Thursday, July 23, 2015

Kempen Kesedaran Pemanduan Berhemah | SAFE MODE KIDS WAZE MAXIS

Sekarang ni kalau pergi bercuti dalam dan luar negeri, berjalan-jalan ker, merantau dari satu destinasi ke satu destinasi lain dah bukan jadi penghalang dah. Tak risau sesat dah. Segalanya di hujung jari je. Korang pasti tau WAZE kan. Haa, dengan waze, InsyaAllah tak sesat. Aku perhatikan semua lapisan masyarakat tua ke muda ker semua guna WAZE. Dah jadi trend sekarang dah, bila tak tau jalan or alamat, automatik dorang cakap "waze je". Okeh yang aku nak sampaikan satu kempen hasil koloborasi antara WAZE (milik Google) dengan Maxis yang berjudul "Safe Mode Kids". 



Apa itu Safe Mode Kids?

Satu kajian telah dibuat, menunjukkan 97% pemanduan selamat bila ada anak-anak / kanak-kanak turut berada di dalam kenderaan. Kempen ni dikhususnya untuk yang dah berkeluarga. Yelahkan kalau satu keluarga tu bawa bersama anak-anak dalam sebuah kereta sudah tentu pemanduan akan lebih berhati-hati. Takkan nak rempit jugak kan. Jadi apa yang membimbangkan apabila pemanduan berseorang itu, tanpa anak-anak pasti hemah pemanduan tu dah berkurang. Betul tak? Nak laju tu main tekan je pedal minyak tu. Maka WAZE dan MAXIS telah membuat satu langkah yang aku rasa agak menarik dan kreatif bagi alerts sikit kepada parents ni tadi supaya sentiasa berhemah dalam pemanduan mereka. Projek Safe Mode Kids, menggunakan suara kanak-kanak dalam WAZE. Owh, macam mana tu? Okeh selalunya korang dengar kat WAZE tu suara orang dewasa kan, paling slalu aku dengar suara Mat Salleh/Minah Salleh je. Jadi projek ni, kita akan dengar suara budak-budak pulak. Wah macam kiut je, serius kreatif. Sambil guna petunjuk arah waze, parents akan dengar suara budak-budak/ anak-anak ni, dengan secara tak langsung mereka membayangkan ada anak-anak bersama. Pemanduan pun akan sentiasa berhemah dan berhati-hati, ingat orang tersayang.

Macam best je kan. Macam mana nak turn on Safe Mode (suara anak-anak) ini pulak? Mudah je. Jom ikut langkah-langkah kat bawah ni. Yang belum ada Waze tu, pastikan korang download dulu. Yang dah ada tu boleh buka terus Waze:

1) Download/buka Waze
2) Pilih Settings

3) Klik  Sound 
4) Pilih Voice Language
5) Pilih “English (US) – Safe Mode with Kids” (powered by Maxis)



Mudah je kan. Klik gambar ni bagi besar sikit. 

Jom sama-sama kita turn on kan Safe Mode ni. Semoga pemanduan kita sentiasa lebih berhati-hati dan berhemah. Boleh tengok youtube bawah ni, semasa projek dihasilkan. 

Kiut je anak-anak ni ketika proses merakam suara-suara dorang. 

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.maxis.com.my/safemode

5 comments: