Pages

Saturday, January 31, 2015

Burger Bakar Abang Burn | Bandar Sri Permaisuri

Gara-gara tertengok channel TLC Astro pasal Burger petang semalam, aku & wife aku terus mengidam nak makan burger. Burger King? Burger Bakar Abang Burn? Lava Grill Burger? Huh semua dah terbayang kat minda dah. Nak cari daging burger yang tebal-tebal. Geram..
So pilihan aku dan wife aku Burger Bakar Abang Burn . Kenapa pilih Burger Bakar Abang Burn?? Sebab nak cari yang berdekatan dengan rumah je. Lagipun burger bakar burn ni banyak tempat dah. Dulu tau kat ampang tu je. 

Misi pencarian kami | Burger Bakar Abang Burn area cheras, mula-mula nak pergi  yang kat Cheras Perdana tapi jem sangat, terus cari lokasi lain. So kami ke Bandar Sri Permaisuri, kat situ ada jugak. Kalau guna waze senang je. Sederet dengan Papa Rich kalau tak silap. Belah belakang lagi.
Sampai-sampai dalam hujan lebat, lepas tu pulak tak dapat makan kat situ, take away je boleh sebab pekerja tak cukup. Alamatnya tapau je la. Dah teringin sangat. 
1 Daging biasa
1 Daging full topping
1 Kambing full topping
Nak topping asing-asing pun ada, nak tambah cheese ke, turkey slice, beef stripe & supremo.. Tapi kalau topping semua sekali baru RM5.
Burger Bakar Abang Burn | Daging full topping
Burger Bakar Abang Burn | Kambing full topping
Burger Bakar Abang Burn | Kambing full topping dah kena gigit. Daging tebal memang puas hati makan dengan sos pulak meleleh-leleh je. Sesuai dengan motto Burger Bakar Abang Burn | Besar, Sedap & Berbaloi. Nomnomnom!!! 

Terpaksa la makan burger ni kat mamak area situ gak. Nasib baik kat mamak takde signboard "no outside food allowed". Makan burger dalam hujan lebat memang layan.. 

3 comments:

  1. Ap nama kedai mamak tu ek. Sy smlm dkala hujan lebat kilat sabung menyabung petir berdentum pun stuck dlm kedai mamak dkt prmaisuri jgk..tp bukan kot. Xnmok pulak org makan beger.kalo x msti dah pergi pau... :p

    ReplyDelete
  2. haha, tak tengok pun nama kedai mamak tu.. hujan lebat. yang pasti bukan kayu atau Qbistro.

    ReplyDelete
  3. fuhh ~ terbaikk ...burger malam jumaat tu haha nama special haha

    jemput singgh2
    http://mohdkhairi9197.blogspot.com/

    ReplyDelete