Pages
▼
Sunday, August 30, 2015
Armored Heroes Crocodile | Ausini Brick
Dah lama tak update pasal koleksi lego-lego ni. Padahal ada je beli. Takpe la nak cerita yang terbaru Akif beli. Armored Heroes Crocodile, brand Ausini. Yang ni aku ingatkan dinosour, rupa-rupanya Crocodile. Jenuh google. Takde tulis pun spesis kat kotak dia. Abaikanlah. Haha kalau tak jumpa just taip Armored Heroes 25564 mesti jumpa.
Ada total 262 pieces semuanya. Boleh tahan banyak, gigi dia saja 28 batang haha.. Boleh tahan tahap difficulty dia.
Jom buka kotak dia. Tengok apa ada kat dalam kotak. Ada 3 packs bricks dalam kotak, dah bercampur semuanya. Moh kita pasanggg!!
Dalam manual ada 20 step yang kena follow. Ni baru sampai step 5, dah makan masa lebih 15 minit. Akif dapat Armored Heroes ni terus suruh babah dia pasang. Pukul 11 malam plak tu. Sampai tersangguk-sangguk aku pasang.
Ni baru sampai step ke 9 dah. Pulun nak kena siapkan. Layankan jela nak oii..
Step ke 16. Macam dah lebih sejam je ni. Pasang gigi paling penat haha. Kecik-kecik je lubang dia. Sikit je lagi..
Sampai final step, siap jugak akhirnya.. Fuhh sejam lebih baru siap. Akif excited tak? Lor tengok-tengok Akif dah tertido. Haha dia tunggu sampai tertido kat sofa.
Ni la hasilnya. Armored Heroes Crocodile Akif Danish. Siap pasang peluru berpandu kat atas badan crocodile tu. Smart-smart.. Macam nak beli je pasangan dia.. Erkk.. Ada Armored Heroes Scorpion, Rhino, Wolf.. Wah macam nak je.. Nanti la, kumpul duit dulu.. Daaa...
Saturday, August 29, 2015
Apa yang menarik di Zoo Negara Malaysia | Cuti-cuti Malaysia
Bila pergi ke mana-mana zoo mesti kita ingat nak tengok binatang-binatang je kan. Gajah la, harimau la, girafah la, sedikit spesis monyet dan burung-burung kan. Tapi kan kalau pergi ke Zoo Negera Malaysia ni korang akan rasa teruja sikit pasal kat zoo negera ni ada kelainan sikit. Dah macam all in one. Semua ada disini. Antara yang menarik di Zoo Negara Malaysia ni Taman Rama-rama | Butterfly Garden, Tunku Abdul Rahman Aquarium (Akuarium Ikan-ikan), Muzium Lebah Sedunia | World's Bee Museum dan Giant Panda Conservation Centre | Pusat Pemulihan Panda Gergasi . Berbaloi baloi datang ke sini.
Jom usha kat mana aku, Akif dan Aliah jalan-jalan.. Nasib baik mood dorang baik hari ni. Hehe senang babah kawal.
1. Taman Rama-rama | Butterfly Garden
Mula-mula kami pergi tengok rama-rama dulu. Selain rama-rama kat dalam ni ada serangga-serangga kecik macam labah-labah, kala jengking, ulat gonggok, dan lain-lain sespesis dengannya.
Akif dan Aliah excited tengok Kepompong Hidup.. Berjalan sambil belajar. Kan ada dalam mata pelajaran Sains kan..
Amboi Akif kat situ gak dipilih pot. Haha..
2. Tunku Abdul Rahman Aquarium (Akuarium Ikan-ikan) | Malaysia River Journey
Lepas tengok rama-rama kami tengok ikan-ikan pulak. Ada satu terowong bawah tanah yang sejuk dan dingin, kat dalam tu ada banyak akuarium ikan-ikan yang wujud kat Malaysia ni. Eh ye ker. Tak caya jom tengok lagi..
Lebih kurang 50 meter gak walking distances dalam akuarium ni. Ada pelbagai jenis ikan dalam ni. Semuanya yang spesis hidup dalam sungai. Tunjuk sikit dah ler. Korang pergi tengok sendiri. Haha.
3. Muzium Lebah Sedunia | World's Bee Museum
Muzium lebah menempatkan pelbagai jenis lebah. Banyak yang telah diawet untuk tontonan awam. Yang hidup dibiar berterbangan pun ada. Rasanya yang ni tak gigit orang kot. Haha. Madu-madu dan pelbagai produk yang dihasil dengan madu ada dijual disini.
Antara sarang-sarang atau pondok sarang lebah (gambar belakang tu) Aliah dengan Akif muka cuak. Haha.
Nah aku kasi zoom kasi dekat lagi sarang lebah ni dengan lebah-lebahnya..
Haa yang ni lebah gergasi. Dah diawet dan telah disahkan tidak menggugat keselamatan awam Koh3..
Kalau lapar tu apa pun kita bedal ye tak?... So ini lah lunch kami. Kenyang gak.
4. Giant Panda Conservation Centre | Pusat Pemulihan Panda Gergasi
Okeh cerita Panda korang klik kat link atas ni.
Oklah satu hari bergather-gather Blogger's Day #kelabbloggerbenashaari di Zoo Negara Malaysia. Memang meriah. #kipidap
Terima kasih kepada sponser sponser Blogger's Day | lawatan ke zoo negara tempoh hari..
Cosmoderm, FoodPanda dan Zoo Negara Malaysia
Jom usha kat mana aku, Akif dan Aliah jalan-jalan.. Nasib baik mood dorang baik hari ni. Hehe senang babah kawal.
1. Taman Rama-rama | Butterfly Garden
Mula-mula kami pergi tengok rama-rama dulu. Selain rama-rama kat dalam ni ada serangga-serangga kecik macam labah-labah, kala jengking, ulat gonggok, dan lain-lain sespesis dengannya.
2. Tunku Abdul Rahman Aquarium (Akuarium Ikan-ikan) | Malaysia River Journey
Lepas tengok rama-rama kami tengok ikan-ikan pulak. Ada satu terowong bawah tanah yang sejuk dan dingin, kat dalam tu ada banyak akuarium ikan-ikan yang wujud kat Malaysia ni. Eh ye ker. Tak caya jom tengok lagi..
Malaysian River Journey
Peta dan penunjuk arah yang menarik
Ada tempat rehat-rehat kalau penat berjalan (lepak kejap bersama-sama blogger femes- Lan Careno, Ujang, Bro framestone dan Encik ST)
SHOW | Pertunjukan di Zoo Negara Malaysia
Yang ni mana-mana zoo akan ada show ni, cuma pertunjukkan berbeza-beza. Kat sini boleh pertunjukkan singa laut.
3. Muzium Lebah Sedunia | World's Bee Museum
Muzium lebah menempatkan pelbagai jenis lebah. Banyak yang telah diawet untuk tontonan awam. Yang hidup dibiar berterbangan pun ada. Rasanya yang ni tak gigit orang kot. Haha. Madu-madu dan pelbagai produk yang dihasil dengan madu ada dijual disini.
The Wild Restaurant Zoo Negara Malaysia
Dah lapar nak makan kat mana? Haha Jangan risau, selain booth-booth kecik kedai minuman dan makanan, kat sini ada restaurant ala-ala kepci ngan mekdi tu. Tapi yang ni dipanggil The Wild Restaurant. Set-set makanan tu lebih kurang je harga ngan kepci dan mekdi tu. Not bad.
4. Giant Panda Conservation Centre | Pusat Pemulihan Panda Gergasi
Okeh cerita Panda korang klik kat link atas ni.
Oklah satu hari bergather-gather Blogger's Day #kelabbloggerbenashaari di Zoo Negara Malaysia. Memang meriah. #kipidap
Terima kasih kepada sponser sponser Blogger's Day | lawatan ke zoo negara tempoh hari..
Cosmoderm, FoodPanda dan Zoo Negara Malaysia
Tuesday, August 25, 2015
PANDA GERGASI XING XING di ZOO NEGARA MALAYSIA
Seawal jam 9 pagi, Aku, Akif dan Aliah dah terpacak kat Zoo Negara. Ada apa kat zoo ni? Okeh hari ni kami join
Zoo Negara Malaysia ni terletak di Hulu Kelang, Selangor. Kami yang dok Cheras ni memang dekat dah dengan zoo negara ni. Dari rumah ke zoo ambik masa dalam 20 minit je (kalau tak jem la)
BLOGGER’s DAY | KELAB BLOGGER BEN ASHAARI |
#kelabbloggerbenashaari
...nak celebrate birthday PANDA Gergasi | GIANT PANDA
yang ke-9 tahun. Wow kami pergi tengok panda ke? Panda pun sambut hari lahir jugak yer. hehehe.. First time nak tengok panda ni.
Eksaited dah Akif dan Aliah. Tak sabar-sabar nak masuk dah.
Ok sedikit biodata PANDAni.
Pusat Konservasi & Pameran Giant Panda
Okeh sebelum masuk kami diberi taklimat dulu. Nak masuk dalam tempat panda ni ada pantang larang. Hah!!??. Bukan pantang larang tapi ada beberapa peraturan yang kita kena patuh. Do & Don't. Terima kasih kepada penaja-penaja yang menaja Blogger's Day kali ni.
Cosmoderm, FoodPanda dan Zoo Negara Malaysia dan tak lupa kepada Kelab Blogger Ben Ashaari yang bagi peluang join Bloggers Day ni. Terima kasih.
Thursday, August 20, 2015
Resepi Udang Goreng Tempoyak
Memandangkan masakan ni agak rare dan luar biasa so aku nak share sikit resepi. Ini resepi yang famous di Sarawak. Resepi paling senang di dunia. Yang ni cara dan resepi aku. Kalau tersama tu jangan marah yer. Kebetulan je tu. Okeh ni aku masak untuk 2 orang makan.
Bahan-bahan:
1. Bawang putih 3 biji
2. Bawang merah 1 sebiji sederhana
3. Udang 6,7 ekor (ikut brapa banyak nak buat)
4. Tempoyak 4 sudu besar
5. Gula (1 sudu)
Penyediaan:
Bawang putih dan bawang merah potong kecik-kecik
Udang buang kulit dan seekor tu potong 2. Kalau rasa tak nak potong pun takpe.
Cara masak:
Mula-mula panaskan kuali, letakkan dua sudu besar minyak masak. Takmo banyak-banyak.
Lepas tu tumiskan bawang putih bawang merah tadi sehingga naik bau, terus masukkan udang. Gaul-gaul sampai udang masak kemerahan kekuningan.
Masukkan tempoyak tadi gaul perlahan-lahan, masukkan gula secukup rasa. Kalau tempoyak masam sangat letak la lebih gula. Nanti manis sangat pun tak sedap. Biar masam manis sikit.
Gaul-gaul sampai tempoyak tu nampak kekuningan masak, macam gambar di atas. SIAP.
Cara makan:
Sediakan nasi panas-panas, pas tu hidang la udang goreng tempoyak. Lepas tu makan la.. Hahaha..
Selamat mencuba...
**takde udang, ikan bilis pun boleh. Sedap jugak.

Wednesday, August 12, 2015
Baby Aisy 14 hari | Kena tahan hospital kalau jaundice tak turun bawah 10mg/dl
Kali ke 6 cucuk (Rabu)
Hari ni sepatutnya aku jaga exam pagi sampai petang. Oleh kerana terpaksa bawa Baby Aisy ke klinik aku minta excuse sekejap. Ketua pengawas pun spotting dan benarkan aku masuk lewat sikit hehe. So pepagi aku dah terpacak depan klinik. Hari ni paling nervous skali, kalau tak turun bawah 10mg/dl maka Baby Aisy kena tahan kat hospital. Last ujian makmal bacaannya 12.0 mg/dl jadi Baby Aisy kena lawan bagi turun.
Lepas cucuk terus ke makmal untuk ambik result. Jeng jeng jeng..
***kena kerap bagi minum susu ibu, baby kena kerap buang air dan berak. Baby jaundice ni memang suka tido je, so kena kejutkan bagi minum susu.
Hari ni sepatutnya aku jaga exam pagi sampai petang. Oleh kerana terpaksa bawa Baby Aisy ke klinik aku minta excuse sekejap. Ketua pengawas pun spotting dan benarkan aku masuk lewat sikit hehe. So pepagi aku dah terpacak depan klinik. Hari ni paling nervous skali, kalau tak turun bawah 10mg/dl maka Baby Aisy kena tahan kat hospital. Last ujian makmal bacaannya 12.0 mg/dl jadi Baby Aisy kena lawan bagi turun.
Lepas cucuk terus ke makmal untuk ambik result. Jeng jeng jeng..
7.2 mg/dl
Alhamdulillah, alhamdulillah, jaundice Baby Aisy turun mendadak. Lega rasanya bila tengok result ni. Baby Aisy tak kena tahan hospital. Doktor kata kalau kalau hari ke-14 (2 minggu) jaundice tak turun memang akan tahan hospital. Apapun bukan bermakna Baby Aisy dah tak perlu datang, kena datang jugak. Lepas ni kena dapatkan bacaan bawah 5.0 mg/dl pulak. Alamak nak kena datang cucuk lagi la. Hmm ikut jela, dah doktor cakap gitu kena ikut. So next appointment hari jumaat (14/8/2015). Aku hantar Baby Aisy balik rumah pastu aku terus ke tempat exam siap dengan time slip. Bukti pergi klinik. Hehe..***kena kerap bagi minum susu ibu, baby kena kerap buang air dan berak. Baby jaundice ni memang suka tido je, so kena kejutkan bagi minum susu.
Monday, August 10, 2015
Jaundice Baby Aisy ada tanda penurunan
Hari ke 5 cucuk (isnin)
Hari ni kena masuk opis dulu. Nak cuti tapi ada tugas yang perlu disettle kan. Takpe la, checkup doktor buat, kerja opis pun kena buat.
Hari ni kena masuk opis dulu. Nak cuti tapi ada tugas yang perlu disettle kan. Takpe la, checkup doktor buat, kerja opis pun kena buat.
12.0 mg/dl
Turun sikit 0.9mg/dl dari sebelum ni. Nampaknya kena pergi cucuk lagi la jawabnya. Doktor appoint hari Rabu pulak. Skip satu hari, boleh la Baby Aisy recover dari kena cucuk je. Tapi hari rabu ni hari ke 14 hari Baby Aisy, kalau tak turun gak bawah 10 mg/dl baby Aisy akan kena tahan kat wad. Adeh, risau betul dibuatnya masa ni.
Friday, August 7, 2015
Jaundice Baby Aisy naik lagi
Hari ke-3 baby Aisy ke klinik cucuk jaundice (kuning). Aku terpaksa sambung cuti memandangkan cuti tanpa rekod 7 hari dah tamat. Nak buat cam mana, sebab tu cuti tahunan ni kena jimat-jimat nak guna. Kita tak tau masa kecemasan ni. Kita tak minta tapi tu yang selalu berlaku.
Hari ke-3 cucuk
Hari ke-4 cucuk
Hari ke-3 cucuk
13mg/dl
Nampaknya bacaan jaundice baby Aisy memcecah angka 13mg/dl. Aku dan wife memang agak cuak. Yelah sebelum ni anak pertama dengan kedua tak pernah kena. Tetiba yang ke-3 ni kena pulak. Takde pengalaman lagi handle jaundice ni. Kena ikut nasihat doktor jela. Kerap bagi susu. Itu je la ubatnya. Tengok doktor rileks je. Doktor appoint lagi next day untuk cucuk. Hari ke-4 cucuk
12.9mg/dl
Hari ni datang lagi. Hari ke 4 berturut-turut baby Aisy kena cucuk ambik sample darah. Lepas cucuk ke makmal dulu tengok bacaan. Hari ni turun 0.01mg/dl . Huhu sedih. Setiap bacaan dan brapa umur baby pun diambil kira. Lain-lain pengiraan. Pelik gak macam mana calculation dorang. Memandangkan hari ni jumaat dan bacaan jaundice Baby Aisy pun agak statik, doktor suruh datang check up hari isnin. Lega sekejap, kalau kena pergi payah gak, sebab kena pergi hospital. Klinik kesihatan tutup sabtu ahad. Masa ni doktor tu explain serba sedikit pasal jaundice (kuning) ni dan langkah-langkah peringkat awal untuk mengurangkan jaundice. Baru aku faham kenapa kena kerap bagi susu. Next entri aku cerita kenapa.
Wednesday, August 5, 2015
Misi Datang Rumah | Baby Aisy kena Jaundice (Kuning)
Lagi perkara penting yang harus dibuat bila dah balik rumah. Korang kena call atau inform klinik kesihatan tempat korang slalu check up tu bagitau yang korang dah bersalin dan dah balik rumah. Aku tak tau sebenarnya, wife aku yang ingatkan. Yelah pompuan je yang check up, yang jumpa nurse, so korang kena alert apa yang nurse cakap tu. Wajib bagitau, walaupun tempat korang berpantang dengan tempat check up lain-lain kawasan. Tujuannya untuk rekod dan follow up pegawai kesihatan datang ke rumah untuk pemeriksaan ibu dan bayi.
Situasi aku hari tu, wife balik lewat hari sabtu, kalau nak call kena tunggu isnin la jawabnya. Pasal ahad kan cuti. So isnin aku call, terus misi (nurse) set hari esok (selasa) datang melawat ke rumah untuk pemeriksaan.
Esoknya, dalam jam 9 pagi, nurse sampai untuk check up. Nurse tengok baby Aisy, terus bagi tau, baby kena kuning ni. Kena pergi klinik segera untuk untuk ujian darah. Aku dan wife tak fikir panjang terus set petang tu bawa pergi klinik. Wife aku gagah gak berjalan walaupun sakit operation tu tak sembuh lagi.
Petang tu kami terus bawa baby Aisy ke klinik.
So esok kena pegi ambik darah lagi. Cucuk kat tapak kaki kali kedua. Sian baby Aisy kena cucuk lagi.
Situasi aku hari tu, wife balik lewat hari sabtu, kalau nak call kena tunggu isnin la jawabnya. Pasal ahad kan cuti. So isnin aku call, terus misi (nurse) set hari esok (selasa) datang melawat ke rumah untuk pemeriksaan.
Esoknya, dalam jam 9 pagi, nurse sampai untuk check up. Nurse tengok baby Aisy, terus bagi tau, baby kena kuning ni. Kena pergi klinik segera untuk untuk ujian darah. Aku dan wife tak fikir panjang terus set petang tu bawa pergi klinik. Wife aku gagah gak berjalan walaupun sakit operation tu tak sembuh lagi.
Petang tu kami terus bawa baby Aisy ke klinik.
Result 12.6 mg/dl
Hmm memang sah baby Aisy kena kuning. Bacaan agak tinggi melebihi 12.0mg/dl. Apa yang kena buat, doktor pesan kerapkan bagi minum susu badan. Ibu dinasihatkan jangan makan herba-herba lagi, jangan makan benda panas macam halia. Kena kerap kejutkan baby bangun minum susu. Sebab baby yang jaundice ni dia memang suka tido je. So next appointment besoknya pulak.So esok kena pegi ambik darah lagi. Cucuk kat tapak kaki kali kedua. Sian baby Aisy kena cucuk lagi.
Result 12.8mg/dl
Jaundice baby Aisy naik lagi. 0.2mg/dl. Huhu doktor remind the same. Suruh kerap minum susu. Huhu.. Dia kata kalau tak lebih 17mg/dl tu tak boleh tahan wad lagi. Lepas tu try google ada tak penawar untuk baby jaundice ni. Macam macam ada. Sengkuang cina, halwa kundur, anggur hitam, mandi bunga kuning.. tapi...
nanti dulu la, try bagi susu dulu.. Esok kena kena gi klinik lagi selagi tak turun..
Monday, August 3, 2015
Checklist Penting: Daftar Kelahiran di JPN | Muhammad Aisy Faheem
Sementara masih cuti ni aku kena settlekan cepat urusan penting seperti daftar kelahiran. Bila dah kerja nanti susah sikit nak keluar pejabat. 3 hb ogos aku gunakan kesempatan yang ada untuk pergi mendaftar kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen yang diperlukan tak rumit, semua dah ada cuma buat salinan saja. Sebelum keluar dari hospital, nurse akan bagi borang daftar kelahiran JPN yang telah ditulis maklumat penyambut kelahiran dan maklumat baby. (nama dikosongkan)
Yang wajib diisi,
*Maklumat Kanak-kanak
*Maklumat Penyambut Kelahiran (yang ni sepatutnya dah diisi. Sila semak)
*Maklumat ibu
*Maklumat bapa
atau
*Maklumat Pemaklum (jika pemaklum bukan ibu bapa)
*Pengesahan ibu bapa/pemaklum (tandatangan di hadapan pendaftar)
Checklist sebelum ke JPN. Risau-risau tertinggal dokumen, penat nak berulang alik.
*Borang Daftar kelahiran, beserta surat pengesahan kelahiran
*Kad Pengenalan Ibu Bapa (Asal dan Salinan)
*Surat Dokumen Perkahwinan (Asal dan Salinan)
*Buku pink (Asal dan Salinan- Depan, pemeriksaan kandungan semasa 5.18 mula-mula dan yang last sekali.) Yang ni kena check balik buku pink tu.
Aku prefer buat kat UTC Bandar Tun Razak, Cheras. Kat sini tak ramai orang, lagipun dekat dengan tempat tinggal. Tak sampai setengah jam dah siap. Dah disahkan nama baby kami Muhammad Aisy Faheem. Semoga baby Aisy sihat dan menjadi anak yang soleh. Amin.
Peringatan!
Pendafaran biasa (1-14 hari selepas kelahiran - percuma)
Pendaftaran lambat (15-42 hari selepas kelahiran - denda Rm5.00)
Pendaftaran lewat ( selepas 42 hari kelahiran, Rm10.00 proses, permohonan carian Rm5.00, kompaun tidak melebihi RM50.00)
Jabatan Pendaftaran Negara | UTC Bandar Tun Razak
Contoh borang daftar kelahiran. *Maklumat Kanak-kanak

Saturday, August 1, 2015
Home Sweet Home Baby Aisy
Hari ke 3 - Doktor check kuning baby Aisy. Kalau ok baby Aisy dan mama dah boleh balik rumah. Seharian gak kat hukm tunggu result kuning. Sampai pukul 6 petang still tak dapat result lg. So aku ingat nak balik rumah hantar mak mertua. Saja bawa mak hari ni, ingatkan baby dah boleh keluar tengahari tu. Rupanya lambat lagi. Kena tunggu result dari makmal.
Baru je nak gerak balik doktor datang bagitau result. Alhamdulillah, doktor cakap baby Aisy boleh balik umah. Yeaa...
Nota sendiri*
Sebelum discharge aku kena pergi settlekan pembayaran dan slip keluar wad. Kat HUKM proses pembayaran ada kat bahagian kecemasan dekat dengan farmasi. Aku tak sure pulak ada bahagian lain sebab aku pergi kaunter hari sabtu. Then aku bagi slip doktor kasi kat kaunter beserta borang GL untuk pekerja government. Dalam hati aku brapa agaknya bayaran tu nanti. Selang beberapa minit kemudian, pegawai kaunter bagi resit kat aku yang telah dicop. Alhamdulillah percuma. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Terima kasih banyak-banyak.
Settle di kaunter pembayaran pergi kat pengawal keselamatan wad pulak, kena ikut prosedur kan kalau nak keluar. Betul tak baby yang nak dibawa keluar tu. So ada slip yang nurse bagi just serah kat guard dan tandatangan. Settle. So beransur la kami yer.. Baby Aisy mesti tak sabar sampai umah.
Alhamdulillah, sampai umah sebelum maghrib. Tengah hujan renyai-renyai plak tu. Kesian mama kena jalan perlahan je, lepas operation kan. Tak pe pelan-pelan yang penting dah boleh gerak.
Terima kasih doktor dan nurse-nurse yang jaga mama dan baby Aisy.. Peramah-peramah semuanya. Kemudahan pun senang.