Thursday, March 26, 2015

Restoran Steamboat Famous | Maharaja Steamboat Selayang

Ala Buffet sa tetiba mengidam steamboat, aku yakin aku akan datang ke Restoran Lagenda Maharaja Steamboat. Kenapa aku kata gitu? Okeh, sebab kat Restoran Maharaja Steamboat ni waktu operasinya seawal 8 pagi sampai ke pukul 3 pagi. Pagi-pagi dah ada steamboat, tengahari ada steamboat dan memalam tentulah waktu kemuncak makan steamboat ni."
Awal bulan Mac lepas berkesempatan ke sini [Restoran Maharaja Steamboat famous]  merasai sendiri makan Steamboat bertemankan keluarga #kelabbloggerbenashaari. Restoran yang bertapak di Dataran Templer, Bandar Baru Selayang, takde la susah sangat nak cari restoran ni. Waze je Stadium selayang nampak kawasan parking luas, haa dekat situ la. 

Makanan sini ala-ala Buffet, Breakfast Buffet, Lunch Buffet dan Dinner Buffet (ada grill) ala carte pun ada jangan risau kat sini semua ada.
Tengok menu bawah ni.
Ala Buffet
Ala Carte
Antara Menu Breakfast
Lempeng dicicah dengan kari ikan.
Nasi Lemak
Roti Bakar - Marvellous Beb -*must try

Menu Steamboat & Grill
Segala jenis bebola ada kat sini, pilih je nak makan ape...
Mee, Bihun, Kuey teow, mee sanggul, maggi mee semua ada...


Antara Menu Lunch
Nasi Kuning
 Gulai Ikan Sembilang
Asam Pedas Ikan Kembong
Sup Daging, Sup perut, Sup Paru dan lain-lain..
Sedap-sedap semuanya.. Terliur pulak tengah-tengah taip entri ni. Sabar jela, tunggu nanti weekend ada senang aku pergi terjah sana. 

Ni antara pelanggan yang datang ke Restoran Lagenda Maharaja Steamboat. Pepagi dah penuh. Kalau lambat mau takde tempat duduk ni. Meriah meriah...


Bila #KelabBloggerBenAshaari makan.......
Ni dia kami punya, bersteamboat kami.. Taruh semua, sup ada, tomyam pun ada. Sedap makan panas-panas...
Yang ni la grill, Marvellous beb.. Kalau nak merasai grill ni tunggu Dinner Buffet. Pukul 4 petang dah start sampai kul 3 pagi, itu pun kalau lauk tak abis lagi. Kalau dah abis tu nasib la yer.. Hehe. Luar grill dalam Steamboat. Sotong ada, ayam ada, hati, paru, lagi-lagi.. apa eh.. bakar je tau.
Muka semua ada happy ka? Apa macam steamboat?? Puas hati? Tengok muka semua ceria je. Haha.. Kenyang la tu. Bagi aku memang puas hati, banyak pilihan makanan. Tak rugi datang ke sini. 
Cuma risau kalau customer ramai tu agak sesak sikit la, tambahkan lagi ruang yang selesa untuk customer. Bukan apa kita ni kalau tengok restoran penuh, nak kena tunggu lama mau cabut cari kedai lain.

Kalau yang berhajat datang bersteamboat kat bawah ni ada info harga. Ini kalau datang dengan group ni kira murah ni.

Info harga:

KANAK-KANAK (7-12 Tahun): RM 12.00

DEWASA : RM 23.90

COUPLE SET (2 orang)     : RM22.00 Special RM27.00
COUPLE SET (4 orang)     : RM37.00 Special RM47.00
GROUP SET (10 orang)     : RM72.00 Special RM92.00



Alamat:

Lagenda Maharaja Steamboat,

Lot 6 Jalan 2/10, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang,

68100 Batu Caves, Selangor.

Call : 0361386664, 0107765089 , 0172796131 atau whatsapp 0182073973

Instagram : @maharajasteamboat 
Facebook :  Maharaja Steamboat 


*kredit kat pic gopro idabaharum yang power dan stylo..

Wednesday, March 25, 2015

Pengumuman Kad Bertuah 'Make A CNY Wish' | Legoland Malaysia

"Make A CNY Wish" - Alangkah bestnya kalau ada orang offer aku nak apa-apa saja? Apa-apa je aku nak! Takat offer nak makan tu taknak lah. Nak Ferrrari ker, rumah banglo ker, duit ke.. Tamak tamak.. Nampak tak ketamakan tu. Bukan tamak nama pun wish kan. Suka hati lah nak wish apa kan. Haa, mari tengok sini, bagaimana orang yang berhati mulia jugak yang dapat jadi pengunjung Bertuah "Make A CNY Wish" . Nak tau apa wish dia... sat ya...
Okeh baru-baru ni, Legoland Malaysia Resort buat event "Make A CNY Wish" sempena Tahun Baru Cina 2015 mencari seorang pemenang yang bertuah dan ditunaikan permintaannya. [baca flashback] Semua pengunjung yang datang ke Legoland berpeluang mendapat kad wish dan gantung kat pokok terpilih di dalam Theme Park Legoland. Tulis la apa-apa wish kat Kad tu. Pastu gantung. "I wish, i wish..
Haa ni antara kad-kad wishes yang pengunjung telah gantungkan. Sebanyak 5000 keping kad telah digantungkan oleh pengunjung. Banyak tu!! Kena cari 1 lucky winner. Satu daripada 5000 pengunjung yang bertuah... Fuhh terasa nerbesnya kalau kad aku ada dikalangan 5000 kad ni.
........dan KAD yang bertuah itu milik........

Ms Wong Yoke Lian
Ms Wong Yoke Lian
Ms Wong Yoke Lian 
dari Kuala Lumpur telah berjaya menjadi pengunjung yang bertuah "Make A CNY Wish"... Tahniah-tahniah Ms Wong Yoke Lian. Mari kita tengok apa yang Ms Wong wish....

 "to bring 40 children under the patronage of Diabetes Malaysia (Johor) to have a day out at the Resort"



Translate - Membawa 40 kanak-kanak di bawah naungan Diabetes Malaysia (Johor) berjalan-jalan ke Legoland dengan tajaan sepenuhnya.

Dengan itu diadakan majlis Penyerahan tajaan sepenuhnya | Tiket beserta Voucer makanan kepada Mr. Tan Poi Chuang,  wakil dari Pusat Diabetes Malaysia, Cawangan Tanjung Puteri. Beliau juga merupakan pengerusi pusat berkenaan. Dengan penyerahan ini maka tertunailah hasrat dari Ms Wong Yoke Lian mendapatkan sponsorship untuk anak-anak ini ke Legoland Malaysia Resort. Mulia sungguh permintaan Ms. Wong. Moga anak-anak ini gembira dan enjoy trip nanti.... 

More and more event coming your way.. Please visit www.legoland.com.my for upcoming event. Stay tuned!!! 

Lagi menarik di Legoland. Legoland Malaysia catat Malaysia Book of Records [Baca sini]

Monday, March 23, 2015

Koleksi Mickey Mouse ClubHouse


Teringat masa Aliah kecik-kecik, suka tengok Mickey Mouse ClubHouse ni. Ingat lagi tak "OO Toodles"??. Comel je bunyinya.. Sekarang Aliah dah besar dah, tak tengok pun karton ni dah. Akif ? Tak tengok langsung! Zaman Akif ni lain pulak terus dengan cerita animasi macam Code Lyoko, Lego Ninja, Lego The Movie dan Etc. Memang tak dinafikan kalau Akif tak tau tweety bird, Donald duck ke.. 

Panjang mukadimahnya, bukan tu yang nak aku crita pun.. Haha, ni ha aku jumpa kat pasar pagi. Ada orang jual selonggok mini figurines Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck dan Goofy. Satu singgit, satu singgit. Secondhand dah pun tapi, murah aper.. Apalagi aku pergi la pilih. Satu, dua, tiga, empat......
Apamacam? Comel tak koleksi Mickey Mouse ClubHouse ni. Ke lawa sebab photoshoot ni. Haha.. Tengok tuan dia la. Lariksss... Anak-anak tak minat, biar daddy je simpan. OkBaiii..

Legoland Malaysia cipta nama dalam Malaysia Book of Records

Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Legoland Malaysia Resort kerana telah berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records | Cabaran membina sejumlah biji Limau Mandarin dengan menggunakan brick LEGO.
Sesi penyerahan Sijil Malaysia Book of Records
Untuk kelayakkan mencipta nama dalam Malaysia Book of Records, Legoland Malaysia dikehendaki menyiapkan sekurang-kurangnya 1888 biji Limau Mandarin menggunakan bricks LEGO dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. [klik sini] Wow nampak banyak nak buat tu... dan cabarannya ialah limau mandarin ini haruslah dibina oleh pelancong yang datang mengunjungi Legoland tersebut.

Pada 6 Mac 2015, iaitu hari pengumuman tersebut, Legoland Malaysia Resort telah diumumkan secara rasminya telah mencatat Malaysia Book of Records dengan menghasilkan sebanyak 2,015 bricks LEGO Limau Mandarin. Tahniah tahniah..
Nampak tu, dengan stylonya "2015 biji limau mandarin" di susun bersamaan tahun 2015. Menarik kan..
Ni lah bentuk Limau mandarin yang telah dibina menggunakan bricks LEGO.
Sempat mengambil kesempatan berphoto dengan EMMET | Limau Mandarin 2015 sebagai tanda kenang-kenangan di Legoland Malaysia, semoga Legoland akan terus maju dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik pada masa akan datang. Tahniah sekali lagi.

Sila layari website www.legoland.com.my untuk keterangan lanjut. 

Thursday, March 19, 2015

BoboiBoy Tanah | Koleksi BoboiBoy Akif

Kat Giant Hypermarket dan stesen minyak Petronas dulu banyak jual koleksi toys dari Kartun Animasi BoboiBoy. Semua watak dalam animasi tu ada, Boboiboy, Yaya, Ying, Gopal dan lain-lain.  Boboiboy ni ada 3 pasal watak dalam animasi tu pun 3, Boboiboy tanah, angin dan petir. Ni aku nak tunjuk koleksi Akif, BoboiBoy Tanah.
Dah lama dah beli Boboiboy ni, tak tau la sekarang masih ada lagi jual. Kalau ada pun dah tak banyak kot. Harga masa beli ni Rm19.90. Kalau harga below RM10.00 lagi laju kot nak beli.
Kalau la murah aku dah beli dah dengan geng-geng dia, tapi mahal sangat. Maka ini jela yang mampu. Toy ni memang nampak hebat dan menarik. Budak-budak below 4 memang sesuai la main toys ni. Akif dah 6 tahun ni dah jarang main dah, kalau main pun ikut mood dia. Dah boring mainan lain so Akif mengulang mainan lain pulak.

Suprise dengan Kinder Joy | Koleksi Toys

Kinder Joy | Kinder Suprise | Kinder Joy with Suprise
Haa, coklat yang jadi kegemaran Akif dan Aliah satu ketika dulu. Kenapa? Bukan sebab coklatnya pun tapi sebab suprisenya. Sebab ada toys kat dalam tu. Actually kinder joy wtih suprise ni ada macam-macam toy, nak dapat yang kita nak tu memang 30-40% chances je. Tapi biasa la anak-anak ni kalau dia nak yang ni, maka yang ni la dorang nak. Harga sebiji ni RM3.90-RM4.20 bergantung lokasi lain-lain. Kalau dapat harga bawah ni memang murah la. Pernah dapat kat satu tempat tu RM1.99, apalagi borong la seorang 3 biji. Meh tengok gambar bawah ni. Ni pun aku ambik sebab kiut miut. Kalau dapat yang ntah ape-apa aku tak ambik gambarnya.
SNAIL - Pita Ukur

TORTOISE - Kompas
Comel tak? Sebab comel la aku ambik gambar ni. Setiap toys ni ada kegunaannya. Kalau dapat collect banyak-banyak yang lain-lain mesti lagi best. Ni baru dua. Ok la bertambah la koleksi toys Akif dan Aliah. Babah pulak yang lebih-lebih, Akif dan Aliah main kejap je lepas tu babah la kena simpan. Kalau tak, hilang nanti. K nanti share lagi toys lain.

Wednesday, March 18, 2015

CAPTAIN AMERICA 3 : CIVIL WAR | Mencari Pelakon tambahan dari Malaysia??

  OFF Topik kejap!! Berita GEMPAR!!!

 

"Captain America 3: Civil War" Is Looking For Malaysians To Appear In The Film

One of the biggest movie franchises ever, “Avengers: Age of Ultron” will open in just over one month's time. This superhero flick will kick-off phase three of the eagerly anticipated Marvel Cinematic Universe.

One of movies to be released during this phase is “Captain America 3: Civil War”, which is scheduled for release on May 6, 2016. It is bound to be epic, and the best thing about it all is that you can be a part of it too!
Yes, the producers at Marvel Studios are looking out for extras to appear in the film. You need to be men or women between the ages 21 to 75 years old and of Southeast Asian ethnicity such as Thai, Indonesian, Cambodian, Malaysian, Filipino, East Indian, Vietnamese, and Singaporean.

For 8 hours of work, you will be paid $64 (RM236) in addition to overtime payment. Filming is at the new Pinewood Atlanta Studios facility in Fayette County, Georgia and is scheduled to begin on 27 April.

Interested parties may submit the following details to sputnikextras@gmail.com:

- One recent, clear face photo
- One recent, clear full-length photo
- If you have photos of you in ethnic wardrobe, please include one in addition
- First and last NAME
- Email address
- Phone number
- Age
- Height and weight
- Clothing sizes for the following:
Men: Jacket, collar, sleeve, waist, inseam, shoes
Women: Dress size, bust (bra/cup) waist, pants, shoes
- CITY and STATE where you live


Sumber dari MalaysianDigestDotCom
Ada brani?? Sila submit korang punya details... 1 in millions kalau dapat memang rezeki la.. 

Monday, March 16, 2015

Romantika Cinta | Chalet Lexis Port Dickson

Terlupa pulak nak share gambar dalam bilik Lexis Port Dickson ni. Adeh, terpending pulak. Kesinambungan dari entri Chalet atas air | Lexis Port Dickson[klik]. Tiada berkesempatan nak update blog. Adoyai... semakin banyak pulak kerja hakiki... Apa pun meh jamu mata dengan gambar yang aku ambik.
Haa mula-mula tunjuk la view chalet atas air ni. Kalau terjun dalam laut ni pun takpe, cetek je rupanya. Nampak macam dalam je. Tapi tak sio teman nak torjun. Takutt.. Hehe...

Masuk-masuk bilik tu diaaa... 
Perghh.. Aku nampak ni dulu, keterujaan pulak tengok dalam chalet ni. Nampak romantik kot. Ini kalau pergi honeymoon best ni.
 
Bilik air, ada bath tub tu, boleh masuk berdua dalam tu.. Ini kalau bawa anak-anak mesti suka. Tak kuar bilik pun takpe. Haha.
Haa, korang nampak apa yang bersinar segiempat tu... itu lantai cermin??? Wow..boleh nampak air laut kat bawah chalet. Haha gayat tak? Pijak tak pecah pun tapi kalau jalan atas cermin tu rasa gayat jugak la kalau yang tak biasa. Silap-silap ada sampan lalu bawah tu. Haha.. Hati-hati nanti kena skodeng.. :p
Bilik air nampak biasa je tapi korang nak tau tak bumbung bilik air ni boleh buka. Tak jumpa gambar la pulak. Nanti aku jumpa aku edit balik. Kalau mandi malam-malam boleh nampak bintang, bulan, planet-planet mengelilingi orbit, komet, kapal terbang (jgn percaya ini semua karut) haha.. Nampak awan je la..
Ni tempat beradu aku. Ada hiasan kat atas siling tu nampak romantis.
Yang tali kat dinding ni la untuk buka atap bilik air tu. Apasal letak blah tempat tidur. Letak la dalam bilik air jugak. Tau la motifnya. Ini kalau tengok tanpa baca note kat dinding tu aku tak tau apa function tali tu. Aku mula-mula ingat nak ejas kelambu kat siling tu. Huh punya malas nak baca kan.
Ruang tv dan Almari pakaian. Yang ni standard semua tempat sama je. Peti ais dok bawah tv, peti besi dok dalam almari.


Dan yang paling best sekali is.. 
Ruang balkoni chalet ni.. Bilik nombor 99 ni mengadap ke lautan. Cuak pun ada, teruja pun ada.. Leh lepaking menghirup udara laut. Pepagi sedap la. Tengahari bahang. Kalau nak memancing kat sini memang pot baik. Sambil-sambil mancing lepak dengan 2,3 geng samblil makan kopok kat luar ni.
Last but not least, tengok gambar bawah ni. Sebelum malam berkunjung tiba...
Best je kan, pemandangan laut. Boleh nampak kat laut ada pelantar tempat kapal-kapal singgah. Kerlipan lampu-lampu di lautan. Kapal-kapal silih berganti. Huh, bermadah-madah pulak tulisan aku ni. Patut takleh siap entri... Kbai.