Thursday, November 20, 2014

Hari Inovasi JKR 2014 | TH Hotel Alor Star

Berkampung di Hotel Tabung Haji | TH Hotel Alor Star 16-18 november baru-baru ni sempena Hari Inovasi JKR Malaysia. Tahun 2014 negeri Kedah menjadi tuan rumah. TH Hotel dipilih sebagai Venue utama | Penginapan dan Event. Lokasi hotel pulak tak sampai 1km je dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Dekat sangat kot. Naik kereta dari airport ke hotel tak sempat panas punggong.. Aku? buat apa kat sini? Aku ajk ICT, patutnya aku jaga live streaming tapi ada beberapa sebab tak boleh dielakkan so live streaming dibatalkan. Makanya aku membantu rakan lain dalam pengendalian audio visual | live feed dan jadi photographer untuk bahan montaj akan datang. 

Rasanya ramai yang tak tau ada TH hotel kat Alor Star ni, yalah usia baru setahun lebih. Jom preview bilik yang aku dok. Besar selesa dan bersih.


Bilik yang aku check in ni ada 4 katil single. Yalah dok sampai 3 orang. Ingatkan dapat sorang sebilik.. kikiki.. 
Ni antara equipment yang ada kat dalam bilik. Ada Iron+ board | Hair dryer | Jug kettle | fridge dll. Bilik air best, selesa dan air sangat kuat. Puas giler aku mandi. Kalau menginap kat sini memang puas hati. Aku tak tau brapa harga bilik semalam.


TAPI... yang tak brapa nak best kalau stay sini, jauh sikit dari pekan atau bandar. Kalau yang datang kenderaan sendiri tu boleh sangat stay sini. Boleh saja keluar berjalan. Masa aku datang ni, aku naik flight dan dijemput oleh kenderaan jabatan. Sampai hotel bila ada masa terluang tu terpaksa la duduk hotel je. So sad :( tak sempat berjalan-jalan pun. Pergi menjalankan tugas katakan.

2 comments:

  1. perghhh.. part shower tu terbaik.. suke design gitu..

    ReplyDelete
  2. x pernah lagi dok hotel ni walaupun dok kedah..hehehe..baru siap ja tu hotel TH ni..dgr citer mahal gak harga utk semlm...

    ReplyDelete