Pages

Tuesday, August 25, 2015

PANDA GERGASI XING XING di ZOO NEGARA MALAYSIA

Seawal jam 9 pagi, Aku, Akif dan Aliah dah terpacak kat Zoo Negara. Ada apa kat zoo ni? Okeh hari ni kami join 
BLOGGER’s DAY | KELAB BLOGGER BEN ASHAARI | #kelabbloggerbenashaari 
...nak celebrate birthday PANDA Gergasi | GIANT PANDA yang ke-9 tahun. Wow kami pergi tengok panda ke? Panda pun sambut hari lahir jugak yer. hehehe.. First time nak tengok panda ni. Eksaited dah Akif dan Aliah. Tak sabar-sabar nak masuk dah. Zoo Negara Malaysia ni terletak di Hulu Kelang, Selangor. Kami yang dok Cheras ni memang dekat dah dengan zoo negara ni. Dari rumah ke zoo ambik masa dalam 20 minit je (kalau tak jem la)

Ok sedikit biodata PANDAni.
Nama saya Xing Xing atau FU WA. Nak panggil Xing xing boleh panggil Fu Wa pun boleh..
Pusat Konservasi & Pameran Giant Panda
Okeh sebelum masuk kami diberi taklimat dulu. Nak masuk dalam tempat panda ni ada pantang larang. Hah!!??. Bukan pantang larang tapi ada beberapa peraturan yang kita kena patuh. Do & Don't. 
Dengar taklimat pun excited hehe. Tak sabar nak masuk tengok panda. :)
Ni la tempat tinggal Xing Xing. Sejuknya dalam ni, Panda kan hidup dalam suasana sejuk. Nampak real walaupun buatan manusia semuanya.. 
Hari ni dapat la tengok Xing Xing saja (bapa panda) kerana Liang-liang (ibu panda) tengah dalam 'pantang' hehe. Baru lepas melahirkan baby panda pada 18.8.2015 lalu. Selang beberapa hari sebelum birthday bapa dia (23.8) Pandai pulak panda ni set tarikh haha..
Xing xing sedang menikmati Kek birthday yang dibuat special untuknya. Happy Birthday Xing Xing. 
Alhamdulillah tercapai hasrat tengok Panda. Selalu tengok kat tv je. Dah tengok real baru puas hati. Korang jangan lepaskan peluang tengok panda ni. Untuk maklumat lanjut korang boleh check kat website Zoo Negara Malaysia. Macam-macam lagi ada kat zoo negara Malaysia ni.. Tunggu next entri.. 

Terima kasih kepada penaja-penaja yang menaja Blogger's Day kali ni. 
Cosmoderm, FoodPanda dan Zoo Negara Malaysia dan tak lupa kepada Kelab Blogger Ben Ashaari yang bagi peluang join Bloggers Day ni. Terima kasih.

3 comments:

  1. mesti comel kan anak dya.. tp sygnya kena kuarantin pulak.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Abang Daus n Panda cam lebih kurang je... Hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Sporting anak anak Daus .. hepi dapat tgk Panda.

    ReplyDelete