Friday, May 29, 2015

Part 2: Perdana Trail | Kampung Kraftangan & Restoran Nasi Ulam Cikgu

Sambungan dari Part 1: Perdana Trail | Heritage & Historical Walk.
Destinasi Perdana Trail seterusnya kami ke..

6. Istana Batu (Muzium Diraja)
Muzium Diraja telah dibina pada tahun 1939 di bawah pemerintahan Sultan Ismail I Kelantan (1920-1944), muzium ni menempatkan barang-barang peninggalan dari kerabat diraja. 


Bangunan Istana Batu ni telah disempurnakan perasmiannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra | Sultan dan Yang diPertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim pada 25 Julai 1991 | 13 Muharram 1412
Boleh kata kalau masuk dalam muzium ni kita boleh hayati suasana kediaman kerabat diraja zaman dulu. Dari meja makan panjang tu, bilik tidur, ruang legar dalam muzium semua disusun mengikut bentuk asal. Almari display tu memang banyak sangat. Banyak cenderahati & cenderamata dalam muzium ni, rata-rata hadiah dari luar dan dalam negara, mahupun koleksi-koleksi kerabat. Fuh koleksi-koleksi ni memang rare. 

Masa kat Muzium Istana Batu ni dah tengahari dah. Perut pun dah lapar haha. Kat mana pulak nak cari pot makan ni. Rupa-rupanya depan muzium ni ada tempat makan. Restoran Nasi Ulam Cikgu. Hebat betul jadual Perdana Trail ni memang dah susun baiknya. Nak ke restoran tu kena lalu depan kedai-kedai kraftangan dulu.

7. Kampung Kraftangan
Nama pun kraftangan korang dah boleh teka dah apa ada kat sini. Mestilah tempat buat & jual barang-barang kraftangan.
Haa, tudia pakat-pakat ambik gambar pintu gerbang sebelum masuk ke Kampung Kraftangan. Bukan slalu nak datang kan? 
Ni brader tengah potong kepingan kayu. Antara sumber atau bahan yang digunakan ialah buluh, kayu, tempurung kelapa dan lain-lain. 
Haha, muka aku sedih ni, gambar dengan kraftangan ada tapi aku tak beli. Bukan tak nak beli. Tapi cadang lepas makan nanti baru nak tengok-tengok lagi. Sekali lepas makan lupa nak singgah. Huh.. Macam mana boleh lupa ?? Makan kenyang sangat kot. Haha. Nampak tak kronologinya. 

8. Restoran Nasi Ulam Cikgu
Masa sampai ke restoran ni dah nampak ramai orang dah, tengahari dah kan. Memang waktu puncak untuk makan tengahari. Rata-rata tempat duduk dah ada orang. Rupanya hotel dah booking meja untuk kami. Kat restoran ni ada dua bahagian tempat makan, open space dan tempat tertutup. Kami makan kat dalam tempat tertutup tu. Yang pasti kena booking dulu, kalau tak book tu nanti penuh. 
Mula-mula aku tengok longgokan sayur ni, ingatkan untuk dijual. Aku rasa korang pun fikir gitu kan? Rupanya ni untuk ulam-ulaman. Banyak betul. Ini kalau banyak ni sayur maksudnya ramainya la customer kat sini. Alamak lupa la, nama kedai pun Nasi Ulam, tentulah ada ulam-ulamnya.
Ni antara Menu Utama yang ada kat sini. Ikan keli gergasi goreng & ayam goreng..
Tudia budu.. Kat negeri Kelantan ni, kalau tak makan budu tu memang tak sah makan. Ni antara sambal-sambal yang menjadi sajian kat Restoran Nasi Ulam Cikgu ni.
Ni menu yang dah di order untuk Perdana Trail. Sajian untuk 5,6 orang. Banyak tak? Ikan Keli goreng, kalau nak tau, ikan keli tu sama besar dengan lengan aku. Perghh sedap dan garing. Ikan patin pula masak asam pedas? Wah slalunya ikan patin masak tempoyak kan. Haa tu antara kelainan kat Restoran Nasi Ulam Cikgu, dan kelainan kat Negeri Kelantan ni. Ikan patin masak asam pedas. Ayam goreng 2 bahagian dan antara yang paling special bagi aku ialah BUDU. Nampak tak yang ada cili merah tu. Haha, ni kira first time aku nak makan budu secara langsung ni. Kalau sebelum ni makan nasi kerabu tu tak prasan sangat budunya. 
Sebelum makan, kami ditunjuk cara nak makan budu. Apa campuran-campuran yang buat budu ni lagi Ummpppphh!. Digaul dengan isi ikan goreng, tempoyak, cili, bawang dan perahan limau. Sedappnya... Perghh meleleh air liur aku. Serius semua yang makan pakat tambah nasi. 
Memang berbaloi makan kat sini. Lagi satu untuk satu set makanan ni harganya cuma rm50++ je. Makan 5,6 orang kot sekali air.  Kalau datang ke Kota Bharu ni aku nak repeat makan kat sini. 
Antara pelangan yang datang makan kat sini. Ramai kan!!

Sebelum beredar dari Kampung kraftangan ni, nampak sekumpulan pemain alat tradisional sedang bersiap-siap untuk membuat persembahan. Kalau kat kl ni macam baskin la. Yang ni siap dengan pertunjukan silat.
Aku respek la brader main serunai tu, tahan betul nafas dia. Main serunai ni macam takde fulstop nafas. Tiup je sampai abis lagu. Bila masa dia ambik nafas pun tak pasti. Kami siap request kat kumpulan ni untuk mainkan muzik, 3 buah lagu dorang kasi. Lepas tu ada pertunjukan silat. 
Silat ada merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang diamalkan sejak turun temurun lagi. Teruja jugak tengok persembahan silat dorang ni. Aku bukan slalu tengok orang bersilat ni. Tengok dari bunga-bunga silat dorang ni memang dorang ada kemahiran. Semoga warisan tradisi terus dikekalkan untuk tatapan kita pada masa akan datang. 

Makan dah, minum dah, tengok persembahan dah, so next destinasi kat mana pulak? Nantikan Part 3 : Perdana Trail | Muzium Islam & Galeri Tok Guru

Monday, May 18, 2015

Part 1: Perdana Trail | Heritage & Historical Walk

Sebelum aku mulakan cerita aku, aku nak tanya dulu kat korang yang tak pernah sampai ke Negeri Kelantan lagi. Boleh? Apa korang punya expectation/impression tentang Negeri Kelantan. Aku rasa mesti ramai yang tak boleh bayangkan kisah sebenar tentang Negeri Kelantan ni. Macam aku sendiri la sebelum sampai ke sini ke Kota Bharu, Kelantan aku tak fikirkan apa yang menarik sangat pun sehingga aku sendiri jejak kaki di sana. Kalau tanya kawan-kawan, kebanyakan dorang akan cakap makanan orang Kelantan memang sedap-sedap.

Meh aku share sikit pengalaman aku kat Kota Bharu. Dengan pakej Perdana Trail | Heritage & Historical Walk dalam masa yang agak singkat tapi aku dapat explore banyak tempat. Banyak tak tempat-tempat best?? Haa, nak tau?
Okeh, Perdana Trail ni ialah satu pakej yang diusahakan oleh Hotel Perdana Kota Bharu kepada para pengunjung untuk mengenali lebih dekat lagi keunikan dan kelebihan yang ada di Negeri Kelantan. Antara Destination Malaysia yang korang harus pergi. Lebih kurang 10 destinasi menarik akan di explore termasuk tempat-tempat bersejarah dan tempat-tempat makan yang terkenal di Kelantan. Okeh nama pun Historical Walk maksudnya semua lokasi ni kita akan berjalan kaki dari Hotel Perdana. Alamak tak penat ker? Macam explore race ker? Hehe.. Berjalan-jalan santai okey, tak perlu la berlumba-lumba, siap menikmati dan menghayati keadaan sekeliling lagi. Kenapa kena berjalan? Untuk pengetahuan korang, ini lah yang menarik tentang Kota Bharu ni, jarak antara lokasi ke lokasi ni tak jauh pun. Sebab tu aku kata dalam masa sehari boleh pergi banyak tempat.

List-list Perdana Trail | Heritage & Historical Walk

1. Muzium Negeri Kelantan
2. Bulatan Jam
3. Din Tokyo
4. Bank Pitis
5. Istana Jahar
6. Muzium Istana (Istana Batu)
7. Kampung Kraftangan
8. Nasi Ulam Cikgu
9. Muzium Islam
10. Bank Kerapu

Pagi-pagi selepas breakfast, tempat pertama nak tuju ialah Kelantan Tourism Information Centre (TIC). Kat sini korang boleh dapat maklumat tentang Negeri Kelantan dengan lebih terperinci. Mungkin dorang boleh bagi maklumat dan petunjuk arah. Dalam perjalanan ke sini pun dah jumpa Perpustakaan Awan Kelantan dan Bazar Tok Guru. Tak singgah pun sebab tak buka lagi. Lepas dari TIC ni terus ke Muzium Negeri Kelantan.

1. Muzium Negeri Kelantan 
Muzium ini telah ditubuhkan pada tahun 1990
Muzium Kesenian, kebudayaan dan tradisi. Kat sini banyak dipamerkan kraf dan peralatan musikal dan yang paling banyak peralatan seni wayang kulit.
Muzium Kelantan ni akan bertukar pameran sekali dalam tempoh beberapa bulan. Pameran wayang kulit ni adalah usahasama dari 3 buah negara, Malaysia, Indonesia dan Thailand.

2. Bulatan Jam
Medan Tuan Padang | Bulatan Jam Besar, Kota Bharu, boleh nampak dah dari Muzium Negeri Kelantan.
Merupakan sebuah lanskap yang sangat menarik di Kota Bharu. Menjadi mercu tanda awal pusat bandar Kota Bharu. Apa yang menarik tentang lanskap Bulatan Jam ni ialah senibina rekabentuk jam itu berwajah Islamik.
Selain itu, korang nak tau tak apa yang menarik dalam lanskap Bulatan Jam ni? Di sekeliling menara Jam ni di tanam dengan beberapa pokok Kurma!! Biar betul ada pokok kurma, macam tak caya  je. Ingatkan kat negara Timur Tengah je ada pokok kurma. Kat kelantan pun ada. Perghh teruja kejap, dasyat betul pokok kurma boleh hidup kat sini. Dengar kata tahun lepas (2014) masa bulan puasa, kesemua pokok kurma di berbuah dengan lebat.
Tengok ni, selfie dengan pokok kurma. Korang ada? Haha, tahun ni pun dah start berbuah, tapi belum masak lagi la. Rasa-rasa bulan puasa ni masak la tu. Kalau dapat pergi time buah ni masak kan best. Boleh petik dan makan terus. 

3. Kedai Kopi Din Tokyo 
Selepas suku perjalanan kami singgah di Kedai Kopi Din Tokyo minum pagi. Ingatkan kedai kopi orang Jepun. 
Apa yang menjadi keunikan kat kedai Pak Din ni, tempat duduk dalam kedai ni ala ala bangku sekolah zaman dulu-dulu.
Manakala menu utama kat sini, ada teh tarik halia, teh halia & telur separuh masak. Telur separuh masak dipanggil telur pingpong, dan telur suku masak dipanggil telur taliban. Wow.. dan yang paling special ialah...
Teh Halia Telur Puyuh!!! Wow..pernah dengar tak? Macam mana rasanya? Erk! Mula-mula memang tak lalu minum sebab tak biasa kan. Letak telur plak tu. Abaikan lah ketidaklaluan tu, benda tak pernah nak rasa la kita kena try. Tu baru namanya explore kan. Aku order secawan. "Mari secawan Pak Din".. Air panas-panas Siap!.. Slrupp.. seteguk demi seteguk lagi, last-last abis aku minum. Boleh tahan sedap rasanya, tak hanyir pun. Bagus untuk tenaga dan buang angin kata Pak Din.

Fakta menarik tentang Kedai Kopi Din Tokyo
Pak din ni generasi ke-3 yg usahakan kedai ni, kebetulan pulak, ketiga-tiga mereka nama Din. Dah lebih 30 tahun kopitiam ni.

Selepas minum kami ke destinasi seterusnya.. 

4. Bank Pitis

Sebuah bangunan batu tertua yang terletak di luar pintu masuk ke Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Bangunan ini telah dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammaad III (Long Kundur bin Sultan Ahmad 1889- 1890). Tujuan utama bangunan ini adalah untuk menyimpan pitis-pitis (pitis dalam dialek Kelantan bermaksud wang) perbelanjaan negeri Kelantan pada masa itu. (sumber wiki)

5. Istana Jahar
Juga dikenali sebagai Muzium Adat Istiadat Di Raja Kelantan Dan Balai Senjata

Kat muzium ni di pamerkan Adat Istiadat DiRaja seperti pertunangan, perkahwinan, melenggang perut, adat pijak tanah dan lain-lain yang berkaitan.
Ni antara gambar yang aku ambik. Adat Istiadat belah mulut dan bercukur.


Di belakang bangunan istana ini terletak Balai Senjata.
Balai senjata ni mempamerkan alat-alat senjata lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain senjata. Pelbagai bentuk, rupa dan saiz. Sememangnya senjata turun temurun. Aku rasa keris yang tak pernah jumpa pun ada kat sini.

Okeh cerita Part 1 berhenti kat sini. Kat part 2 nanti aku sambung perjalanan seterusnya. Yang pasti tempat makan famous di Kota Bharu | Nasi Ulam Cikgu .. Memang sedap dan menyelerakan.  Tunggu!!

Friday, May 15, 2015

Hotel 5 Bintang di Kelantan | Hotel Perdana Kota Bharu

Alhamdulillah, akhirnya impian nak ke Negeri Kelantan telah tercapai jua. Tepat jam 8.33 pagi 8/5/2015 aku telah menjejakkan kaki aku di Bumi Kelantan yang jugak dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang. Kalau korang nak tau, negeri Kelantan la satu-satunya negeri yang aku tak pernah sampai lagi dalam Malaysia. Padahal dari Kuala Lumpur ke Kelantan baru sejam naik kapal terbang. So dah sampai Kelantan nak tinggal mana plak?? Haa ni la aku nak cerita. 
Aku nak royak aku stay kat Hotel Perdana Kota Bharu | Hotel bertaraf 5(lima) bintang di Kelantan. Wow lima bintang tu. Macam mana lah agaknya hotel lima bintang ni. Hotel Perdana ni dekat je dengan Lapangan terbang Sultan Ismail Petra lebih kurang 15 minit.
Selfie kejap (bukti) hahaha....
Apa yang best tentang hotel ni lokasi yang sangat strategik, berada di tengah-tengah bandar Kota Bharu ni. Nak ke Stadium Kota Bharu dekat, nak ke pejabat-pejabat kerajaan pun dekat, tempat-tempat shopping, nak ke mana-mana tu boleh jalan kaki je. DAN yang menarik perhatian aku tentang Hotel Perdana ni telah mendapat Sijil Halal yang diiktiraf dari JAKIM dan Hotel ni merupakan hotel yang bercirikan Islamik. Patutla Negeri Kelantan juga dikenali sebagai Serambi Mekah. Ciri-ciri Islamik dititikberatkan. 
Ruangan lobi dan laluan ke bilik-bilik dihiasai dengan pelbgai lukisan-lukisan yang menarik. Lukisan-lukisan ni semua hasil dari pelukis-pelukis tempatan iaitu orang Kelantan sendiri. 

Hotel Perdana ada 272 bilik ke semua. Terbahagi kepada dua Bahagian, iaitu Classic Wing dengan Executive Wing. 

Classic Wing
Deluxe Classic
6 Accessible Rooms
Premier
Deluxe Premier
Deluxe Suite
Antara bilik-bilik di Classic Wing. Jom jamu mata.. 
Pelbagai jenis bilik dan bentuk susunan pun lain-lain, masuk je dalam satu-satu bilik ni rasa macam malas je nak keluar. 
Hotel ni ada sediakan bilik untuk Orang Kurang Upaya. Bilik air yang telah diubah suai. Kalau bawa masuk wheel chair tu pun muat, memang mengambil kira keselesaan dan memudahkan pelanggan. 



Executive Wing
Perdana Executive
Perdana Suite
Presidenial Suite
The Royal Suite
Presidential Suite
Suite ni untuk orang-orang kenamaan, ahli korporat, mahupun menteri-menteri. 
The Royal Suite
Haa, dapat gak merasa duduk dalam Royal Suite ni. Kalau bukan kerana inspection ni memang agak mustahil la dapat masuk dalam bilik ni. Serius aku sangat teruja. Suite besar dan luang legar sangat selesa. 
Antara Lukisan Batik yang paling aku suka, kenapa? Lukisan ni nampak 3D, macam boleh pegang je. Cantik sangat. Lukisan ni jugak dihasilkan oleh orang Kelantan sendiri. Lukisan ni ada dalam Royal Suite.

Antara fasiliti yang ada kat Hotel Perdana ni, cafe, restoran, kolam renang, gym, bilik komputer dan lain-lain. 
Cerana Coffee House
Kolam renang

3 hari berlalu dengan pantas, tak puas dok Hotel ni. Katil dan bantal yang empuk, letak kepala je tertido, sangat relaxing. Kakitangan-kakitangan hotel sangat ramah dan friendly. 

Untuk maklumat lanjut tentang Hotel Perdana Kota Bharu boleh klik link bawah ni. 

Hotel Perdana Kota Bharu 
Jalan Mahmood15200 
Kota Bharu Kelantan 
Tel : 609-745 8888 
Faks : 609-748 8855 
Emel : inquiry@hotelperdanakotabharu.com

Kat sini aku nak ungkapkan jutaan terima kasih kepada Destination Malaysia kerana beri peluang untuk aku menyertai Perdana Trail explore Negeri Kelantan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Hotel Perdana Kota Bharu kerana menyediakan penginapan dan fasiliti yang terbaek. Harap berjumpa lagi di lain hari. 

Cerita menarik sepanjang di Kelantan.
Part 1: Perdana Trail  | Heritage & Historical Walk