Part 1: Perdana Trail | Heritage & Historical Walk
Sebelum aku mulakan cerita aku, aku nak tanya dulu kat korang yang tak pernah sampai ke Negeri Kelantan lagi. Boleh? Apa korang punya expectation/impression tentang Negeri Kelantan. Aku rasa mesti ramai yang tak boleh bayangkan kisah sebenar tentang Negeri Kelantan ni. Macam aku sendiri la sebelum sampai ke sini ke Kota Bharu, Kelantan aku tak fikirkan apa yang menarik sangat pun sehingga aku sendiri jejak kaki di sana. Kalau tanya kawan-kawan, kebanyakan dorang akan cakap makanan orang Kelantan memang sedap-sedap. Meh aku share sikit pengalaman aku kat Kota Bharu. Dengan pakej Perdana Trail | Heritage & Historical Walk dalam masa yang agak singkat tapi aku dapat explore banyak tempat. Banyak tak tempat-tempat best?? Haa, nak tau?
Okeh, Perdana Trail ni ialah satu pakej yang diusahakan oleh Hotel Perdana Kota Bharu kepada para pengunjung untuk mengenali lebih dekat lagi keunikan dan kelebihan yang ada di Negeri Kelantan. Antara Destination Malaysia yang korang harus pergi. Lebih kurang 10 destinasi menarik akan di explore termasuk tempat-tempat bersejarah dan tempat-tempat makan yang terkenal di Kelantan. Okeh nama pun Historical Walk maksudnya semua lokasi ni kita akan berjalan kaki dari Hotel Perdana. Alamak tak penat ker? Macam explore race ker? Hehe.. Berjalan-jalan santai okey, tak perlu la berlumba-lumba, siap menikmati dan menghayati keadaan sekeliling lagi. Kenapa kena berjalan? Untuk pengetahuan korang, ini lah yang menarik tentang Kota Bharu ni, jarak antara lokasi ke lokasi ni tak jauh pun. Sebab tu aku kata dalam masa sehari boleh pergi banyak tempat. List-list Perdana Trail | Heritage & Historical Walk
1. Muzium Negeri Kelantan 2. Bulatan Jam 3. Din Tokyo 4. Bank Pitis 5. Istana Jahar 6. Muzium Istana (Istana Batu) 7. Kampung Kraftangan 8. Nasi Ulam Cikgu 9. Muzium Islam
10. Bank Kerapu
Pagi-pagi selepas breakfast, tempat pertama nak tuju ialah Kelantan Tourism Information Centre (TIC). Kat sini korang boleh dapat maklumat tentang Negeri Kelantan dengan lebih terperinci. Mungkin dorang boleh bagi maklumat dan petunjuk arah. Dalam perjalanan ke sini pun dah jumpa Perpustakaan Awan Kelantan dan Bazar Tok Guru. Tak singgah pun sebab tak buka lagi. Lepas dari TIC ni terus ke Muzium Negeri Kelantan. 1.Muzium Negeri Kelantan Muzium ini telah ditubuhkan pada tahun 1990
Muzium
Kesenian, kebudayaan dan tradisi. Kat sini banyak dipamerkan kraf dan
peralatan musikal dan yang paling banyak peralatan seni wayang kulit.
Muzium Kelantan ni akan bertukar pameran sekali dalam tempoh beberapa bulan. Pameran wayang kulit ni adalah usahasama dari 3 buah negara, Malaysia, Indonesia dan Thailand.
2. Bulatan Jam
Medan Tuan Padang | Bulatan Jam Besar, Kota Bharu, boleh nampak dah dari Muzium Negeri Kelantan.
Merupakan sebuah lanskap yang sangat menarik di Kota Bharu. Menjadi mercu tanda awal pusat bandar Kota Bharu. Apa yang menarik tentang lanskap Bulatan Jam ni ialah senibina rekabentuk jam itu berwajah Islamik.
Selain itu, korang
nak tau tak apa yang menarik dalam lanskap Bulatan Jam ni? Di sekeliling menara Jam ni di tanam dengan beberapa pokok Kurma!!
Biar betul ada pokok kurma, macam tak caya je. Ingatkan kat negara Timur Tengah je
ada pokok kurma. Kat kelantan pun ada. Perghh teruja kejap, dasyat
betul pokok kurma boleh hidup kat sini. Dengar kata tahun lepas (2014)
masa bulan puasa, kesemua pokok kurma di berbuah dengan lebat.
Tengok ni, selfie dengan pokok kurma. Korang ada? Haha, tahun ni pun dah start berbuah, tapi belum masak lagi la. Rasa-rasa bulan puasa ni masak la tu. Kalau dapat pergi time buah ni masak kan best. Boleh petik dan makan terus. 3. Kedai Kopi Din Tokyo Selepas suku perjalanan kami singgah di Kedai Kopi Din Tokyo minum pagi. Ingatkan kedai kopi orang Jepun.
Apa yang menjadi keunikan kat kedai Pak Din ni, tempat duduk dalam kedai ni ala ala bangku sekolah zaman dulu-dulu.
Manakala menu utama kat sini, ada teh tarik halia, teh halia & telur separuh masak. Telur separuh masak dipanggil telur pingpong, dan telur suku masak dipanggil telur taliban. Wow.. dan yang paling special ialah...
Teh Halia Telur Puyuh!!! Wow..pernah dengar tak? Macam mana rasanya? Erk! Mula-mula memang tak lalu minum sebab tak biasa kan. Letak telur plak tu. Abaikan lah ketidaklaluan tu, benda tak pernah nak rasa la kita kena try. Tu baru namanya explore kan. Aku order secawan. "Mari secawan Pak Din".. Air panas-panas Siap!.. Slrupp.. seteguk demi seteguk lagi, last-last abis aku minum. Boleh tahan sedap rasanya, tak hanyir pun. Bagus untuk tenaga dan buang angin kata Pak Din. Fakta menarik tentang Kedai Kopi Din Tokyo Pak din ni generasi ke-3 yg usahakan kedai ni, kebetulan pulak, ketiga-tiga mereka nama Din. Dah lebih 30 tahun kopitiam ni.
Selepas minum kami ke destinasi seterusnya.. 4. Bank Pitis
Sebuah bangunan batu tertua yang terletak di luar pintu masuk ke Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Bangunan ini telah dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammaad III (Long Kundur bin Sultan Ahmad 1889- 1890). Tujuan utama bangunan ini adalah untuk menyimpan pitis-pitis (pitis dalam dialek Kelantan bermaksud wang) perbelanjaan negeri Kelantan pada masa itu. (sumber wiki) 5.Istana Jahar Juga dikenali sebagai Muzium Adat Istiadat Di Raja Kelantan Dan Balai Senjata
Kat muzium ni di pamerkan Adat Istiadat DiRaja
seperti pertunangan, perkahwinan, melenggang perut, adat pijak tanah
dan lain-lain yang berkaitan.
Ni antara gambar yang aku ambik. Adat Istiadat belah mulut dan bercukur.
Di belakang bangunan istana
ini terletak Balai Senjata.
Balai senjata ni mempamerkan alat-alat senjata lama
Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain
senjata. Pelbagai bentuk, rupa dan saiz. Sememangnya senjata turun temurun. Aku rasa keris yang tak pernah jumpa pun ada kat sini.
Okeh cerita Part 1 berhenti kat sini. Kat part 2 nanti aku sambung perjalanan seterusnya. Yang pasti tempat makan famous di Kota Bharu | Nasi Ulam Cikgu .. Memang sedap dan menyelerakan. Tunggu!!
Bila ntah nk smpai ke kelantan ni..
ReplyDeleteBest2... Pi Kelantan dengan geng KBBA masa Abe Que kawen..
ReplyDeleteFuyoooooo!
ReplyDeleteHaritu dah pergi jalan2x tapi tak cover semua lagi. Nanti nak pergi lagi.
ReplyDelete