Percutian Akif & Aliah ke Sarawak hujung tahun lepas. Termiss out plak nak story. Macam dah sejuk je nak story haha, tapi takpe la just untuk rekodkan dalam blog takpe kan. Ok yang ni, Akif dan Aliah jalan-jalan ke..
SCV - Sarawak Culture Village | Kampung Budaya Sarawak. Bertempat di Santubong, Sarawak lebih kurang 40km dari bandar Kuching. Kalau dulu-dulu aku gi rasa jauh je tapi sekarang jalan pun dah cantik dah, banyak jalan baru. Tak sampai sejam sampai dah. So apa ada kat SCV ni. Jom tengok peta!
Sarawak Culture Village | Kampung Budaya Sarawak
***sedikit rumusan..
Menempatkan ke semua replika budaya dan masyarakat etnik di Sarawak. Antara keunikan dan keistimewaan yang terdapat kat sini, pelbagai rekabentuk rumah-rumah mengikut etnik masing-masing beserta dengan hasil cipta, tenunan, alat memburu, dan perayaan mengikut adat masing-masing.
Aktiviti-aktiviti yang sempat aku ambik gambar..
Gambar kenangan Akif dan Aliah
Rasanya 4,5 jam gak berjalan dalam SCV ni. Ini belum masuk semua rumah lagi. Dorang letih katanya.. Banyak gak skip. Takpela at least dah sampai ke sini. Boleh tunjuk kat kawan-kawan Akif dan Aliah nanti.
wah bestnya
ReplyDeleteDah lebih 10 tahun dulu aku ke sini... teringin nak g lagi...
ReplyDelete