Pages

Saturday, December 6, 2014

Mengembara Ke Zaman Dinosaurs | Discovria Avenue K

 
Aktiviti pertama Akif & Aliah (my2A's) di musim cuti sekolah 2014. Menerokai alam dinosaurs | Discoveria Avenue K, Kuala Lumpur. Senang je nak cari Avenue K ni. Berdepan dengan Menara KLCC je. Dah seminggu dua Akif & Aliah dok sebut nak pergi tengok dinosaurs. Akhirnya tiba jua. Alhamdulillah, inilah potret kami sekeluarga sebelum pengembaraan bermula. Bunyi-bunyi dah kedengaran dah dari luar. Wahh excited sudah mau tengok.
OOOooopps nanti dulu!! Alamak besarnya dinosaur ni. Agak-agak dia makan kita ke tak?? Takutnyer... ekor leh goyang-goyang lak tu...Eh, hidup betul-betul ke ni.


Antara tarikan utama pameran ini termasuklah Dino Quest, iaitu aktiviti mencari spesimen dinosaur dengan menggunakan teknologi RFID (Radio Frequency Identification). Kesemua pelawat yang mengunjungi pameran ini akan dilengkapi dengan peta ahli paleontologi dan tag RFID yang akan membantu mereka mencari penemuan yang menarik. Setelah setiap aktiviti telah diselesaikan, pengunjung akan menggunakan pelekat yang diberikan dengan menampalnya di tempat yang betul di dalam peta. Pelawat yang mengumpul kesemua pelekat akan diberikan sijil Ahli Paleontologi Junior atau sijil Ahli Paleontologi Expert oleh Kapten Dinoscovery di akhir penjelajahan pameran ini.
 
Torchlight tak kasi yer. Apa barang pakai torchlight, tak real la nanti. Hehe.. Map ni ada stikers so korang akan cari dinosaurs berpandukan map ni, then tepekkan stikers pada map berdasarkan dinosaurs yang korang dah jumpa. Macam treasure hunt dah.. 
Dinosaurs tengah bagi briefing! Caya tak? Tak caya pergi tengok sendiri. Aliah, Akif dan Akiff dah excited dah nak masuk ni.
"Mama Akif takut la........ dia tak makan kita ker?"
"Haa, akif jangan usik ya telur dinosaurs tu.. Nanti kena kejar.."
Eh eh rupanya Akif ni nak jadi superhero, ada dinosaurs nak makan teluar tu..


"Hmm selfie jap. Jangan marah yerr Mr.Dinos, kita kawan awak.."



Amboiiii kemain Akif tengok map. Faham ke tak map ni.. Haha
Ada banyak aktiviti yang menarik sepanjang pengembaraan ini. Antaranya berlari dengan dinosaurs. Nak tengok korang boleh lawan tak kepantasan dinosaurs tersebut. Budak-budak jela yang lari. Kalau mak pak budak tak cukup landasan. Hahha..
Riding Dinosours, sapa brani boleh naik, sapa takut rugi.. Heheh
Wall climbing, yang ni nak tengok sarang burung dinosaurs. Korang rasa ada telur ke tak? Ha, gi panjang sendiri. Budak budak pun boleh panjat wall ni, safety semua ada.
Lagi ada paintball, "shoot the mosquito". Akif dengan marker sedang tala nyamuk tengah gigit dinosaurs tido. Yang putih-putih tu..
Aku semestinya sharp-shooter.. 1 bullet 1 mosquito. Tak caya tanya Paris Asyikin.. Dia nampak akan talent aku. Heheh..
Mini volcano playground. Fuhh banyaknyer.. Masukkan bolah ke dalam gunung tu nanti dia akan pancutkan bola tu keluar macam gunung berapi. 
Mencari tulang-tulang dinosaurs pun ada.. Kata nak jadi Paleontologi.. Ni baru realkan...

Banyak lagi, timbang brapa kilo seekor dinosaurs boleh makan, kiosk-kiosk dan lain-lain lagi.
Ni aktiviti terakhir, dah penat mengembara, dah letih so kat sini tempat rehat-rehat. Kat sini ada coloring untuk anak-anak.  

Did you know??? Wow in Malaysia??


Discoveria Cafeteria jugak ada kat sini. Kot-kot rasa lapar ke dahaga, boleh la ke sini. Kemas dan menarik.
------------------maka TAMAT-lah pengembaraan kami ke zaman Dinosaurs------------
Korang bila lagi??
Gambar kenang-kenangan selepas mengembara. Memasing having fun..

Tiket & Waktu Operasi
Harga tiket kanak-kanak yang berumur 17 tahun ke bawah ialah RM35 untuk rakyat Malaysia dan RM50 untuk bukan rakyat Malaysia manakala tiket untuk orang dewasa berharga RM25 untuk rakyat Malaysia dan RM40 untuk bukan rakyat Malaysia. Manakala bagi golongan warga emas (60 tahun ke atas) dan golongan kurang upaya, harga tiket ialah RM19. Waktu pameran dibuka dari 10:00 pagi hingga 7:00 malam, setiap hari Isnin hingga Jumaat dan 10:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hujung minggu termasuk cuti sekolah dan cuti umum, dengan kemasukan terakhir pada pukul 7:00 malam.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pameran, sila layari www.discoveria.com.my atau laman Facebook Discoveria di https://www.facebook.com/discoveria.kl atau hubungi +603-2181 7218.

Lastly , aku ada berita baik untuk korang!!!!

Dinoscovery by Dinosaurs Live! dan Destination Malaysia menganjurkan pertandingan atas talian (online) bermula 1 Disember 2014. Anda berpeluang untuk memenangi 30 Pakej Keluarga (2 Dewasa dan 2 Kanak-kanak) apabila anda berjaya menjawab 10 soalan mudah di FB: Facebook Destination Malaysia. Tertakluk pada terma dan syarat. Korang bolehk klik gambar di bawah ni untuk join contest.. Goodluck....

Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! disokong oleh Malaysia Major Events, sebuah bahagian di Malaysia Convention and Exhibition Bureau  (MyCEB), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 

Kredit photo:

Destination Malaysia adalah panduan kembara lengkap yang meliputi semua yang anda perlu tahu tentang pelancongan di Malaysia termasuklah pakej pelancongan, penginapan, tempat tumpuan pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi. 

Bagi yang mengutamakan teknologi di hujung jari, jangan lupa lawati laman sesawang: www.destinationmalaysia.my dan muat turun Aplikasi Telefon Bimbit; dalam IOS dan Android untuk tips pelancongan yang cepat dan mudah. Jangan lupa ikuti Laman Instagram: @DestinationMalaysia dan kongsikan gambar percutian anda dengan #DestinationMalaysia.

2 comments: