Pages

Wednesday, August 12, 2015

Baby Aisy 14 hari | Kena tahan hospital kalau jaundice tak turun bawah 10mg/dl

Kali ke 6 cucuk (Rabu) 

Hari ni sepatutnya aku jaga exam pagi sampai petang. Oleh kerana terpaksa bawa Baby Aisy ke klinik aku minta excuse sekejap. Ketua pengawas pun spotting dan benarkan aku masuk lewat sikit hehe. So pepagi aku dah terpacak depan klinik. Hari ni paling nervous skali, kalau tak turun bawah 10mg/dl maka Baby Aisy kena tahan kat hospital. Last ujian makmal bacaannya 12.0 mg/dl jadi Baby Aisy kena lawan bagi turun. 
Lepas cucuk terus ke makmal untuk ambik result. Jeng jeng jeng.. 
7.2 mg/dl
Alhamdulillah, alhamdulillah, jaundice Baby Aisy turun mendadak. Lega rasanya bila tengok result ni. Baby Aisy tak kena tahan hospital. Doktor kata kalau kalau hari ke-14 (2 minggu) jaundice tak turun memang akan tahan hospital. Apapun bukan bermakna Baby Aisy dah tak perlu datang, kena datang jugak. Lepas ni kena dapatkan bacaan bawah 5.0 mg/dl pulak. Alamak nak kena datang cucuk lagi la. Hmm ikut jela, dah doktor cakap gitu kena ikut. So next appointment hari jumaat (14/8/2015). Aku hantar Baby Aisy balik rumah pastu aku terus ke tempat exam siap dengan time slip. Bukti pergi klinik. Hehe..

***kena kerap bagi minum susu ibu, baby kena kerap buang air dan berak. Baby jaundice ni memang suka tido je, so kena kejutkan bagi minum susu.

3 comments:

  1. alahai..tak sampai hati tengok baby asyik kena cucuk je.. dulu masa irine, mak yg antar pi klinik.. tp kite kat rumah dok meleleh air mata.. huhuhu.. nasib 3 hari je dia kena cucuk.. bidan suruh mandikan air kopi terus okey.. kalau tak kena warded jugak risau..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...yaya dah follow sini...saja...buat blogwalking..hehe....harap sudi follow yaya... www.yayacendana.com :) tq

    ReplyDelete