Monday, April 13, 2015

Unlock The Fun | AirAsia Bloggers Community (AABC)

Buat pertama kali aku join Hangout event yang dianjurkan oleh AirAsia Bloggers' Community (AABC). Event hari tu mengumpulkan lebih kurang 80 blogger yang berdaftar sebagai ahli AABC. Ramai blogger yang datang tapi masih ramai lagi kot yang kat luar sana belum daftar. Dan event AABC 2015 | Unlock The Fun @ #AABCHangout  bertempat di Escape Room, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Possing dulu sebelum event start. Apa agaknya game yang diatur oleh AABC?? Macam menarik je, macam cuak pun ada. Takpe la tunggu je la.
Haa, name tag, dah kenapa berconteng-conteng ni? Haha tengok bawah ni, ada contest rupanya. Contengan paling kreatif akan dapat hadiah misteri. Wow pakat la semua conteng dengan idea kreatif masing-masing.

Gambar-gambar sekitar #AABCHangout
Pendaftaran Blogger-blogger
Pemakaian tagging masing-masing..Sudah bersedia ke semuanya?
Briefing dulu ya. Selepas itu pembahagian kumpulan oleh krew AABC sendiri. Takleh pilih kawan ooo... Random pick tu. Belasah je tengok sapa partner. Kalau tak kenal boleh kenal-kenalan kan. Ada 18 total kumpulan kalau tak silap dan.....
.......aku kumpulan ke#14. Inilah partner-partner aku IzzatiHazrul dan MieraNadhirah . Hai korang.. Izzati @ tatie ni aku dah kenal dah. Miera first time jumpa.

Okeh antara game yang disediakan oleh AABC ialah, Unlock the Fun Escape Room, tarik tali, cari kunci untuk unlock kereta, lukis gambar dan teka gambar tersebut. Macam menarikkan. Tarik tali dalam bangunan haha, biasa buat kat padang atau gelanggan. Takpe kita try. 

Antara game yang paling mencabar ialah Unlock Escape Room. Biasa dengar tak game Escape Room ni. Kalau tak biasa main or tengok pun kita boleh agak macam mana permainannya. Mesti ada kaitan dengan mencari jalan keluar kan. Okeh game Escape room ni ada banyak kategori, lihat gambar atas ni. Nampak tak gambar-gambar kat dinding tu. Ada Haunted House, Gallery, Taken, Heaven & Hell dan lain-lain lagi. Game ni kami dikehendaki cari jalan keluar dari bilik dalam masa 45 minit atau kurang. Kalau tak berjaya keluar dari masa yang ditetapkan dianggap misi gagal. DAN...!! Nak melepaskan diri dari dalam bilik ni kena tempuh beberapa ujian, setelkan beberapa puzzle mahupun kod-kod. "I can tell you, its not that easy, beb" Memang kena perah otak kaw.. Apapun kami berjaya keluar dari bilik tersebut dengan masa lebih kurang 42 minit. Sikit je lagi fhuwww.. (no pic taken ya) so nak try pergi je kat Escape Room | Times Square KL, tingkat 7.


Gambar-gambar yang dipetik random dari hastag Instagram.
#unlockthefunaabc
 #aabchangout
Geng-geng blogger #kelabbloggerbenashaari 
Sempat berpossing dengan orang kuat AirAsia Bloggers Community, Aziz Laikar. Kaki Travel ni. Merata gak dia pergi. Mana tau nanti dia ajak gi travel luar negara ke, who knows.. 

Okeylah jom baca sapa Juara 2015 Air Asia Bloggers Community  Hangout #unlockthefun. Apa hadiah untuk juara? Rahsia dulu walaupun ramai dah tau..


***Kredit pic kepada tuan empunya gambar kalau terguna. 

4 comments:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi isnin :)

    ReplyDelete
  2. haaaaa.. rasa rugi terlepas peluang ni..

    ReplyDelete
  3. alaahhh... xyah citer sape juara... malas nak tau... jelez... hahaha

    ReplyDelete
  4. next entry juara? ok xnk baca HAHHAHHAHA

    ReplyDelete