Pages

Sunday, December 7, 2014

Birthday Party Ben Ashaari di Flora Cafe

Hasil perancangan rapi oleh Kelab Blogger Ben Ashaari yang di kemudi oleh Yanty maka tercetuslah idea untuk buat mini party sempena hari lahir Blogger Otai, Ben Ashaari pada 30 November 2014. Lokasi yang dipilih di Flora Cafe, Ampwalk Mall, Ampang. Kehadiran blogger-blogger dari kelab blogger ben ashaari dan keluarga masing-masing cukup meriah.
Tema kek pun ikut tuan dia "kek SADO" haha.. Kek ni di taja oleh Kak Nina Cybercake. Kek Red Velvet yang sangat sedap. Siap tapau bawa balik. hihihi..
"Selamat Hari Lahir Bro, Ben Ashaari semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, semoga semakin sukses dalam karier". Nak potong kek pun kena ada gaya. Kejap pusing sini kejap pusing sana haha, dah lama tak potong kek ni.
Manja la konon buat muka gitu. Hahaha... Jangan marah bro..


Terima Kasih Flora Cafe yang kerana menyediakan tempat yang paling ohsemm, cantik dan romantik. Dihiasi pula dengan belon-belon yang warna warni ni. Sangat-sangat direkemen untuk yang nak buat birthday parti ker , yang nak buat reunion ker, gather-gather ke.. Rasa macam makan dalam taman gitu..


Layankan je gelagat kami dengan birthday boy ni.. Macam-macam pe'el la bila dah bergather-gather ni. Dah jadi macam satu family.

Makan time

Ni antara menu yang jadi santapan kami hari tu nasi goreng, mee hon goreng, spagheti, cucur udang, bubur kacang hijau, kuih muih, Sosej + fries, rojak buah, air sirap dengan teh tarik.... (ada gambar yang takde pulak)

Promosi dari Flora Cafe
Berminat? Boleh contact Mel (03-2161 8010 / 2181 0986 /012-207 0166)

Facebook : Flora Kafe Ampwalk
Instagram : @florakafe
 
Kami juga tak lepaskan peluang berphoto kat sini. Tempat cantik lak tu.. Apapun terima kasih semua yang datang memeriahkan parti. Bertemu lagi nanti di event-event akan datang, semoga perjumpaan sebegini dapar merapatkan lagi ukuwah antara kita. InsyaAllah.

2 comments: