Pages

Thursday, July 30, 2015

Hari paling mendebarkan | Menanti kehadiran baby

30 Julai 2015, 8.40 pagi. Wife di transfer ke OT (operation theater ) untuk cesarean tingkat 1 HUKM . Aku teman wife masa on the ke OT. Aku sebenarnya gigil tapi wat-wat takde apa-apa. Bukan ape ni cesarean kali ke-3. Last anak kedua pada februari 2009. 6 tahun dah jarak. 
Aku hanya dibenarkan ikut sampai ke pintu ni je. Menunggu di luar ni. Tak dibenarkan masuk ke dalam. Takpe la, kat luar pun ok la. Dengan henpon aku yang low ni, takde pulak plug kat luar ni. Risau la nanti tak dapat nak update adik bradik dan keluarga nak tau dah bersalin ke belum.
Jam pukul 9.45 pagi masih senyap je. Giler tak nerves, ketaq lutut dok kat luar sorang-sorang. 

10.40 pagi cam tu baru dapat tengok wife keluar dari OT. Eh mana baby? Rupanya baby dah bawa naik atas awal lagi. Lebih kurang dua jam gak tunggu. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, semua selamat. Wife dengan baby selamat. Maka lahirlah anak ke-3 kami.  
Im a Boy 
Tarikh lahir : 30/7/2015
Jam : 09:52
Berat : 2.69kg
Terima kasih yang mendoakan kami. 

Hepatitis B (done injection) 30/7/2015

2 comments: