Pernah tak korang nampak, ternampak atau makan buah ni? Buah apa ni?
Okeh buah ni ada macam-macam gelaran. Ada yang kata Belimbing Hutan, ada yang kata Belimbing Sarawak, ada jugak yang cakap Tampoi Belimbing. Bidayuh panggil "Grummiing". Apa pun gelarannya ia telah diberi nama "Baccaurea angulata" nama saintifik, atau dalam bahasa Inggeris "Red angle tampoi" atau "Tampoi belimbing" dalam bahasa melayu. Rujukan dari pakcik Google.
Untuk pengetahuan korang semua, pokok ni hanya dijumpai di Borneo sahaja dan tak de kat tempat lain. "Only found in Borneo and nowhere else". Ini Fakta. So kalau nak merasa buah ni kena la pergi ke Borneo. Pergi kampung aku pun ada TAPI kena ikut musim la. Pokok ni berbuah secara bermusim, bukan ikut suka hati dia je. Hehe..
Buah Tampoi belimbing ni berwarna merah perang, isinya berwarna putih. Rasa manis isinya manis.
Inilah pokok Tampoi belimbing. Ini kat kampung aku. Ada la 2,3 pokok dalam kebun. Buah Tampoi belimbing ni bertangkai dan keluar pada batang pokok bukan pada pucuknya. Pokoknya agak tinggi. Nak buah kena panjat pokok ni lagi baik kalau jolok takut pecah-pecah.
sedapnya :)
ReplyDeletetengok gambar pun dah meleleh air liur ni... camne?? hahahhaa..... bestnya jadi tupai.... *tetibe*
ReplyDeleteFirst time tengok ni...nampaknya nak kena gi sabah dulu baru dapat merasa ni kan hehe...
ReplyDeleteHehe, first time dengar nama buah ni. :)
ReplyDeleteNi first nampak. Isi dia macam buah rambai.
ReplyDelete