Thursday, April 2, 2015

Kampung Budaya Sarawak | Trip Akif dan Aliah

#Throwback
Percutian Akif & Aliah ke Sarawak hujung tahun lepas. Termiss out plak nak story. Macam dah sejuk je nak story haha, tapi takpe la just untuk rekodkan dalam blog takpe kan. Ok yang ni, Akif dan Aliah jalan-jalan ke.. 

SCV - Sarawak Culture Village | Kampung Budaya Sarawak. Bertempat di Santubong, Sarawak lebih kurang 40km dari bandar Kuching. Kalau dulu-dulu aku gi rasa jauh je tapi sekarang jalan pun dah cantik dah, banyak jalan baru. Tak sampai sejam sampai dah. So apa ada kat SCV ni. Jom tengok peta!
Sarawak Culture Village | Kampung Budaya Sarawak
***sedikit rumusan..
Menempatkan ke semua replika budaya dan masyarakat etnik di Sarawak. Antara keunikan dan keistimewaan yang terdapat kat sini, pelbagai rekabentuk rumah-rumah mengikut etnik masing-masing beserta dengan hasil cipta, tenunan, alat memburu, dan perayaan mengikut adat masing-masing.
Akif dan Aliah dah ready untuk pusing map ni? Kalau betul-betul nak terokai SCV ni, boleh sampai sehari jugak la.
Haa yang ni la Etnik Akif dan Aliah, caya tak? Akif dan Aliah orang Bidayuh??? 


Aktiviti-aktiviti yang sempat aku ambik gambar..
Haa yang ni, kalau nak try menyumpit datang ke Rumah Penan. Kat situ leh try menyumpit. Rm1 untuk 3 batang peluru. Serius aku nak bongkar satu rahsia, aku terrer menyumpit. Haha..
Selain dari mengunjung rumah ke rumah, SCV ada buat persembahan jugak. Yang tu sebenarnya awal-awal lagi sebenarnya sebelum start pengembaraan. Masuk-masuk SCV ada Hall untuk persembahan. Ada persembahan tarian & lakonan. Kalau tak silap persembahan ni berjadual. Harap jangan miss sudah. Rugi nanti tak dapat tengok persembahan.
Gambar kenangan Akif dan Aliah
Rasanya 4,5 jam gak berjalan dalam SCV ni. Ini belum masuk semua rumah lagi. Dorang letih katanya.. Banyak gak skip. Takpela at least dah sampai ke sini. Boleh tunjuk kat kawan-kawan Akif dan Aliah nanti.

2 comments: