Jom usha kat mana aku, Akif dan Aliah jalan-jalan.. Nasib baik mood dorang baik hari ni. Hehe senang babah kawal.
1. Taman Rama-rama | Butterfly Garden
Mula-mula kami pergi tengok rama-rama dulu. Selain rama-rama kat dalam ni ada serangga-serangga kecik macam labah-labah, kala jengking, ulat gonggok, dan lain-lain sespesis dengannya.
2. Tunku Abdul Rahman Aquarium (Akuarium Ikan-ikan) | Malaysia River Journey
Lepas tengok rama-rama kami tengok ikan-ikan pulak. Ada satu terowong bawah tanah yang sejuk dan dingin, kat dalam tu ada banyak akuarium ikan-ikan yang wujud kat Malaysia ni. Eh ye ker. Tak caya jom tengok lagi..
Malaysian River Journey
Peta dan penunjuk arah yang menarik
Ada tempat rehat-rehat kalau penat berjalan (lepak kejap bersama-sama blogger femes- Lan Careno, Ujang, Bro framestone dan Encik ST)
SHOW | Pertunjukan di Zoo Negara Malaysia
Yang ni mana-mana zoo akan ada show ni, cuma pertunjukkan berbeza-beza. Kat sini boleh pertunjukkan singa laut.
3. Muzium Lebah Sedunia | World's Bee Museum
Muzium lebah menempatkan pelbagai jenis lebah. Banyak yang telah diawet untuk tontonan awam. Yang hidup dibiar berterbangan pun ada. Rasanya yang ni tak gigit orang kot. Haha. Madu-madu dan pelbagai produk yang dihasil dengan madu ada dijual disini.
The Wild Restaurant Zoo Negara Malaysia
Dah lapar nak makan kat mana? Haha Jangan risau, selain booth-booth kecik kedai minuman dan makanan, kat sini ada restaurant ala-ala kepci ngan mekdi tu. Tapi yang ni dipanggil The Wild Restaurant. Set-set makanan tu lebih kurang je harga ngan kepci dan mekdi tu. Not bad.
4. Giant Panda Conservation Centre | Pusat Pemulihan Panda Gergasi
Okeh cerita Panda korang klik kat link atas ni.
Oklah satu hari bergather-gather Blogger's Day #kelabbloggerbenashaari di Zoo Negara Malaysia. Memang meriah. #kipidap
Terima kasih kepada sponser sponser Blogger's Day | lawatan ke zoo negara tempoh hari..
Cosmoderm, FoodPanda dan Zoo Negara Malaysia
No comments:
Post a Comment