Situasi aku hari tu, wife balik lewat hari sabtu, kalau nak call kena tunggu isnin la jawabnya. Pasal ahad kan cuti. So isnin aku call, terus misi (nurse) set hari esok (selasa) datang melawat ke rumah untuk pemeriksaan.
Esoknya, dalam jam 9 pagi, nurse sampai untuk check up. Nurse tengok baby Aisy, terus bagi tau, baby kena kuning ni. Kena pergi klinik segera untuk untuk ujian darah. Aku dan wife tak fikir panjang terus set petang tu bawa pergi klinik. Wife aku gagah gak berjalan walaupun sakit operation tu tak sembuh lagi.
Petang tu kami terus bawa baby Aisy ke klinik.
Result 12.6 mg/dl
Hmm memang sah baby Aisy kena kuning. Bacaan agak tinggi melebihi 12.0mg/dl. Apa yang kena buat, doktor pesan kerapkan bagi minum susu badan. Ibu dinasihatkan jangan makan herba-herba lagi, jangan makan benda panas macam halia. Kena kerap kejutkan baby bangun minum susu. Sebab baby yang jaundice ni dia memang suka tido je. So next appointment besoknya pulak.So esok kena pegi ambik darah lagi. Cucuk kat tapak kaki kali kedua. Sian baby Aisy kena cucuk lagi.
Result 12.8mg/dl
Jaundice baby Aisy naik lagi. 0.2mg/dl. Huhu doktor remind the same. Suruh kerap minum susu. Huhu.. Dia kata kalau tak lebih 17mg/dl tu tak boleh tahan wad lagi. Lepas tu try google ada tak penawar untuk baby jaundice ni. Macam macam ada. Sengkuang cina, halwa kundur, anggur hitam, mandi bunga kuning.. tapi...
nanti dulu la, try bagi susu dulu.. Esok kena kena gi klinik lagi selagi tak turun..
setiap kali ke klinik tu kena cucuk..alahai ciannya baby kan
ReplyDelete