Pages

Friday, July 3, 2015

Dobi layan diri membazir? | Self Service Laundry

3 atau 4 kali dah aku menggunakan perkhidmatan Dobi layan diri ni. Memang agak kekok la mula-mula, segan pun ada, time ramai orang tengah guna pastu aku yang beginner ni datang nak basuh baju. Baca manual satu-satu, haha. Tapi aku berjaya menggunakan perkhidmatan ni dalam keadaan try and error. Sekarang dah boleh la guna dengan confident.
Self Service Laundry
So berbalik kepada persoalan tajuk entri ni. "Dobi layan diri membazir?" Membazir apa? Duit? Masa? Tenaga? Jom tengok kadar bayaran yang dikenakan dulu. Untuk mesin basuh, RM11 untuk 25kg, RM6.50 untuk 15kg dan RM5 untuk 10kg. Okeh pada pendapat aku la, dari segi duit nampak macam mahal sikit tapi kalau dari segi masa & tenaga memang sangat menjimatkan. Bayangkan korang cuma perlukan masa kurang sejam untuk basuh dan keringkan. Kering sampai boleh lipat terus!.. Testimonial aku, guna mesin basuh Rm6.50 =15kg (27minit) lepas tu aku pergi mesin dryer, gambar bawah ni. RM4.50 (23minit) so total RM11.00 (50minit) Basuh dengan siap kering. 


Mesin Dryer
Baju dah kering, SIAP untuk dilipat!! Jimat masa. Kalau nak lagi jimat duit, basuh kat rumah pastu pergi dryer je. Bukan malas nak basuh dan sidai kat rumah tapi tempat sidai agak terhad. Tau la dok apartment ni, ruang sidai ciput je. Lepas tu kalau time kerja, hujan turun ker ribut ker takde sapa nak tolong angkatkan. Dah baju-baju ni lembap balik. Lambat kering. Tapi takde la hari-hari aku nak hadap mesin dobi ni. Jika perlu dan terpaksa. Nak guna biar kita nampak mesin ni"value for money". Banyak lagi kelebihan dan kekurangannya.. Korang try dulu baru judge. Okeh.. daaaaa...

3 comments:

  1. Nak kena kumpul baju kotor sampai 15kg dulu camni baru rasa berbaloi, haha! Sebab mesin basuh kat rumah utk 6kg so kalau bayar RM11 utk jumlah yg sama mcm 2.5 setengah basuh kat rumah, okay lah, not bad.

    ReplyDelete
  2. wahh untung tu 15kg.. cam leh basuh toto dan selimut ni...

    ReplyDelete
  3. pertama kali jugak guna dobi layan diri.. Allah.. mudahnya... rasa nak guna je selalu.. tak membazir kalau isi penuh 1 mesin...

    ReplyDelete