Saturday, April 11, 2015

Langit Langi Hotel | Hotel Bajet Port Dickson

Short trip ke Port Dickson baru-baru ni, kami menginap di Langit Langi Hotel. Hotel ni baru kot. Tak penah nampak pun sebelum ni. Dengar kata baru beroperasi tak sampai setahun. Rasanya ramai lagi tak tau kewujudan hotel ni. Antara Bajet hotel kat Port Dickson. Macam mana aku tau hotel ni? Aku terjumpa kat Agoda Hotel. Kalau nak cari hotel murah kat Agoda memang banyak.
Dah last minit nak cari hotel, musim sekolah pulak tu so google je la. Last-last decide stay kat hotel Langit Langi ni, murah pun murah. Jimat belanja, boleh guna duit pergi makan-makan. Dok hotel kejap je, selebihnya aktiviti luar. Harga bilik kat hotel ni aku dapat RM108 (include service charge) Kalau walk in pun harga lebih kurang je. 
Ruang Lobi hotel Langit Langi. Bersih dan selesa. 
Decoration cantik dan menawan. Ruang lobi ni boleh lepak-lepak sementara tunggu check in atau check out.

Okeh jom tengok bilik. Bilik bajet so bilik kami agak terasing sikit dari Lobi ni. Kena kuar lobi naik tangga sebelah. Nasib baik tingkat 1 je. Kalau yang bayar lebih skit ada lif kat sini. Hehe
Dapat katil Queen, muat la untuk kami berempat. Kalau tak muat tido bawah la, kat bawah tu luas lagi. Tingkap balkoni boleh nampak car park. Hati-hati sliding door ni takde tinted.
Ni antara kemudahan yang dapat dalam bilik. Bilik air, tempat gantung tuala / pakaian, TV, Aircond boleh ejas sendiri, wifi. Cuma yang tak brapa nak best takde meja. Yang para tempat gantung tuala tu tinggi sangat. Nak letak barang kat atas tu tak sampai. Maklum la aku tak brapa nak tinggi hihi. Lagi satu kalau nak ke sini bawa extension wayar. Kalau nak charge lebih dari satu phone payah sikit. Ada satu je plug kosong. Dah kena bergilir-gilir nanti.

Pemandangan dari luar hotel Langit Langi.
Ada swimming pool. Boleh tahan la besar pool ni. Jadi la tempat Akif dan Aliah lepas geram.. Aku pun nyelam sekali. Koh3
 Seronok la Akif dan Aliah dapat mandi kolam.
Last but not least walaupun hotel bajet tapi dapat 2 voucer untuk breakfast. Jimat lagi duit poket dapat breakfast kat hotel. Tempat makan ni bersebelahan dengan lobi je. Normal Breakfast disediakan, nasi lemak, sosej, kacang merah, muffin, bun, roti + aksessorinya, cereal, air panas, dan jus. Not bad. 

Selesai la short trip ke Port Dickson. Rumusannya...

Tengahari Check-in, lepas tu pergi lunch, then petang lepak kat tepi laut + mandi laut, malam keluar makan. Then balik tido. Kejap je. Sebab tu pilih yang bajet hotel. Bukan dok hotel sangat. Nak guna untuk tempat tido and salin pakaian je.. Langit langi hotel is recommended. 

1 comment:

  1. Memang menarik tempat ni.. saya sekeluarga pun dah stay kat sini weekend yang lepas.. amat berbaloi dan fully recommended..

    Jemput baca pengalaman kami ber'jakuzi' kat sini.. :)

    http://miaqaisarah.com/2015/05/10/langit-langi-butik-hotel-yang-best-di-port-dickson/

    ReplyDelete