Aktiviti pertama Akif & Aliah (my2A's) di musim cuti sekolah 2014. Menerokai alam dinosaurs | Discoveria Avenue K, Kuala Lumpur. Senang je nak cari Avenue K ni. Berdepan dengan Menara KLCC je. Dah seminggu dua Akif & Aliah dok sebut nak pergi tengok dinosaurs. Akhirnya tiba jua. Alhamdulillah, inilah potret kami sekeluarga sebelum pengembaraan bermula. Bunyi-bunyi dah kedengaran dah dari luar. Wahh excited sudah mau tengok.
OOOooopps nanti dulu!! Alamak besarnya dinosaur ni. Agak-agak dia makan kita ke tak?? Takutnyer... ekor leh goyang-goyang lak tu...Eh, hidup betul-betul ke ni.
Antara tarikan utama
pameran ini termasuklah Dino Quest,
iaitu aktiviti mencari spesimen dinosaur dengan menggunakan teknologi RFID
(Radio Frequency Identification). Kesemua pelawat yang mengunjungi pameran ini
akan dilengkapi dengan peta ahli paleontologi dan tag RFID yang akan membantu
mereka mencari penemuan yang menarik. Setelah setiap aktiviti telah
diselesaikan, pengunjung akan menggunakan pelekat yang diberikan dengan
menampalnya di tempat yang betul di dalam peta. Pelawat yang mengumpul kesemua
pelekat akan diberikan sijil Ahli Paleontologi Junior atau sijil Ahli Paleontologi Expert oleh Kapten Dinoscovery di akhir penjelajahan pameran
ini.
Torchlight tak kasi yer. Apa barang pakai torchlight, tak real la nanti. Hehe.. Map ni ada stikers so korang akan cari dinosaurs berpandukan map ni, then tepekkan stikers pada map berdasarkan dinosaurs yang korang dah jumpa. Macam treasure hunt dah..
Dinosaurs tengah bagi briefing! Caya tak? Tak caya pergi tengok sendiri. Aliah, Akif dan Akiff dah excited dah nak masuk ni.
"Mama Akif takut la........ dia tak makan kita ker?"
"Haa, akif jangan usik ya telur dinosaurs tu.. Nanti kena kejar.."
Eh eh rupanya Akif ni nak jadi superhero, ada dinosaurs nak makan teluar tu..
"Hmm selfie jap. Jangan marah yerr Mr.Dinos, kita kawan awak.."
Amboiiii kemain Akif tengok map. Faham ke tak map ni.. Haha
Riding Dinosours, sapa brani boleh naik, sapa takut rugi.. Heheh
Lagi ada paintball, "shoot the mosquito". Akif dengan marker sedang tala nyamuk tengah gigit dinosaurs tido. Yang putih-putih tu..
Aku semestinya sharp-shooter.. 1 bullet 1 mosquito. Tak caya tanya Paris Asyikin.. Dia nampak akan talent aku. Heheh..
Mini volcano playground. Fuhh banyaknyer.. Masukkan bolah ke dalam gunung tu nanti dia akan pancutkan bola tu keluar macam gunung berapi.
Banyak lagi, timbang brapa kilo seekor dinosaurs boleh makan, kiosk-kiosk dan lain-lain lagi.
Did you know??? Wow in Malaysia??
------------------maka TAMAT-lah pengembaraan kami ke zaman Dinosaurs------------
Korang bila lagi??
Gambar kenang-kenangan selepas mengembara. Memasing having fun..
Tiket & Waktu Operasi
Harga tiket
kanak-kanak yang berumur 17 tahun ke bawah ialah RM35 untuk rakyat Malaysia dan
RM50 untuk bukan rakyat Malaysia manakala tiket untuk orang dewasa berharga
RM25 untuk rakyat Malaysia dan RM40 untuk bukan rakyat Malaysia. Manakala bagi
golongan warga emas (60 tahun ke atas) dan golongan kurang upaya, harga tiket
ialah RM19. Waktu pameran dibuka dari 10:00 pagi hingga 7:00 malam, setiap hari
Isnin hingga Jumaat dan 10:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hujung minggu termasuk
cuti sekolah dan cuti umum, dengan kemasukan terakhir pada pukul 7:00 malam.
Untuk maklumat
lanjut atau pertanyaan mengenai pameran, sila layari www.discoveria.com.my atau
laman Facebook Discoveria di https://www.facebook.com/discoveria.kl atau hubungi +603-2181 7218.
Lastly , aku ada berita baik untuk korang!!!!
Dinoscovery
by Dinosaurs Live! dan Destination Malaysia menganjurkan
pertandingan atas talian (online) bermula 1 Disember 2014. Anda berpeluang untuk
memenangi 30 Pakej Keluarga (2 Dewasa dan 2 Kanak-kanak) apabila anda berjaya
menjawab 10 soalan mudah di FB:
Facebook Destination Malaysia. Tertakluk pada terma dan syarat. Korang bolehk klik gambar di bawah ni untuk join contest.. Goodluck....
Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! disokong oleh Malaysia Major Events, sebuah bahagian di Malaysia
Convention and Exhibition Bureau (MyCEB),
iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Kredit photo:
Destination Malaysia adalah panduan kembara lengkap yang meliputi semua yang anda perlu tahu tentang
pelancongan di Malaysia termasuklah pakej pelancongan, penginapan, tempat
tumpuan pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi.
Bagi yang mengutamakan
teknologi di hujung jari, jangan lupa lawati laman sesawang: www.destinationmalaysia.my dan muat turun Aplikasi Telefon Bimbit; dalam IOS dan
Android untuk tips pelancongan yang cepat dan mudah. Jangan lupa ikuti Laman
Instagram: @DestinationMalaysia dan kongsikan gambar percutian anda dengan
#DestinationMalaysia.
nampak menarik. bawak anak anak best ni
ReplyDeleteDaebak...
ReplyDelete