Pages

Friday, April 24, 2015

Merancang Percutian ke Oslob Cebu, Philipphines

Nak perginya tak tau lagi bila tapi aku dah start syok-syok survey sendiri. Merancang lebih baik dari gamble haha. Takde la nak terpinga-pinga nanti. Pergi tak pergi tu belakang kira at least aku tau ada tempat-tempat menarik nanti di Cebu, Philippines (Filipina). So salah satu tempat yang aku teringin nak pergi nanti ialah OSLOB, Cebu. Oslob ni antara salah satu bandar yang terdapat di Wilayah Cebu.
Kalau tengok dalam Google Maps ni, Oslob terletak di selatan Wilayah Cebu. Aku check anggaran perjalanan dari Mactan-Cebu  International Airport ke Oslob ambik masa 3 jam lebih. Wow boleh tahan jugak jauhnya. Lebih kurang dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar.

Kenapa OSLOB

Sebab aku nak pergi tengok Whale Shark. Whale shark fuh jerung ikan paus?? Salah satu daya tarikan pelancong kat Philippines tu. Tak tau la nak describe macam mana, tunggu pengalaman nanti baru cerita. Dalam dok survey tadi terjumpa website ni Oslob Whale Shark. Godek-godek website ni jumpa pakej menarik dari website ni.
Menarik pakej ni. Last update Februari 2015. Baru lagi.. 

Image Preview
Whale Shark Watching 
Tengok whale shark dari sampan. Yang ni dah termasuk dalam pakej.

Snorkeling
Kalau nak snorkeling ni kena tambah duit. Tapi macam tak mahal kalau add on dari pakej. Rugi kalau tak snorkeling. Eh ada life jacket tak? Tak pandai berenang macam mana? Ini kena bawa gopro best ni. Selfie dengan whale sharks.
Pakej termasuk berendam kat Tumalog Falls | Tumalog Waterfalls. Serius korang kalau search Tumalog Falls kat google image pasti terpukau. Kalau dapat pergi ni, seronok ni.

Hotel nanti boleh check kat Agoda Hotel


Credit Image to +Richard Whitcombe  & Images source from http://www.oslobwhalesharks.com/oslob-whale-shark-tours-packages

Thursday, April 23, 2015

Nasi Lemak Antarabangsa sedap | Kampung Baru

Ini dah kali ke-3 dah kot aku makan Nasi Lemak Antarabangsa kat Kampung Baru ni. Bagi aku antara nasi lemak sedap kat KL ni. Kalau ke Kampung Baru jangan lupa singgah ke sini. Aku pesan awal-awal haha. Waktu operasi bermula pukul 5 petang sehingga 12 tengahari esoknya. Wow first time dengar kedai buka gini. Sikit lagi nak 24 jam. Lokasi terletak dalam 50 meter dari pintu gerbang masuk ke Kampung Baru.
Antara customer yang tengah berbaris membeli Nasi Lemak Antarabangsa. Breakfast time.. Pepagi tengok orang pun ramai. Malam aku belum try pergi lagi tapi dengar kata ramai orang.
Haa ni bukti first time aku datang tempoh hari. Nasi lemak lauk sambal sotong dengan bergedil. Fuh terangkat. Haha, start dari tu terjebak nak breakfast kat sini.
Kali kedua aku datang, aku rasa lauk lain plak. Rendang daging pulak. Nyum daging sangat lembut dan sedap. Tak sangka gambar instagram aku ni menarik perhatian follower instagram dari luar negara.
Katanya  tak sabar nak datang ke Malaysia bulan Setember ni, dan teringin nak merasa makanan Melayu. Apa lagi aku syorkan lah, nasi lemak antarabangsa yang terkenal ni. "We welcome you, Hamzah."
Dan yang ni ke 3 aku repeat. Sabal sotong lagi.. Ada lagi lauk lain, ayam goreng, telur rebus, telur mata, begerdil, paru, daging rendang dan lain-lain. Dan ada lagi special menu pada waktu malam. Haa tunggu nanti aku explore..

Tuesday, April 21, 2015

Aiskrim Kelapa Sedap | Sangkaya Ampang Point

Bila wife dah mengidam, maka suami ni kena la usaha untuk dapatkan apa yang diingini tu. Kalau benda yang diingini tu senang nak cari atau benda tu wujud dan tak membebankan apa salahnya. Teringin aiskrim je pun. Wow aiskrim kat kedai kan berlambak-lambak. Sekali dia nak Aiskrim Kelapa Sangkaya??. Aku tak pernah dengar weh. Macam mana rupa aiskrim ni. Dia cakap Aiskrim kelapa ni sedap tapi tak pernah makan.

............Nasib baik wife tau aiskrim ni dan tau kat mana nak cari. So senang la cerita aku. Bukan nak ngelak tapi tak pernah dengar kan. Dia kata Aiskrim Kelapa Sangkaya ni ada kat Ampang Point, Ampang. Fuhh lega, dekat je. So mengembara lah kami mencari aiskrim ni. Alhamdulillah jumpa, kedai buka, senang je cari kedai ni. Kat groundfloor Ampang Point je. Jom tengok macam mana rhoper aiskrim kelapa sangkaya ni.
Mula-mula aku ingat kedai ni besar macam Baskin Robbins rupanya kecik je. Lebih kurang besar kedai Coodblog je. Concept takeaway.
Hiasan sangat comel dan sangat menarik.. Siap ada prop lagi kalau nak selfie kat sini. Aku tak prasan pun prop ni. Balik tengok gambar ni baru perasan. Haha..
Cup aiskrim kelapa
Guna tempurung kelapa dengan isi kelapa yang telah disiat-siat. Macam best je macam menarik je.
BEST SELLER
Signature
Sori la gambar pun blur-blur la. Tak nampak dah harga aiskrim ni. Best seller kat Sangkaya ni Aiskrim kelapa 'signature' berharga RM10.50. Bila beli aiskrim signature ni dapat free 3 topping. 
Proses menopping. Self service tu.. Pilih la 3 daripada 6 jenis topping yang ada ni. Ada kacang tanah, kacang merah, jagung, nestum, kerisik kelapa dan cornflake.
Aiskrim kelapa Sangkaya Ampang Point.
Haa, ni la hasilnya selepas ditopping. Apa macam ada terliur ka?? Rasa pun sedap, memang rasa kelapa. Kalau yang teringin tu jangan tunggu lama-lama, kat ampang point je. Nyum-nyum...


Menarik untuk dikongsi Original Cendol Bakar Port Dickson

Thursday, April 16, 2015

Teaser : Cherengin Hills Convention & Spa Resort

Belum sampai Kelantan, dapat pulak invitation ke  Cherengin Hills Convention & Spa Resort.

Tak pernah dengar lagi Cherengin Hills Resort ni, terletak di Bentong, Pahang.
Gambar dari Google
Aku dok google kata dekat Janda Baik.. Mungkin la, nanti la usha. Macam best je.. Kalau best nanti aku share pengalaman kat sana. Chow!! 

Wednesday, April 15, 2015

Teaser: Jelajah Negeri Kelantan | Perdana Trail

Alhamdulillah, dapat trip lagi. Hari tu dapat tiket penerbangan ke Cebu, Philippines. Kali ni dapat Exclusive invitation dari Destination Malaysia "Trip 3 hari 2 malam ke Negeri Kelantan @ Negeri Cik Siti Wan Kembang". Alhamdulillah, aku excited sangat-sangat. Satu-satunya negeri yang aku belum pernah sampai dalam peta Malaysia ni. Pasti satu pengalaman yang menarik. 
 hotel perdana
Yang paling best, tempat penginapan aku nanti, bermalam kat sebuah hotel mewah yang bertaraf 5 bintang di Kelantan | Hotel Perdana, Kota Bharu. Wow 5 bintang tu!! Macam mana lah rasa dok kat hotel 5 bintang ni.
Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan

Trip ni hasil kolobrasi Hotel Perdana, Kota Bharu dengan Destination Malaysia, dorang create kelainan dalam tour ni diberi nama "Perdana Trail "...

## Baru-baru ni dah attend briefing dengan Destination Malaysia. Membentangkan tentative Perdana trail kat sana nanti. Yang pasti akan discover tempat best-best kat Kelantan. 

Antara tempat-tempat yang menarik kat Negeri Kelantan....
Tempat membeli belah, kain-kain, kain batik, kain songket
Rumah tradisional / Kraftangan
Permainan tradisional
 
Kuey teow Ketam
Makanan-makanan orang Kelantan. Gambar ni antara salah satunya. Belum budu, serunding, dan kuih muih. Dengar kata kat kelantan kuih muih sedap-sedap.

Dan banyak lagi tempat-tempat menarik di Kelantan nak diexplore.
Fuhh tak sabar nak pergi sana. Ada kurang dari sebulan je lagi nak trip. Tunggu cerita aku nanti ya.. Sekarang nak simpan duit untuk shopping kat sana nanti. Kononnyer la.. Orang laki bukan pandai shopping pun.

Sapa-sapa ada suggestions tempat best-best kat kelantan meh tinggal komen kat sini. Mana tau berkesempatan nak gi..

Jom usha-usha link bawah ni.

Instagram 
Hotel Perdana Kota Bharu
Destination Malaysia

Facebook
Hotel Perdana Kota Bharu
Destination Malaysia

Kredit pic dari Destination Malaysia dan Hotel Perdana Kota Bharu

Monday, April 13, 2015

JUARA Unlock The Fun | AirAsia Bloggers Community 2015

Dengan melepasi ke semua game yang telah disusun atur akhirnya tiba di acara kemuncak | pengumuman siapakah "JUARA Unlock The Fun | AirAsia Bloggers Community 2015".  Dup dup dap dup... haha jantung ku berbunyi... dan "Pemenangnya ialah........"Oppsss?? [Unfortunately].. sabar sabar!!
Ada 3 team plak kumpul mata yang sama. Salah satu dari 3 team ni team aku. Woohoo hebat jugak team aku ni. Actually kami memang bersungguh-sungguh pun :p Maka terpaksa la 3 team ni melalui sudden death untuk menentukan siapa JUARA. Pihak penganjur dah bersetuju bagi satu soalan teka-teki baik punya[basis prinsip]. Siapa jawab cepat dan tepat akan jadi juara.
Ya ampun, masa ni memang aku semakin nervous kot. Otak tiba-tiba rasa tepu kejap. Dalam hati aku tertanam harapan walaupun peluang tipis. Layankan jela. Pengajur pun mengemukan soalan (berbentuk puzzle). Zaaasss.... think think...!@#$$%$%$#@! apa benda tu????

Sorang demi sorang bagi jawapan tapi takde lagi jawapan yang tepat. Adeh aku tak boleh dah bab gini. Seriously soalan ni tricky giler. Pening dah kepala aku fikir out of the box. Tak jugak dapat jawapan. Koh3. Aku rasa ada dekat 20 minit gak 3 team ni berentap jawab 1 teka teki ni. Hint demi hint yang di bagi oleh pihak penganjur... Finally...dapat jawapan dari salah seorang finalis -Miera Nadhirah jawapan dia tepat sekali!.... Miera ni team aku ke?? Aku semacam tak percaya! OMG, OMG!! Alhamdulillah, kami JUARA..... aku tak tau macam mana nak expresskan perasaan gembira aku hari tu. Rezeki nak menang.

Lagi satu aku dah tak sabar nak tunggu, apa agaknya hadiah misteri untuk JUARA ni. Hamper ke, trofi ke, wang tunai ker.. Serius yang ni takde clue. Jeng jeng jeng......

Perghhhh...... Dapat Flight Voucher ke CEBU, Philippines. Makkaihh memang  aku terkejut, beruk pun tak terkejut gini.. Tapi coverline la jugak takkan nak pengsan kat situ. Haha.. Tak sangka pulak dapat tiket fligt. Ke luar negara pulak tu. Ingatkan misteri biasa-biasa je. Alhamdulillah Alhamdulillah rezeki..

Penyampaian hadiah dari Krew AirAsia Bloggers Community, Aziz Laikar. Masing-masing kami bawa pulang Tiket pergi balik ke Cebu oleh AirAsia, Airbus collection A320, Payung Escape Roon dan Limited Edition Touch & Go dari Escape Room.
Team #14 CHAMPION OF AABC 2015 
 [Tatie, Aku dan Miera]
Korang memang terbaeklah,sporting abis. Nice co-op dengan korang, tarik menarik, terjun sana sini, merangkak, meniarap.. Haha..  K la see next time. 

Juga baca: Unlock the Fun AABC Berjaya Times Square

**Aku dengan Miera akan travel ke Kelantan pulak May ni. Trip Perdana Trail, tunggu!!!

Unlock The Fun | AirAsia Bloggers Community (AABC)

Buat pertama kali aku join Hangout event yang dianjurkan oleh AirAsia Bloggers' Community (AABC). Event hari tu mengumpulkan lebih kurang 80 blogger yang berdaftar sebagai ahli AABC. Ramai blogger yang datang tapi masih ramai lagi kot yang kat luar sana belum daftar. Dan event AABC 2015 | Unlock The Fun @ #AABCHangout  bertempat di Escape Room, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Possing dulu sebelum event start. Apa agaknya game yang diatur oleh AABC?? Macam menarik je, macam cuak pun ada. Takpe la tunggu je la.
Haa, name tag, dah kenapa berconteng-conteng ni? Haha tengok bawah ni, ada contest rupanya. Contengan paling kreatif akan dapat hadiah misteri. Wow pakat la semua conteng dengan idea kreatif masing-masing.

Gambar-gambar sekitar #AABCHangout
Pendaftaran Blogger-blogger
Pemakaian tagging masing-masing..Sudah bersedia ke semuanya?
Briefing dulu ya. Selepas itu pembahagian kumpulan oleh krew AABC sendiri. Takleh pilih kawan ooo... Random pick tu. Belasah je tengok sapa partner. Kalau tak kenal boleh kenal-kenalan kan. Ada 18 total kumpulan kalau tak silap dan.....
.......aku kumpulan ke#14. Inilah partner-partner aku IzzatiHazrul dan MieraNadhirah . Hai korang.. Izzati @ tatie ni aku dah kenal dah. Miera first time jumpa.

Okeh antara game yang disediakan oleh AABC ialah, Unlock the Fun Escape Room, tarik tali, cari kunci untuk unlock kereta, lukis gambar dan teka gambar tersebut. Macam menarikkan. Tarik tali dalam bangunan haha, biasa buat kat padang atau gelanggan. Takpe kita try. 

Antara game yang paling mencabar ialah Unlock Escape Room. Biasa dengar tak game Escape Room ni. Kalau tak biasa main or tengok pun kita boleh agak macam mana permainannya. Mesti ada kaitan dengan mencari jalan keluar kan. Okeh game Escape room ni ada banyak kategori, lihat gambar atas ni. Nampak tak gambar-gambar kat dinding tu. Ada Haunted House, Gallery, Taken, Heaven & Hell dan lain-lain lagi. Game ni kami dikehendaki cari jalan keluar dari bilik dalam masa 45 minit atau kurang. Kalau tak berjaya keluar dari masa yang ditetapkan dianggap misi gagal. DAN...!! Nak melepaskan diri dari dalam bilik ni kena tempuh beberapa ujian, setelkan beberapa puzzle mahupun kod-kod. "I can tell you, its not that easy, beb" Memang kena perah otak kaw.. Apapun kami berjaya keluar dari bilik tersebut dengan masa lebih kurang 42 minit. Sikit je lagi fhuwww.. (no pic taken ya) so nak try pergi je kat Escape Room | Times Square KL, tingkat 7.


