Tuesday, January 6, 2015

Baby Alive Aliah | ToysRUs KLIA2

Lebih kurang pukul 4 petang flight kami tiba di terminal KLIA2, flight dari Kuching. Selesai sudah percutian ke kampung seminggu. Sampai-sampai terminal, aliah dah resah dah. Kenapa? Hurm dalam fikiran takde fikir lain dah Aliah ni, dok ingat Baby Alive dia la. Patut resah semacam je. Toys"R"Us !! Aliah dah Aim nak pergi sini. Tau pulak dia  ada Toys"R"Us kat KLIA2 ni. Oo baru teringat hari tu pergi ambik mama dia kat sini dah nampak dah store ni.

...............

Balik bercuti sempena hari Krismas hari tu tak sangka pulak Akif dan Aliah dapat duit raya. Pergi bergather-gather dengan family kat kampung dapat pulak duit raya dari Atuk, nenek-nenek yang ramai sangat, dan juga untie. Skali kira, banyak jugak dapat duit raya. Aliah apa lagi? Baby Alive, baby alive... dari hari tu lagi nak baby alive. 

Akhirnya berjaya jugak Aliah dapat Baby Alive dia. 
So korang boleh agak tak apa dia baby alive tu? Bayi Hidup?? Meh sini nak cerita skit.Tengok gambar bawah ni.
Ni la dia Baby Alive Aliah. Ada botol susu, ubat.. Tu je?
Yang lagi rare ada diapers, pampers. Nape pulak ada pampers ni. Takkan nak pakai olok-olok je. Musykil jap.

Tengok ni, pakai pampers!

Rupanya baby alive ni boleh minum air dari botol tu.. Lepas minum tu maka baby tu pun buang air kecil, tu yang pakai pampers tu. Basah la pampers tu macam real. Sebab tu la panggil Baby Alive. Hmm mainan budak-budak sekarang ni macam-macam. Ni belum beli makanan dia lagi. Ada! 

Tengok bawah ni pulak. 
Nampak tak hansaplast kat kaki dia yang warna ungu tu? Kaki dia luka tu... Nak kena boh ubat ni...
Nampak ni luka, sian baby ni... Alolololo... boh ubat yer.. 
Haa, tengok ni. Dah baik dah luka dia... Kekekeke... Maka ini lah dia BABY ALIVE!.. Hmm.. 

** Thank you Atok, nenek-nenek, untie yang kasi duit raya. Muahciked.... :) Yang lebih Aliah masuk bank.. Hehe..

4 comments:

  1. Kemain mainan budak2 skrg... makin lama makin real... akn dtg x tahu la mcm mana... sedia duit jer...

    ReplyDelete
  2. hihi...gegirl mmg suka stuff camnie.. :)

    ReplyDelete
  3. hehe budak2 tau je ada kedai mainan. sama la cam anak pakcik acul ni. tau je nak cari kedai mainan kalau keluar ngn ayah dia

    jom baca: http://mohdrasul.com/travel/pakej-umrah-2015/

    ReplyDelete