Pages

Sunday, July 26, 2015

SJCAM SJ5000 WIFI | Action Camera REVIEW

SJCAM SJ5000 WIFI | Action Camera
SJCAM SJ5000 WIFI | Action Camera
Akhirnya dapat jugak sambar sebiji camera ni. Walaupun sebenarnya aku berkenan kat GOPRO tapi nak beli GOPRO tak mampu. So kena cari yang mampu milik. Atas misi pencarian dengan Pakcik google, aku bertemu dengan SJCAM. Semakin digoogle semakin banyak pulak camera jenis ni dijumpai, berbagai-bagai jenama dan model sampai naik pening nak pilih jenama apa. Bukan kata nak memilih tapi pasal banyak yang klon. Jenama saja buat aku pening, ada MaxGear, SJCAM, FIST, Sunsky dan lain-lain lagi. Belum masuk model pulak, SJ4000, SJ5000, SJ5000+, SJ6000. Arghh pening!! 
Berbulan-bulan aku riki camera ni, sampai pernah jumpa harga yang paling murah bawah RM200. Macam pelik pun ada, muskyil pun ada. Takkan murah gitu. Ni yang buat aku risau takut kualiti macam mana pulak kan.. Riki punya riki, akhirnya aku nekad untuk beli SJCAM SJ5000 WIFI. Antara kenapa aku pilih yang ni. 

1. Brand - SJCAM (nampak logo bawah lens tu) Tak semua model SJ ada logo ni. Perhati betul-betul dan bandingkan harga dengan yang tak ada SJCAM. Camera nampak sama tapi tak serupa.
2. Model SJ5000 WIFI 
SJ5000 ni 14Megapixel camera, Display skrin 2", dan ada WIFI ( sync terus dengan henpon) Hanya download App "SJCAM" saja. 
3. Harga
Mula-mula aku fikirkan pasal harga, nak cari yang murah-murah je. Tapi bila terlalu murah tu aku tengok macam ada benda yang tak kena. Kalau berduit tu aku cadangkan baik beli GOPRO terus. SJCAM 5000 WIFI ni aku dapat harga murah dari dealer. Murah sangat tu taklah, mahal sangat pun tak jugak. Korang boleh google bandingkan harga, model sama tapi tiada logo SJCAM. Pasti nampak perbezaannya. Yang aku beli ni pun aku tak gerenti kesahihannya tapi kalau ada masalah masih boleh cari SJCAM waranty berbanding yang takde logo langsung. 

Antara testimonial gambar & video yang aku capture masa raya. 

Gambar (tiada edit cuma dikecikkan saiz saja untuk upload blog)



Video bawah ni (Memang tak edit langsung pasal tak jumpa software edit lagi) haha.. Kena upload kat youtube dulu baru boleh share. Hehe.. Masa ni aku tengah bakar | ayam masak dalam buluh.
Nampaknya youtube dah compress video aku. Nampak macam kurang clear. Kalau preview dari komputer memang sangat clear dan mantap.  Try tengok video bawah ni pulak. 
Korang boleh play ke tak aku pun tak sure. Upload jela, kalau nasib baik boleh la korang tengok hasilnya. Kalau tak boleh tengok, aku cuma cakap aku puas hati la dengan SJCAM SJ5000 setakat ni.  Belum test lagi untuk kegunaan lasak. Nanti-nanti aku test aku upload lagi. Chow dulu..

14 comments:

  1. so berapa harga nya kamera ni? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja aku tak nak bagi tau harga.. Total cost dengan memory card 16GB Rm500

      Delete
  2. dah dua kali baca pasal SJCAM ni..ni kamera utk apa sebenarnya ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamera ni biasa digunakan untuk aktiviti lasak, yang dorang letak kat helmet tu, rakam aksi terjun ker.. lebih kurang gitu la..

      Delete
  3. apapun cantik gambr yg d ambil guna SJCAM tu

    ReplyDelete
  4. Cantik la gambar guna sj5000 nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cahaya cukup memang cantik.. Gamgar di atas tak edit langsung..

      Delete
  5. Total cost dgn memori rm500? Wow! Menarik! Gambo lawoooo. Video xdpt tgk. Heeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan brand SJCAM ada yang 600-800 pun ada. Tapi ni dapat murah.

      Delete
  6. Bagus gak SJCAM ni. alternatif selain daripada GoPro dan mampu milik.

    ReplyDelete
  7. Mr E pun tgh survey gak SJCAM ni..kebanyakannya mahal ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari btl2 macam2 brand dah. Risau dapat yang klon.

      Delete
  8. boleh tahan gak harga.. gambar pun smart je.. kena kumpul RM ni

    ReplyDelete