Adakah korang minat nak jadi pereka fesyen? Teringin nak gubah fesyen sendiri? Mungkin ini peluang korang nak mengetengahkan bakat korang. Mana tau ada rezeki. Baru-baru ni Airasia buat satu program mencari bakat muda dalam pereka fesyen. AirAsia Runway Ready Designer Search 2015. Mungkin korang yang mereka cari?
Telah berlangsung launching AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 pada 29 May 2015 yang lalu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar melancarkan
program pencarian pereka muda ini bersama dengan Pengasas Kuala Lumpur
Fashion Week Ready To Wear (KLFW RTW), Andrew Tan.
Kami sangat teruja bagi mempamerkan 10 pereka muda ini pada minggu fesyen Kuala Lumpur yang akan datang ini pada 16 Ogos 2015.”
Berminat? Okey jom baca syarat-syarat penyertaan. Mudah je.
Antara syarat-syarat penyertaan
*Terbuka kepada semua pereka fesyen muda tak kira pernah ada latihan ataupun tidak.
*Umur tidak melebihi 28 tahun (pada tahun 2015)
*Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 5.00 petang (GMT +8) pada 12 Jun
2015 (cepat-cepat masih ada masa lagi.)
So jangan tunggu lama-lama, kepada pereka fesyen yang berminat join Airasia Runway ni korang boleh download borang penyertaan di laman
klfashionweek.com/airasiarunwayready dan menghantar lakaran korang ke email airasiarunwayready@klfashionweek.com
Pemilihan
Mereka akan menyenarai pendek top 25 peserta terbaik dan akan dihubungi untuk mempersembahkan rekaan dorang kepada barisan juri. 10 yang terbaik akan dipilih melalui proses pemilihan ini bagi memperaga koleksi bertema Asean mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2015 | Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2015.
10 pereka muda akan mempamerkan rekaan mereka di pentas peragaan berprestij KL Fashion Week RTW 2015 dan tiga pereka terbaik akan diumumkan pada akhir pencarian ini dan memegang gelaran ‘AirAsia Most Promising Designer 2015’, bersama dengan hadiah-hadiah yang lain termasuk Piala AirAsia Runway Ready Designer Search, tiket pergi balik ke Tokyo, Sydney dan Hong Kong, sehingga 60,000 AirAsia BIG Points setiap satu, peluang untuk menjadi sebahagian dari Minggu Fesyen lain di rantau ini dan banyak lagi.
Fuhh menarik hadiah-hadiahnya.. Jangan tunggu lama-lama, tarikh tutup 12 jun 2015 nak dekat dah. Tunjuk bakat terpendam korang ni. Mungkin ni jalan perintis untuk korang nak pergi jauh dalam bidang mereka fesyen ni. Untuk maklumat lanjut korang boleh ke laman web www.klfashionweek.com dan korang boleh follow perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 melalui laman sosial AirAsia di Facebook (facebook.com/AirAsia), Twitter (twitter.com/AirAsia) dan YouTube (youtube.com/AirAsia).
Akhir kata dari dari aku, All the best & and Good luck to everyone participate.
Nak join Tapi tak panai lak nak design hihi
ReplyDeletemenarik!
ReplyDelete