Friday, June 19, 2015

Malaysia vs Palestin WORLD CUP QUALIFIER | Cerita dari Bukit Jalil

MALAYSIA VS PALESTINE
2018 WORLD CUP QUALIFIER
16|06|2015
STADIUM BUKIT JALIL
Aku sebenarnya tak teringin pun nak cerita pasal game ni. Keputusan perlawanan yang agak luar biasa dan aku rasa tak sangka sampai begini sarkas. Malaysia kena belasah dengan Palestin 6-0!!. Kalau 1 atau 2 gol tu takde la kesah sangat. Ni sampai angka 6 ni melampau pulak rasanya. Gol-gol mudah pulak tu. Teruk weh teruk sangat, kita buka pasukan yang baru main bola.
Apa yang aku nak ulas sikit pasal perlawanan tempoh hari, pemilihan pemain-pemain kesebelasan utama Dollah Salleh tu tak brapa berkesan. Ini bukan game eksperimen lagi. Zaman experimen zaman K Rajagopal dah buat dah. Pemain berjersi no 18, 12, 11 dan 7 ni adeh tak tau nak cakap apa. Penonton yang datang rata-rata tidak senang bila mereka ni yang pegang bola. Sampai kena Booooo dengan penonton sendiri. Apa cher?? 
Ada sorang penonton depan aku, pakcik tua dah pun. Selepas tengok Palestin score gol pertama, dia dah tak senang dah. Nampak kekecewaan dia. Baru 1 bolos. Dia terus cakap "ini macam kena 5-0 ni". Belum apa-apa pakcik tu boleh agak dah. Hampir tepat predict dia. 
Selfie dengan Jersi baru beli
Aku datang kawan belanja tiket. Kalau tak aku tengok kat tv je. Kawan dah belanja ni, tunggu apa lagi. Rezeki tu, kalau tak kena RM30 kot.  Peluang bagi support pasukan Malaysia | Harimau Malaya dari dekat. Bukan slalu game-game penting ni. Feel pergi stadium dengan tengok kat tv lain kot. Kat sini nak jerit ke nak sorak ke takde orang marah. Haha.. yang best boleh tengok gelagat penyokong. Macam-macam pe'el dorang haha..

Suasana hangat di stadium!

Yang tengok live kat tv mungkin 80% tak tau apa yang berlaku kat stadium. Sebenarnya berlaku kehangatan yang luar biasa pada malam tu apabila Ultras Malaya chantting lagu #dollahsallehapayangkaubuat , #dollahsallehjanganlahtermenung, dan lain-lain lagi melibatkan badan pengurusan bola. Ultras Malaya pada mulanya memang chantting support Harimau Malaya, ntah tiba-tiba bila Harimau bolos lagi kali ke-3 lirik chantting terus berubah. Fuhh aku pun terkejut sebenarnya. Sampai ke penghujung perlawanan chantting mereka bergema. Korang boleh search kat Youtube. Korang tengokla sendiri. HuHu.. Tak brani nak share.. hehe

Sekian berita dari Stadium Bukit Jalil...

3 comments:

  1. haha .aku ada duduk belah depan2 tu..

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya chant mcm tu dah wujud sejak zaman King Gopal bro..

    ReplyDelete
  3. Hee...xreri sgt layan bola..btw, sy dtg singgah bw n follow your blog..very nice blog..keep sharing ya

    ReplyDelete