Wednesday, December 31, 2014

BBQ bersama Atok | Sarawak

Cuti minggu-minggu akhir kami balik kampung, nun jauh di Kuching Sarawak. Kali ni kami balik 1 family. Menjelang Cuti Krismas jugak la kiranya ni, ambik kesempatan cuti panjang. Akif dan Aliah teruja sangat nak balik tapi bila cakap naik flight hmm, takut la apa la. Apapun Alhamdulillah sampai kampung. Akif macam biasa pot pet pot pet dalam flight. Haha.. Abis bateri tab jenuh nak menyetelkan dia.

So Aktiviti pertama kami di kampung, Barbeque dengan Atok. Menu berbaque kami, paha ayam dan lamb shoulder. Ramuan disediakan oleh mak aku.. OK lek lu, kita buat api dulu...
Ambik gambar dulu sebelum tolong Atok, hehe... Akif ni kalau senyum mesti nampak gigi. Hahaha.. Oh ya lupa nak bagitau, pokok sebelah pondok BBQ ni pokok buah mata kucing. Dah ada kuar buah kat belakang tu, tapi kecik lagi. Hehe.
Sebelum tolong Atok, atok ajar dulu macam mana nak kipas api.
Haa, beriya Akif dan Aliah kipas, ada bakat tak? Haha ini betul-betul ke gimik je ni? Ok ok nampak real tengok api tu menyala. Pandaiiii anak-anak babah ni..
Okeh, adik aku pun tangkap jugak dengan baby girl dia.. . Anak buah aku, Wumitraa Vanesa.. baru masuk 4 bulan, kiut miut gitu.. Yang baju belang-belang ni mak aku.. Eh mana Akif dan Aliah, lari ekk. Sian Atuk BBQ sorang-sorang..
Ni la dia, Menu Barbeque kami... 

Sejam kemudian.....................

Tadaaaaa.... perghhh mantoppp.. serius terliur pulak aku tengok. Memalam buat entri ni jadi lapar pulak. Adeh.. Ayah aku bab BBQ ni memang boleh tahan.. Hasilnya tip top, tak hangus, Tak hitam legam. Hehe.. Enak dimakan panas-panas.. Yummy.

2 comments:

  1. Wahh.... yummmy!!sukanya budak comel berdua tu ye blh berbbq ngan atok... ;)

    ReplyDelete
  2. Nampak BBQ memang ingat kg.. Setiapkali kalau Nurul blk kg, mesti buat bbq.. Mmg best!

    ReplyDelete