Pages

Wednesday, December 31, 2014

Lee Fah Mee | Mi Segera terkenal di Sarawak

Lee Fah Mee, jenama mi segera yang cukup terkenal di Sarawak. Oh, dah kenapa aku buat entri ni? Nak promote? Haha bukan nak promote cuma saja terkenang, macam aku, aku yang dah lama menetap kat semenanjung ni, memang banyak perkara yang aku rindu. Aku rindu suasana kampung, aku rindu bau asap bakar kebun, aku rindu zaman kanak-kanak, aku rindu makanan-makanan kegemaranku.  Dan yang aku nak cerita ni pasal Mi Segera Lee Fah Mee. Dulu dulu masa masih di sarawak, mi ni la yang sering dibeli & dimakan. Antara favourite mi segera selain Maggi. Takdela makan hari-hari. Makan jika perlu je. Hehe.

Bila dah dok kat semenanjung, dah semakin jarang dah makan sebab takde dijual di sini. Kalau nak merasa pun tunggu la balik kampung baru dapat merasa. Aku pasti ramai geng-geng sarawak yang merindui mi Lee Fah Mee ni. Hehe.. 

Lee Fah Mee ni ada dua perisa yang asli iaitu perisa kari jawa dan perisa abalone ayam. Baru baru ni tengok ada perisa baru iaitu perisa laksa sarawak.
Walaupun jarang makan namun rasa tetap sama, pakejing tetap sama. Sesekali makan fuhh terasa nikmat terkenang nostalgia lama. Yang gambar kat atas ni, aku beli bawa ke KL. Buat stok. Aku je makan, yang lain tak makan kot. Hehehehe

5 comments:

  1. Mee ni sedap sangat.. masa study kat swak dulu ni dah jadi sebahagian hidup selama 3 tahun... huhu... slalu gak cari kat cni tapi memang x jumpa.. huhu...

    ReplyDelete
  2. Nampak mcm sedap..Kat mana ada jual mee ni?Boleh cuba...

    ReplyDelete
  3. Heyyy, jangan cakap je!!! Bawak skali!!1 Hahahaha....

    ReplyDelete
  4. Masa gi umah adik last June, ade try Lee Fah Mee ni.. Dia duk kat beverly garden, abt 30mins from.Kuching.. Kebetulan ade kat umah dia, Laksa Sarawak.. Not bad! Serious sedap! Ingat nk beli bawa balik sini.. Tapi x sempat..

    ReplyDelete
  5. lain kali tapau sikit utk kengkawan sini nak merasa....

    ReplyDelete