Gambar-gambar yang dipetik random dari hastag Instagram.
#unlockthefunaabc
 #aabchangout
Geng-geng blogger #kelabbloggerbenashaari 
Sempat berpossing dengan orang kuat AirAsia Bloggers Community, Aziz Laikar. Kaki Travel ni. Merata gak dia pergi. Mana tau nanti dia ajak gi travel luar negara ke, who knows.. 

Okeylah jom baca sapa Juara 2015 Air Asia Bloggers Community  Hangout #unlockthefun. Apa hadiah untuk juara? Rahsia dulu walaupun ramai dah tau..


***Kredit pic kepada tuan empunya gambar kalau terguna. 

Saturday, April 11, 2015

Langit Langi Hotel | Hotel Bajet Port Dickson

Short trip ke Port Dickson baru-baru ni, kami menginap di Langit Langi Hotel. Hotel ni baru kot. Tak penah nampak pun sebelum ni. Dengar kata baru beroperasi tak sampai setahun. Rasanya ramai lagi tak tau kewujudan hotel ni. Antara Bajet hotel kat Port Dickson. Macam mana aku tau hotel ni? Aku terjumpa kat Agoda Hotel. Kalau nak cari hotel murah kat Agoda memang banyak.
Dah last minit nak cari hotel, musim sekolah pulak tu so google je la. Last-last decide stay kat hotel Langit Langi ni, murah pun murah. Jimat belanja, boleh guna duit pergi makan-makan. Dok hotel kejap je, selebihnya aktiviti luar. Harga bilik kat hotel ni aku dapat RM108 (include service charge) Kalau walk in pun harga lebih kurang je. 
Ruang Lobi hotel Langit Langi. Bersih dan selesa. 
Decoration cantik dan menawan. Ruang lobi ni boleh lepak-lepak sementara tunggu check in atau check out.

Okeh jom tengok bilik. Bilik bajet so bilik kami agak terasing sikit dari Lobi ni. Kena kuar lobi naik tangga sebelah. Nasib baik tingkat 1 je. Kalau yang bayar lebih skit ada lif kat sini. Hehe
Dapat katil Queen, muat la untuk kami berempat. Kalau tak muat tido bawah la, kat bawah tu luas lagi. Tingkap balkoni boleh nampak car park. Hati-hati sliding door ni takde tinted.
Ni antara kemudahan yang dapat dalam bilik. Bilik air, tempat gantung tuala / pakaian, TV, Aircond boleh ejas sendiri, wifi. Cuma yang tak brapa nak best takde meja. Yang para tempat gantung tuala tu tinggi sangat. Nak letak barang kat atas tu tak sampai. Maklum la aku tak brapa nak tinggi hihi. Lagi satu kalau nak ke sini bawa extension wayar. Kalau nak charge lebih dari satu phone payah sikit. Ada satu je plug kosong. Dah kena bergilir-gilir nanti.

Pemandangan dari luar hotel Langit Langi.
Ada swimming pool. Boleh tahan la besar pool ni. Jadi la tempat Akif dan Aliah lepas geram.. Aku pun nyelam sekali. Koh3
 Seronok la Akif dan Aliah dapat mandi kolam.
Last but not least walaupun hotel bajet tapi dapat 2 voucer untuk breakfast. Jimat lagi duit poket dapat breakfast kat hotel. Tempat makan ni bersebelahan dengan lobi je. Normal Breakfast disediakan, nasi lemak, sosej, kacang merah, muffin, bun, roti + aksessorinya, cereal, air panas, dan jus. Not bad. 

Selesai la short trip ke Port Dickson. Rumusannya...

Tengahari Check-in, lepas tu pergi lunch, then petang lepak kat tepi laut + mandi laut, malam keluar makan. Then balik tido. Kejap je. Sebab tu pilih yang bajet hotel. Bukan dok hotel sangat. Nak guna untuk tempat tido and salin pakaian je.. Langit langi hotel is recommended.