehe..

Acara keretapi pulak. Aku tak tau nama permainan ni tapi yang orang depan tu kena tutup mata. Sapa sampai ke garisan penamat dia menang. Barisan takleh putus putus..
Acara kemuncak penutupan, penyampaian hadiah kepada pemenang. Akif and the gang dapat hadiah saguhati dari sekolah PASTI. Sebelum penyampaian hadiah macam biasa ada pertandingan atau acara ibu bapa. Aku? Haha orang paling setia turut serta. Nak tengok acara apa tunggu next entri. Gambar tengah nk susun.. Bye!! 

Tuesday, November 25, 2014

Majlis Jamuan Makan Malam Negeri dengan Menteri Besar Kedah

Alhamdulillah dapat hadir ke Majlis Jamuan Makan Malam Negeri bersama dengan Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Y.Bhg Dato' Ir. Annies Md.Ariff baru-baru ni bersempena Hari Inovasi JKR Malaysia. Majlis yang dihadiri oleh warga JKR yang terlibat dengan hari Inovasi.








Antara tetamu yang hadir pada majlis makan malam negeri.
Tetamu berdiri menyambut kedatangan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Ucapan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Y.Bhg Dato' Ir. Annies Md.Ariff
Ucapan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Majlis makan malam disajikan dengan pelbagai jenis lauk-pauk ala buffet. Antaranya mee rebus, satay, kambing bakar, rojak mee pasemur dan yang menjadi santapan pilihan aku ialah 
Pulut kuning dengan gulai itik dan gulai telur. Antara yang jarang dijumpai dan agak unik. Aku ambik yang ni dulu.
Yang kedua aku pilih Nasi kandar yang, nasi briyani, ayam masak merah, daging masak kicap, kari sotong, .. blah blah utara ni bab nasi kandar memang favourite aku. Sedap bak ang. Satay ke kambing ke tak kisah sangat dah. Dah jemu.
Tetamu dimeriahkan lagi dengan dendangan beberapa buah lagu dari anak tempatan negeri Kedah. Juga sebelum tu disajikan persembahan teater menyambut kedatangan Warga JKR.
Turut memeriahkan majlis makan malam, adik Iqbal, celebriti Ceria Popstar 2. Kenal tak? Adik-adik kompom kenalnyer.. Suara memang terbaik dan mantap.

Sebelum majlis bersurai sempat lagi berphoto bersama dengan Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir. Buat kenang-kenangan. Bak kata orang bukan selalu dapat peluang sebegini. Kelibat Pengarah JKR Negeri Kedah, Tuan Hj Shamsuddin Bin Bakar ( berbatik kuning sebelah kiri). Tengah tunggu gambar aku dengan MB tak dapat-dapat lagi. Kemeraman tak passing-passing lagi.

Sunday, November 23, 2014

Negeri Jelapang Padi | Kedah Darul Aman

Aku rasa tak semua orang tahu kenapa Negeri Kedah tu juga dipanggil Negeri Jelapang Padi. Pada asas logiknya mesti ada kaitan dengan pengusahaan tanaman pagi. Dan aku pun akan jawap benda yang sama. Selama ni aku ke Kedah, aku guna jalan darat memang aku tak prasan sangat bendang-bendang padi ni. Kalau nampak pun takde la seluas mana pun. Baru-baru ni aku berpeluang ke Alor Star menaiki pengangkutan udara. So terserlah jawapan seluas-luasnya.
Lapangan terbang Sultan Abdul Halim, Kedah. Bulan Oktober dan November ni saja dah 3x aku ulang alik naik flight atas urusan kerja.
Haa, ini lah dia. Pemandangan dari udara kawasan Alor Star. Mula-mula aku sampai sini aku tak prasan sangat bendang-bendang dan aku tak sempat pun ambik gambar pemandangan dari udara. Dah naik flight balik baru aku prasan. Tapi dah terlepas moment. Kali kedua aku pergi aku dah ready. Sebab bukan slalu aku ke sini naik flight. Harus dirakamkan pengalaman di atas bumi Kedah Darul Aman ni.


Tu diaaa seluas-luasnya tanaman padi. Bendang | Sawah | Negeri Jelapang Padi.
Sempat aku rakamkan Stadium keramat Negeri Kedah, Stadium Darul Aman.
Dan yang ni, Istana Negeri Kedah | bangunan putih tu. Nampak tak?? Kalau tak nampak zoom kan hihiih... 

Maka terjawab sudah kenapa negeri Kedah dipanggil negeri Jelapang Padi. Pengalaman yang menarik dan pemandangan yang indah. Kalau ada info tak betul sila tambah kat ruangan komen ya.. Sekadar sharing ya..

Thursday, November 20, 2014

Hari Inovasi JKR 2014 | TH Hotel Alor Star

Berkampung di Hotel Tabung Haji | TH Hotel Alor Star 16-18 november baru-baru ni sempena Hari Inovasi JKR Malaysia. Tahun 2014 negeri Kedah menjadi tuan rumah. TH Hotel dipilih sebagai Venue utama | Penginapan dan Event. Lokasi hotel pulak tak sampai 1km je dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Dekat sangat kot. Naik kereta dari airport ke hotel tak sempat panas punggong.. Aku? buat apa kat sini? Aku ajk ICT, patutnya aku jaga live streaming tapi ada beberapa sebab tak boleh dielakkan so live streaming dibatalkan. Makanya aku membantu rakan lain dalam pengendalian audio visual | live feed dan jadi photographer untuk bahan montaj akan datang. 

Rasanya ramai yang tak tau ada TH hotel kat Alor Star ni, yalah usia baru setahun lebih. Jom preview bilik yang aku dok. Besar selesa dan bersih.


Bilik yang aku check in ni ada 4 katil single. Yalah dok sampai 3 orang. Ingatkan dapat sorang sebilik.. kikiki.. 
Ni antara equipment yang ada kat dalam bilik. Ada Iron+ board | Hair dryer | Jug kettle | fridge dll. Bilik air best, selesa dan air sangat kuat. Puas giler aku mandi. Kalau menginap kat sini memang puas hati. Aku tak tau brapa harga bilik semalam.


TAPI... yang tak brapa nak best kalau stay sini, jauh sikit dari pekan atau bandar. Kalau yang datang kenderaan sendiri tu boleh sangat stay sini. Boleh saja keluar berjalan. Masa aku datang ni, aku naik flight dan dijemput oleh kenderaan jabatan. Sampai hotel bila ada masa terluang tu terpaksa la duduk hotel je. So sad :( tak sempat berjalan-jalan pun. Pergi menjalankan tugas katakan.

Saturday, November 15, 2014

Bila aku beraksi dalam Studio | MyCreativePixel Studio

Dah lama dah dapat hasil photoshoot tempoh hari. Baru berkesempatan nak up entri. Maklum la sibuk sikit dengan kerja lain. Photoshoot di Studio satu pengalaman baru sebenarnya. Tajaan sepenuhnya oleh MyCreativePixel Studio. Jom tengok antara-antara hasilnya.. 


Tema: Merah Hitam
Logo: Kelab Blogger Ben Ashaari
Tagline: Bukan Sekadar Blogger
Manchester United






Baju Korporat Kelab Blogger Ben Ashaari
Possing ala-ala kadar je, tak reti sangat possing ni. Haha nasib baik tukang kamera spotting layan aje karenah kami.

Tampil kelainan sikit, yela kalau ramai yang berkemeja, aku sorang je pakai jersey. Memadai dengan tema merah hitam dan tiada wajib pun. Apapun photoshoot ni sungguh meriah dan berbaloi-baloi. Puas hati dengan hasil Mycreativepixel studio ni. Kemungkinan besar aku akan ke sini lagi, photoshoot family mungkin. Tengah dalam perancangan. 

Kalau yang berkeinginan nak shoot studio boleh try usha facebook page  Mycreativepixel Studio [KLIK SINI]
atau hubungi terus 012-3602384 (Aiman)

Saturday, November 8, 2014

Lego Ultraman | Koleksi Akif

Hah tudia, lego Akif pulak menyusul. Tak sah kalau balik kedai tangan kosong. Hmm.. Lego Ultraman pulak, adess.. Hari tu Teenage Mutant Ninja Turtles, ni Ultraman pulak. 3 Untuk Akif...


Ultraman Taro | Ultra Father | Ultraman Gaia
Macam-macam nama lah Ultraman ni. Dulu kecik-kecik aku ingat Ultraman Ace je. Yang lain aku tak ingat. Zaman generasi Y sekarang macam-macam dah. Tu tengok kat Astro Ceria 611 tu, Ultraman Tiga, Mebius, Dyna, Cosmos, Max... tak larat nak hafal. Anak buah aku pernah list nama ultraman sampai penuh 1 muka surat. Dekat 50 watak gak rasanya..


Kad-kad yang ada dalam kotak ultraman ni. Dah macam kopipes je ayat aku tang kad-kad ni. Buka lego ada kad asal kad je mesti dari kotak lego. Haha.. Nak buat cam mana, yang nak beli boleh refer sini kan. Takut-takut indah kabar dari rupa. Beli kotak ultraman punya cantik tapi dalam tak dapat kad. Dapat pulak ultraman muka cacat. 

Hmm idea menarik, sebelum beli refer blog ni dulu. Tapi tak mampu la aku nak beli semuanya. Kalau aku berduit aku borong semua.. Aku buat LEGOLAND dalam rumah ni.

Friday, November 7, 2014

Lego The Simpsons | Koleksi Aliah

Macam-macam lego yang ada sekarang ni. Apa-apa saja boleh dilegokan. Kali ni kakak Aliah pun nak gak lego. Masa ni Aliah berkenan dengan lego The Simpsons.. Meh tengok guane rupanya.. Aku bukan nya tau sangat pasal citer The Simpsons ni, layankan jela.

4 kotak untuk Aliah. Kalau tak beli satu set macam tak lengkap je. Takde geng lego tu nanti. Banyak lagi watak dalam The Simpsons yang aku google ni, tapi watak yang ada kat kedai ni yang 4 ni je. Boleh la ni. 
 Ned Flanders | Maggie Simpson | Marge Simpson | Momer Simpson
Nama-nama watak dalam The Simpsons. Yang 3 orang ni simpson ni satu keluarga rupanya. Haha. Idok ler tau.
Comel-comel dan lawak giler la lego-lego The Simpsons ni. Ada si botak, meggie simpson  tu siap ada patung lagi. Haha..

Macam biasa setiap kotak lego ada kad-kad mainan untuk dikumpul. The Simpsons ini aku ketegorikan sebagai lego sitcom siri animasi keluarga yang famous kat amerika. Hmm lego bersiri pun hado. Belasah je lah.. Kalau kakaknya dapat lego, adiknya Akif Danish pun ada jugak. Tunggu Akif punya lego pulak menyusul kemudian.

Wednesday, November 5, 2014

Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari


Baru-baru kami blogger Kelab Blogger Ben Ashaari telah buat satu aktiviti photoshoot. Wow macam best je. Photoshoot ni telah dirancang dan dikendali oleh bro Lan Careno. Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari yang berlokasi di Mycreativepixel studio PV128, Setapak.
Apa yang menariknya siap ada tema pulak tu. [Tema Merah Hitam] Sebelum aktiviti ni bermula, semua dah diberi task dah. Task? Pergi photoshoot pun ada task-task bagai. Hehe bukan apa, bukan semua orang biasa photoshoot ni. So ada la nanti yang malu-malu ngiaw depan kamera nanti, tak tau nak poss macam mana. So task ni la yang blogger kena persembahkan, dah bagitau siap-siap apa nak buat. Senang kan...

Meriah sungguh studio MyCreativePixel dengan jumlah blogger Kelab Blogger Ben Ashaari yang datang seramai 26 orang.
Seawal jam 10 pagi dah ada yang sampai untuk proses menacap muka, make up la tu, wah dah macam retis dah. Memang ramai pun yang dah tahap retis.. Kikikiki.. Beberapa Makeup Artist | MUA khas yang datang menaja persolekkan, menaja shawl dan lain-lain. Boleh dapatkan mereka di instagram. @wiidaribbon @shazaamalina @etty_garib @yanneskay @tyasalmid @daniafacon @irnanylea
#makeupbywiidaribbon #makeupbyshazaamalina #GlamoresqueByEttyGarib #Yanneskaysmakeup
Breakfast katanya pulak disediakan oleh Intan Catering, mak kepada blogger Ruby.. Sedapppp, makan bertambah-tambah.. hihi. Terima kasih bebanyak semuanya.. 
Sorang demi sorang possing depan kamera... Yang belakang tunggu dengan berdebar, macam nak masuk ujibakat pulak. Apa di gugup ntah... Ala santaiii je ni.. Turn aku? Aku orang pertama sekali. Ingatkan shoot awal boleh balik awal haha sampai ke habis gak aku tunggu.
Tengok la gaya Projek Manager, bro Lan Careno dengan korea style katanya.. Al-maklumla dah terjebak dengan "RunningMan"... apa nak dikatakan.. Belum tengok full custom lagi. Tunggu..
Cameraman bro Aiman.. Owner studio MyCreativePixel kelihatan sangat rilex dan cool. Senang berkolobrasi dengan dia. 
Hamboii ni nak pergi photoshoot ke nak pergi stadium ni.. Haha.. Aku tampil dengan gaya tersendiri. Menyahut tema merah hitam.. Aku dengan jersey Manchester United hehehe.. The Red Devil. Kita tunggu la hasilnya nanti, bagaimanalah ropernyer..


So, tak sia-sia tunggu sampai ke akhir. Dapat photoshoot group..
Boboboi Kelab Blogger Ben Ashaari. Amboi Ben Ashaari, macho la tu pakai Rayban.. kikiki
Meriah meriah.. Ini prepost gambar Kelab Blogger Ben Ashaari
Selfie dulu sebelum balik. Penat jugak aktiviti gini. Apapun puas hati, aktiviti berjalan dengan lancar, syabas-syabas semuanya yang memberi komitmen. 

Untuk maklumat lanjut tentang Mycreativepixel Studio [KLIK SINI]
atau hubungi terus 012-3602384 (Aiman)

Kelab Blogger Ben Ashaari dengan Penaja Rasmi Cosmoderm
HALAL skin care and personal care products.
http://www.cosmoderm.com.my
www.twitter.com/ilovecosmoderm 
www.facebook.com/cosmoderm 
#Cosmoderm #halalcareproduct #cosmodermsyganda