Lee Fah Mee, jenama mi segera yang cukup terkenal di Sarawak. Oh, dah kenapa aku buat entri ni? Nak promote? Haha bukan nak promote cuma saja terkenang, macam aku, aku yang dah lama menetap kat semenanjung ni, memang banyak perkara yang aku rindu. Aku rindu suasana kampung, aku rindu bau asap bakar kebun, aku rindu zaman kanak-kanak, aku rindu makanan-makanan kegemaranku. Dan yang aku nak cerita ni pasal Mi Segera Lee Fah Mee. Dulu dulu masa masih di sarawak, mi ni la yang sering dibeli & dimakan. Antara favourite mi segera selain Maggi. Takdela makan hari-hari. Makan jika perlu je. Hehe.
Bila dah dok kat semenanjung, dah semakin jarang dah makan sebab takde dijual di sini. Kalau nak merasa pun tunggu la balik kampung baru dapat merasa. Aku pasti ramai geng-geng sarawak yang merindui mi Lee Fah Mee ni. Hehe..
Lee Fah Mee ni ada dua perisa yang asli iaitu perisa kari jawa dan perisa abalone ayam. Baru baru ni tengok ada perisa baru iaitu perisa laksa sarawak.