Tak lama lagi Tahun Baru Cina bakal menyusul, yang jugak merupakan tahun Kambing | Year of the Goat. So apa plan korang semua? Aku yakin korang semua memang yang dah plan untuk pergi bercuti, menziarah sahabat dan saudara di hari perayaan, berjalan-jalan mahu pun balik kampung kan kan. Kepada yang bercadang nak berjalan-jalan, atau bercuti, boleh la fikir-fikirkan untuk mengunjungi Legoland Malaysia. Aku dah pergi dah, memang best tapi sempena Tahun Baru Cina ni lagi lagi Best kot!!
Baru-baru ni kan, ada majlis pelancaran kat Legoland Malaysia, dengar macam-macam program menarik, susun atur yang ada kat sana sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma ni. Antaranya:-
Pengubahsuaian China Miniland kluster sekarang ni dah ada beberapa LEGO baru diletakkan dalam miniland yang mana nampak lebih meriah sempena tema sambutan Tahun Baru Cina.
Selain itu bermula pelancaran awal februari hingga 22 Februari 2015 ni, Legoland Malaysia tengah mengadakan satu percubaan untuk mencipta Malaysia’s Book of Records iaitu bina sebanyak 1888 LEGO Mandarin Oranges !! Yang mana akan dibina sendiri oleh pengunjung yang mengunjungi Legoland Malaysia. Wow macam menarik kan. Sapa-sapa yang datang ke Legoland Malaysia dalam bulan ni berpeluang untuk membantu Legoland mencipta Malaysia's Book of Record. Silap-silap nama korang ada dalam list membina LEGO Oranges tu kan. Bestnyerrr..Nak jugak...
Haa, tengok kat atas ni. Ni lah LEGO Mandarin Oranges yang kena bina sebanyak 1888 tu. Agak-agak sempat tak siap sebelum 22 Februari ni. Jeng jeng jeng... Tak nak tolong ke?
Lagi satu antara yang paling best. Pengunjung berpeluang mengantung kad impian kat pokok impian. Pelik je bunyi. Ala buat-buat tak faham pulak. Okeh korang tulis apa impian korang dan gantungkan kat pokok tu. Haa gitu. Kepada pemilik kad yang bertuah nanti, Legoland akan menunaikan impian korang. Perghhh... i wish ... i wish .. i want.. i hope so..
dan banyak lagi...
Sempena sambutan Tahun Baru Cina ni, pelbagai promosi telah dibuat oleh Legoland Malaysia, diskaun-diskaun harga tiket menarik dan macam-macam lagi. Korang boleh check terus kat laman web www.legoland.com.my
Rasa-rasa kalau nak refer apa lagi menarik kat legoland, baca pengalaman aku kat sana:
No comments:
Post a Comment