Pages

Thursday, January 22, 2015

PART 3: LEGO STAR WARS Miniland | Legoland Malaysia

PART 1 : Percutian ke Legoland Malaysia
PART 2 : Legoland Theme Park memang berbaloi



Part 3 | Lego Star Wars Miniland
Besar betul LEGOLAND ni, nak cerita pun kena banyak part-part. Okeh, part 3 ni aku cerita apa yang menarik kat Lego Star Wars Miniland ni. Yang jugak antara salah satu tarikan di LEGOLAND Malaysia ni. Aku syorkan peminat-peminat Star Wars ni sila datang ke sini. Segala apa dalam cerita Star Wars ada kat sini. Semuanya dilegokan. Speecless!! Ni aku nak share sikit, fakta menarik mengenai Lego Star Wars Miniland ni.

Star Wars Miniland ni mengambil masa 8000 jam untuk menyusun 1222 model-model Star Wars dengan menggunakan 1.5 juta bongkah Lego. Perghh 1,500,000 tu.. Takleh nak bayang la. Bukan pasang siap tapi kena create dan susun. Macam tak caya je kan. Percayalah, tak caya tengok sendiri.

Akif dan Aliah di LEGO STAR WARS MINILAND
The Palace Of Naboo
Bangunan ni memerlukan 25,000 bongkah lego dan berat bangunan ni ialah 63kg
Geonosis Arena
STAR WARS | The Clone Wars
Bangunan Kristal merupakan model lego bangunan terbesar ,  berketinggian 2.5 meter juga merupakan bangunan tertinggi  dalam Lego Star Wars Miniland ni. Bangunan ini disusun dengan 45,000 bongkah lego dan berat bangunan ni 120kg. Wow Seriusly…. Nak pasang ni memang penuh cabaran dan dugaan.

First Battle of Geonosis
Clone Turbo Tank dalam Episode III: Revenge of the Sith 
Kasyyyk and Mustafar - Merupakan pengangkutan terbesar dalam Miniland. Diperbuat dengan 10,180 bongkah lego. Mengambil masa selama 350 jam nak susun bongkah ni. Berat Clone Turbo Tank ni 44kg. Mak aiihh beratnya walaupun tengok macam biasa je.
Millennium Falcon - Episode IV:  A New Hope
Yang ni pulak ambil masa 143 jam untuk menyusun sebanyak 15,000 bongkah-bongkah lego ni. Berat Millennium Falcon ni 37 kg, 1.8m panjang dan lebar 1.3m.
Macam-macam lagi yang ada dalam ni. Gambar ni baru 70 percent je, korang nak datang sini bawa kamera canggih-canggih ya. 
SHOP & GALLERIES LEGO STAR WARS
Seperti biasa kat penghujung Lego Star Wars miniland ni ada Shop & Galleries, memang rambang mata weh tengok lego-lego ni. Macam-macam ada. Rasa macam nak sambar je sekotak dua. Tapi lain kali lah kekekeke....
Sempat lagi Akif dan Aliah possing kat exit Lego Star Wars Miniland ni. Ada Lego Chewbacca, R2D2 dan Yoda.  
Ke mana pulak lepas ni... Aku rasa kita pergi tengok MINILAND dulu. Macam-macam ada kat miniland. Kita tengok bangunan-bangunan, keretapi, kereta, kapal terbang, kapal-kapal kontena, star cruise, pelabuhan, lapangan terbang dan lain-lain lagi semuanya dari susunan bongkah lego.
Tunggu Part 4: Legoland Miniland


PART 1 : Percutian ke Legoland Malaysia
PART 2 : Legoland Theme Park memang berbaloi

3 comments: