Wednesday, September 30, 2015

Wonda Wonderful Coffee RM1 | Semakin laris

Baru beberapa hari lepas aku bersembang Lan Careno pasal Wonda Wonderful Coffee ni. Hari ni Wonda Coffee buat promosi RM1 setin. WOW hanya boleh didapati di 7 Eleven (7E) sahaja! Sebenarnya start semalam lagi promosi 3 hari sampai besok (1 Oktober 2015) Belanja besar nampaknya Wonda Coffee ni. Iklan merata-rata sekarang ni. Memang viral abis. Tambah pula menjadi penaja bersama di Liga Perdana Inggeris | Barclay Premier League (BPL). Semakin laris dan terkenal la Wonda Coffee ni. 

Gara-gara Lan Careno, aku terjebak jugak dengan Wonda Coffee promosi RM1 ni. Sanggup korbankan lunch hour mencari 7E berdekatan. Aku rasa tadi 4,5 kedai yang kami singgah tadi semua sold out. Fuhh memang terasa macam Treasure Hunt pulak cari air ni. 

Akhirnya kedai terakhir kononnya kalau sold out memang aku gibab.. Haha terjumpa juga 7E yang masih belum sold out. Tingga 2 crack lagi. Tu pun tinggal Latte je. Wonda Coffee Latte pun Latte la. Hampir 1 crack aku borong tadi. Cukup la stok untuk seminggu. 
Haha baru kat opis dah Settle setin. Sedap gak latte ni. Ingat malam kang nak minum Wonda Coffee sambil layan bola Champion League best gak. 


LIVE !
UEFA Champion League - Group B
Manchester United vs Wolfburg 
2.45 pagi (waktu tempatan)

Filem Pontianak Menangis REVIEW

Kisahnya aku ke tayangan pratonton baru-baru ni. Fuh seram sejuk tengok tajuk. Mau aja menutup mata..takut bangat siihh..
Filem Pontianak Menangis | 1 Oktober 2015
Sebuah filem Seram Komedi arahan seorang seniman saudara Ismail Jejaka fdam.  Dan ini merupakan filem pertama yang arahan beliau. 

Sebuah filem yang bermesejkan kehidupan masyarakat yang bersatu dan bekerjasama dalam membantu menyelesaikan masalah-masalah yang melanda kampung mereka. Haa macam mana tu...
Sinopsis filem Pontianak Menangis

Sebuah kisah di sebuah kampung yang huru-hara diganggu Pontianak. Bukan itu saja malah kampung tersebut selalu berlaku kes kecurian dan pecah rumah. Kejadian-kejadian ini menyebabkan penduduk kampung berasa tidak selamat dan takut untuk keluar pada waktu malam. 

Oleh kerana tidak tahan dengan ketakutan ini, penduduk kampung telah bersepakat untuk mencari orang yang boleh menghalau pontianak dari kampung tu. 

Salah seorang daripada penduduk kampung, Din Kelentong (Soya) telah memberi cadangan kononnya dia kenal dengan seseorang dari Tanah Jawa bergelar Raja Paku, yang mampu mengusir pontianak dari kampung mereka. 

Akan tetapi, Din Kelentong memang kaki kelentong, Raja Paku tak wujud pun. Sudahnya orang kampung dah bagi tanggungjawab kat Din Kelentong suruh cari Raja Paku. Pening la Din nak cari. Last-last Din dapat idea, dia pakat ngan kawan lama dia, Mat  Yeh (yassin) suruh berlakon jadi Raja Paku. 

Harapkan Raja Paku, Raja Paku pulak jatuh cinta dengan Pontianak! Perghh bagaimana ni? Sedikit demi sedikit rahsia kampung dibongkar dan kenapa Pontianak menangis??? Haa, kenapa kenapa?? Sedih kot!! 

Latar belakang Filem Pontianak Menangis

Filem terbitan Heart & Soul Sdn Bhd bakal merentap seluruh wayang tanahair bermula 1 Oktober 2015. Filem ini dibintangi pelakon-pelakon gabungan Malaysia-Indonesia. Wow mantap tu.. Antaranya:
Soya, 
Hamdan Senario, 
Yassin Senario, 
Ilya Senario, 
Wan Walla, 
Sathia, 
Rahim Sepahtu, 
Joey, 
Watie Elite, 
Bella (Indonesia) 
Sally (Indonesia) dan 
Sayuti (Indonesia)
Jom usha trailer ni..
Jangan lupa nanti datang tengok filem "Pontianak Menangis" ni. Bila? Ulang lagi sekali. Bermula 1 Oktober 2015 di pawagam-pawagam berdekatan dengan rumah korang ke ofis korang ke, di mana-mana ada panggung wayang. Nama pun filem Seram Komedi, kompom ada komedi, ada seram dan part yang lain ada part sedih huhu... Mampukah Mat Yeh bercinta dengan Pontianak??

Selamat menonton...

Terima kasih kepada Heart & Soul Sdn Bhd kerana menjemput Kelab Blogger Ben Ashaari untuk tayangan Perdana Filem Pontianak Menangis.

Monday, September 28, 2015

Dulu-dulu tanpa Gadget #throwback

Berbeza betul zaman dulu-dulu dengan zaman sekarang.. Terasa perubahan dari zaman purba ke zaman teknologi. Huhu zaman dulu-dulu tanpa gadget, internet, semua OK je. Sekarang budak belum sekolah dah membebel takde telepon, takde internet, wifi lembap, data takde, huhu.. Meh layan sikit antara aktiviti-aktiviti, celoteh zaman kami kanak-kanak dulu.





Sumber gambar dari Facebook & Google.

BERIKUT INI 100++ AKTIVITI BUDAK BIJAK ZAMAN DAHULU YANG BAHAGIA DALAM HIDUP YANG BUDAK ZAMAN INI TAK DAPAT RASA.

1. Tangkap ikan puyu
2. Main konda kondi
3. Rondes
4. Ais Kepal
5. Baling selipar
6. Laga ikan
7. Main bola pakai pen berspring
8. Main bola guna kadbod yang dibentuk V terbalik.
9. Tekap lukisan pakai minyak masak
10. Galah panjang
11. Main terup tampar siapa terbalik kalah
12. Main guli
13. Gasing pangkah (siap leperkan paku macam pemahat nak kasi gasing orang terbelah)
14. layang-layang buat pakai surat khabar
15. Letak cermin di kasut skodeng cikgu pakai skirt dan teka warna seluar dalam.
16. Main tetris
17. Game pakai catridge main Supermario pun nak excited sangat
18. Aerial TV letak tudung periuk
19. Tangkap ayam pakai tali jerut dan tabur nasi
20. Tangguk ikan di taliair
21. Mandi sungai sambil selam-selam budak kecil sampai budak tu pandai berenang.
22. Tangkap belalang kunyit di rumput
23. Cari rumput jarumas di padang sekolah cikgu bayar seringgit (cikgu cakap untuk power)
24. Tanya mentadak macammana orang lain tidur
25. Tangkap pepatung
26. Sambil minum guna straw tiup sampai keluar buih
27. Main judi tikam di kedai runcit
28. Minum air oren setiap kali raya
29. Pekena kawan dengan perangkap lubang dalam tu ada taik kita. Buat lubang dulu dan tutup dengan ranting rapuh dan baru letak tanah sikit-sikit bawak kawan sampai terjeblos dalam lubang.
30. Tali pinggang JQ kepala besar hujung berbesi
31. Ken Follet jenama kegilaan remaja
32. Tak dengar Nirvana tak cool
33. Keluar bandar mesti pakai kemeja dan seluar slack
34. Main meriam pakai tin Ridsect
35. Modify basikal bagi sepit udang tinggi macam Harley Davidson
36. Tengok Knight Rider, McGyver, Maero Attack, Mospeada, Voltron.
37. Pancing ikan pakai cacing tanah
38. Basuh basikal di sungai mesti terbalikkan basikal dan kayuh paddle sampai tayar berpusing sambil memercikkan air. Ada "monyet" yang main air percikan tu.
39. Kena hukuman ikat di pokok letak kerengga.
40. Berdiri atas kerusi dan meja
41. Kena berdiri di luar kelas bila awek yang kita suka lalu, terus cover macam sedang melukis pemandangan luar kelas.
42. Pagi Sabtu mesti tunggu rancangan TV mula dan setia tengok color bar di TV. Rancangan pertama WoodyWoodPecker
43. Video tape VHS besar. Ulang-ulang tengok Jaka Sembung dan Sundel Bolong (what a life)
44. Balik sekolah jalan kaki itu selamat. Siap cari jalan potong lalu bukit dan belakang rumah orang.
45. Main card yang ada gambar kereta, kapal terbang, kapal laut yang siap ada spesifikasinya.
46. Buat call-card RM3.50 untuk 10 keping. Kalau jadi agen dapat 10 orang kita dapat 1 set percuma.
47. Tiap-tiap hujung tahun budak perempuan dah bagi buku autograf untuk sain. Mesti kena lukis sikit dan buat kata-kata semangat dan biodata.
48. Nak tengok paling porno pun boleh jumpa dalam URTV tengok Ziana Zain pakai baju ketat. Itupun dah teransang
49. Tunggu Pilihan Bersama dalam Radio dan tunggu dengan tape kosong dan jari sedia sahaja di button rekod.
50. AC Mizal pakai CD gantung di leher buat rap seret kaki.
51. Rapers sikit sahaja mesti pikul mini-compo baru rapers
52. Rockers mesti seluar getah ketat dengan rambut panjang ganas tapi lagu jiwang berlendir.
53. Kebanyakan lagu dalam radio ialah lagu kekecewaan putus cinta
54. Final Piala Malaysia satu kampung berkumpul tengok TV pakai generator. Paling frus bila generator hiccup dan TV mati bila on balik dah SCORE.
55. Kalau merayap main tak ingat balik makan tengahari kena takut-takutkan ada benggali potong kepala buat jambatan.
56. Kalau merayap petang-petang sampai senja tak balik-balik nanti kena sorok hantu kopek.
57. Kalau mandi sungai tak reti-reti balik nanti kena tarik hantu air.
58. Siapa pakai Proton Saga senang dapat jodoh.
59. Bila tiba-tiba jalan kampung orang sodok itu tanda nak pilihanraya
60. Bila jalan yang disodok itu diletakkan batu dan disiram bitumen itu tanda pilihanraya LAGI SATU nak berlaku.
61. Bila jalanraya batu siram bitumen tu diturap penuh itu tanda pilihanraya yang lagi lagi satu nak berlaku. 3 pilihanraya baru jalanraya siap.
62. Kalau tiba-tiba jalan utama masuk Felda jadi cantik, rumput kena potong dan bunga baru letak dalam pasu itu tanda menteri nak datang.
63. Tulis surat cinta mesti letak bedak.
64. Surat mesti ada pantun di hujungnya "Pecah kaca pecah gelas, Sudah baca harap balas".
65. Tak sabar nak besar kerana ruangan MENCARI KENALAN di URTV kebanyakan semua lagi tua dari kita. Susah nak cari makan.
66. Pancing public phone dengan duit 50 sen yang dipasang tali tangsi. Boleh sembang lama-lama.
67. Telefon bimbit ATUR sebesar peti ais.
68. Makan ayam planet (ayam rangka goreng).
69. Kalau naik bas ekspress yang ada tandas, memang bacin
70. Buat rambut kotak macam Vanilla Ice
71. Sempat lalu zaman seluar carrot cut dan bell bottom.
72. Dulu ada penpal
73. Main baling tin
74. Suka jadi pengawas kerana boleh menyemart pakai neck tie nampak macam budak pandai dan berwawasan.
75. Baca komik Alam Perwira, Pendekar Laut dan Pedang Setiawan.
76. Yang funky baca Ujang. Yang nerd baca Dewan Pelajar & Dewan Siswa
77. Beratur di bilik air asrama dengan cara meletak bekas sabun.
78. Tak puas hati dengan senior yang buli suruh basuh baju, bilas seround spendar dia dalam air longkang belakang kantin. Lepas tu dia kena kurap
79. Rewind cassette pakai pen
80. Walkman sebesar kotak tissue pun ada.
81. Jemur battery walkman yang dah lemah.
82. Pakai lencana sekolah jenis lekat dan seterika.
83. Selisih cikgu di pasar menyorok belakang tiang punya takut
84. Bila pakai cermin mata sahaja terasa diri dah kelihatan pandai.
85. Nak pilih persatuan di sekolah mesti ushar awek kita syok tu pilih persatuan apa kemudian kita follow.
86. Paling sosial pun nak ajak awek jumpa ialah "jumpa kat library balairaya petang ni". Itupun pakai surat. Bila dah jumpa dalam library cuma tanya "Awak suka makan apa?warna kegemaran? air kesukaan? nombor kesukaan?" kemudian balik dengan hati berbunga-bunga. Itu sahajapun maksimum tak adalah sampai sentuh sampai pregnan.
87. Zaman itu ingat kalau lelaki kahwin dengan perempuan tak payah buat apa-apa nanti dia pregnan sendiri.
88. Zaman itu fikir seks itu haram sampai mati walaupun dah kahwin. Ustaz ke cikgu ke mak ayah ke semua segan-segan nak ajar.
89. Semua fikir Tengku Haslinda adalah isteri Farid Ismeth Emir
90. Suka tengok Sekapur Sireh kerana ada Mat Zimbo dan Christin Ling itu sangat comel masa itu. Nurfarahin Jamsari pun masih muda lagi.
91. Filem dipanggik kodak.
92. Tengok wayang pacak di Kedai Mara sebelum pilihanraya. Nanti ada selingan ceramah politik.
93. Paling stylo pergi sekolah pakai kasur BM2000 atau Palas Zap.
94. Bangga kalau dapat beli jam Boy London.
95. Najib Razak ketika itu Menteri Belia & Sukan u know?
96. Dalam kelas main Capteh
97. Tiada Gardenia yang ada Roti Cap Superman
98. URTV mesti banyak gambar artis tayang dada
99. Pakai internet nanti line telefon engage. Bunyi dialing dia macam bunyi anjing tercekik selipar.
100. Tiga puluh sen boleh dapat Nasi lemak dan air sirap di kantin.
101. Main bola ada 2 team, 1 team mesti tak pakai baju.
102. Main tudung oren
103. Yang perempuan main batu seremban
104. Baling batu ke air siapa punya mantul di air lagi banyak dia champion
105. Dalam TV ada slot DRAMA SWASTA.
106. Dalam TV orang kaya mesti pakai blazer dan necktie walaupun dalam rumah sendiri sambil makan roti dan perbualan mesti sebut London, Los Angeles, Paris.
107. Anak orang kaya dok asrama sikit-sikit reverse charge di public phone.
108. Bakar timah dalam batteri kereta nak buat buckle talipinggang tapi semua tak jadi.
109. Kad Raya mesti gambar masjid
110. Main tengteng (jengkek)
111. Makan Ice cream pop.  hisap dari bawah
112. Setiap Sabtu malam sakit perut alasan taknak mengaji tapi tengok Doraemon sihat.
113. Jenama Alien Workshop. Sticker pun jadilahh.
114. Iklan Ding Dang mesti dapat percuma mainan.

P/S:
Walaupun kita berpangkat besar atau kecik Seronok juga sekali sekala melupakan kekalutan dunia hari ini dan mengenang kembali kisah lama... ( Sorry!!! Pjg giller!!!😛)
Ni game kita dulu2.

Aku yakin #throwback ni buat korang tersengih-sengih kan.. Haha...

Sunday, September 27, 2015

Tutorial main MineCraft PE online | Minecraft PE Server list

Ini cerita orang main minecraft baru faham.!!

Al-kisahnya 2,3 hari lepas Akif kata dia tengah download game MineCraft PE (Pocket Edition). Akif merungut je apsal download tak abis. Aku pelik gak. Memang la wifi masa tu agak slow. Sampai aku bawa pergi kedai cari wifi. Rupa rupanya Akif nak main Minecraft PE online. Huh ip server main hentam suka-suka patut la tak jalan. Koh3. Ip Address tu dia cakap alamat. Aku cakap la Cheras. Diletaknya cheras LOL.. memang tak jumpa la. 

Aku bukan kaki game tapi bila Akif desak aku, tiba-tiba aku jadi terrer. Bukan terer apapun, aku berjaya connect Akif dalam online minecraft pe. Godek-godek google cari server, jumpa jugak website ni MINECRAFT PE SERVER

Okeh dah jumpa website ni kita start tutorial.

1. Register
Email kena betul untuk verification + activation

2. Check Email 
Untuk Activate account

3. Browse Server by Country

4. Cari Malaysia

Maka jumpa la beberapa list servers dalam Malaysia. 

Ip Address Server Minecraft PE Malaysia (Rank 10) -refer rajah atas.
hcreative.noip.me (ip address) : 19152 (port) - ni ip yang di cari. Kena check pulak status Online ke Offline. List player tu dah penuh ke ada kosong lagi. 

Okeh configure kat henpon ke tab ke apa-apa tempat korang install minecraft PE ni. 
Pergi dekat Play - klik New. Create a World | sebelah Advanced tu ada arrow .. Klik arrow tu. Then tab baru buka tengok bawah. 
Haa ni la dia nya nak configure server. Name tu masuk je nama apa. Pastu IP/Address tu masuk hcreative.noip.me dan port tu masuk 19152 then Add Server. Then tekan back sampai Play tu kuar la list server yang dah di add. Tunggu sampai keluar lampu hijau baru boleh masuk. 

**Banyak lagi list server. Kalau yang ni dah penuh atau offline boleh try yang lain.

Okeh dah settle loading terrain semua tu korang dah masuk dalam game tapi takleh gerak mode freeze. So korang kena kasi command sikit. Kat dalam game tu ada chat button. Tekan chat button tu mula-mula tu taip /register lepas taip register tu taip /login pulak.

contoh: 
/register muhammadakif 
then 
/login muhammadakif

dah settle login then baru boleh main. Enjoy!! Kalau tak boleh jugak korang godek lagi. Sampai sini aku boleh tunjuk.

**Nak hide chat, pergi kat klik chat button pastu klik hide. Tu je. 

Akhirnya berjaya jugak Akif main Minecraft PE online... Grrrr..

Saturday, September 26, 2015

Caramel Cocoa Cluster Frappuccino® Blended Coffee | Starbucks

Baru ni balik kampung singgah la Hentian RNR Rawang arah utara. Kat situ ada plak Drive Thru Starbucks. Teringin pulak katanya, maka masuk la barisan.. Aku bukan peminat tegar Starbucks. Aku bukan reti pun nak order bila datang ke starbucks ni. Tak tau minuman apa yang sedap. Kang beli-beli tak sedap pulak. So bersiap la dengan order. Time nak ambik order, tanya la apa yang sedap. Hmm dia suggestkan kat aku "tak nak try yang baru ker" Aku? Apa yang baru.

Caramel Cocoa Cluster Frappuccino® Blended Coffee

First time layan Ice Blended Starbucks.
Erm, boleh lah.. Sedap tak? Takkan dia yang promote cakap tak sedap kan. Sambil tengok gambar kat tiang tu nampak sedap je. Okeh, try je la, tapi cream tak mau!..

Nama Encik? Keching!!$$ RM18.00. Bayar kat depan. Gurppp!!!
Makk.. mahainyerr.. RM18.00 erk.. Nasib baik sedap!! Kalau layan kat starbucks lagi sedap. Dan lagi satu.. first time merasa ada tulis nama kat bekas air tu. Selalu tengok orang punya je. Kikiki.. K la ice blended sedap terasa coffee dan caremal. Next time try lain pulak. 

Kelab Blogger Ben Ashaari dalam Utusan Malaysia

Wow gempaknya.. Aktiviti family day Kelab Blogger Ben Ashaari baru-baru ni masuk Utusan Malaysia. Bestnya.. Rugi tak dapat join. Tapi memang meriah pun aktiviti mereka. Dengan Tagline "bukan sekadar blogger", Kelab Blogger Ben Ashaari bukan sahaja beraktiviti dalam maya malah berkomuniti, mengadakan aktiviti kekeluargaan bagi merapatkan siratulrahim di dunia sebenar.
Platform Muafakat penulis blog tempatan- tajuk utama yang memuatkan 3 sisipan Utusan Malaysia - sepanjang aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Tahniah Kelab Blogger Ben Ashaari #kelabbloggerbenashaari kerana telah berjaya menganjurkan family day kbba vol.1 dengan jayanya. Tahniah juga kepada Ketua Operasi Program, Lan Careno kerana berjaya menguruskan projek ini. Haha.. InsyaAllah satu masa akan datang akan lebih ramai lagi yang turut serta.

Meratah sup Tulang Gearbox

Semalam layan sup tulang daging korban kg pakri. Dorang buat gotong royong masak kat surau. Meriah-meriah. Aku tumpang makan je.. Hehe tiap-tiap tahun tolong makan je, bila agaknya nak tolong lapah ke tolong masak ke, adeh hai aku belum pandai la, malu nyer. Dah tua-tua gini tak pandai lapah lagi. InsyaAllah next year aku try join..
Nahh kasi sikit-sikit sudah. Dalam periuk ada banyak lagi tulang gearbox lagi. Yumm yyum. Mampu ulang 2 kali. Bangun pagi segar lagi ni. Alhamdulillah x pengsan semalam. Siang malam daging. Maksudnya aku memang xde pantang makan. Pantang nampak je. Haha. Alhamdulillah rezeki.

**pepagi dah bangun. Nak cari network coverage. Huh celcom celcom. 

Friday, September 25, 2015

Jeti Kuala Kangsar yang baru

Jeti Dataran Kuala Kangsar berwajah baru. Selepas jeti lama rebah ditenggelami banjir satu ketika dulu, kini jeti baru telah dinaikkan. Lama dah siap cuma baru up je. Tak semua tau pun yang jeti ni dah berwajah baru. Selain sebagai jeti, datarannya lebih santai dan lebih luas untuk riadah. Tempat parking kereta pun dah banyak.
Jeti Dataran Sungai Perak Indah Kuala Kangsar | Sungai Perak

Kalau dari segi arkiteknya nampak tak banyak berubah. Tapi dari segi materialnya banyak ditukarkan. Eh betul ke ayat aku ni. Rupanya hampir sama tapi dulu banyak guna kayu, sekarang guna konkrit.

Kalau singgah ke kuala kangsar jangan lupa singgah disini.. 

**gambar diambil selepas subuh. Kalau sunrise kat sini memang mantap.. hari ni kelihatan matahari ditutup dengan jerebu. 

Tuesday, September 22, 2015

Pertama kali bayar air SYABAS

Aku dah stay kat KL ni 8 tahun lebih. Hari ni baru pertama kali aku bayar bil air SYABAS | Syarikat Bekalan Air Selangor. Dulu masa aku menyewa di Taman Segar, owner rumah yang bayar maintainence dengan air. Lepas tu bila dah pindah ke Batu 9, SYABAS masa tu dah laksana air percuma untuk penggunaan bawah 20 m³. Dan selama hampir 5 tahun aku guna air yang percuma. Penggunaan air aku tak pernah lebih dari bacaan tu sehingga ke bulan ni dapat bil tengok ada amount kena bayar. Rm17.90. 
Tak heran penggunaan aku lebih dari 20 m³. Sebab wife tengah cuti bersalin memang lebih la penggunaan air. Sebelum ni guna air balik kerja dan sebelum pergi kerja je. 

Sambil-sambil google tadi jumpa artikel ni. 

"Selangor semak semula pemberian air percuma 40m3".. 

WOW!! tapi masih belum diputuskan lagi. Akan dimuktamadkan September 2015, bila-bila masa jela tu. Tunggu je la keputusan. Apapun aku masih bersyukur kalau masih diberi air percuma 20m3. Jangan dimansuhkan sudah ler.. 

- Bekalan Air Percuma 20m3 : Selangor semak semula pemberian air percuma 40m3
Posted by Admin on 03 Dec 2014 (781 reads)
SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk meningkatkan pemberian air percuma kepada 40m3 selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan, pada September 2015.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan disemak semula sebelum Kerajaan Negeri membuat sebarang keputusan.

“Sukacita saya memaklumkan terdapat cadangan supaya pemberian air percuma ditingkatkan kepada 40m3 daripada 20m3.

“Kita akan melihat perkara ini selepas penasrukturan industri air dimuktamadkan.

“Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun hadapan,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor akan terus mengutamakan kepentingan rakyat memandangkan pemberian air percuma 20m3 sedia ada banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Oleh: AFIX REDZUAN 

Sumber dari MES | Merakyatkan Ekonomi Selangor

Apapun brapa banyak air percuma ke tak percuma ke, kena beringat !! Guna air dengan wajar dan berjimat cermat. Ingat pesanan ni.. "takde elektrik takpe, jangan takde air"..

Kurta Slim Fit AMJIFA Exclusive By AMARBAHARIN

Sekali cuba aku dah berkenan. Sebenarnya aku tak pernah pakai kurta sebelum ni tapi selepas try testing kurta ni aku rasa aku nak angkat satu. Best pulak kurta ni. Asyik pakai baju melayu je, lepas ni boleh tukar pakai kurta pulak. Okey, yang aku mention ni Qurta Anta AMJIFA by AMARBAHARIN.
Qurta moden dari Amjifa by AmarBaharin ni menggunakan 100% material Italian Cotton. Kain sedap dan cutting jenis Slim Fit pulak tu, sememangnya mengikut trend sekarang ni. Kalau body sedap-sedap macam Amar Baharin fuhh pakai kurta ni memang meletup kaw..
Model baru Qurta Anta (perasan)
Haa, ni yang aku test ni saiz XL nampak sangat FIT. Kena diet lagi ni baru nampak cun, kalau tak nak diet kena cari saiz XXL. Jangan risau Qurta Amjifa by Amarbaharin ni ada pelbagai saiz dari S, M, L, XL dan XXL.
Tudiaa selfie terus dengan pemilik Qurta Anta Amjifa By AmarBaharin, saudara Amar Baharin. Ada macam adik bradik tak? Haha..
Perghh smart tak? Terus rasa macam retiss haha.. Ni yang rasa nak pakai kurta pas ni. Kelihatan sangat segak dan exclusive bila pakai kurta ni.. 
Okeh dok cerita panjang tapi harga tak mention lagi. Harga Qurta Anta ni hanya RM139.00 mampu milik ni.. Exclusive kot!! Terdapat 5 warna berbeza sememangnya warna sangat cantik dan menarik. Kalau nak tau maklumat lanjut korang boleh pegi kat link tertera bawah ni. 


Facebook Page : AMJIFA BY AMARBAHARIN
Instagram : AMJIFA BY AMARBAHARIN 
No Contact : 0166860645
Email : amjifaexclusive@gmail.com

Sunday, September 20, 2015

Aliah & Akif kurang sihat

Semalam dah prasan dah Akif batuk tapi batuk biasa-biasa je. Malam tadi sebelum tido nampak macam teruk sikit tapi Akif masih aktif. Dah tido malam tu pun batuk-batuk. Aliah semalam selsema sampai nak tido hidung sumbat la bagai. Sok sek sok sek .. kesian tengok takleh tido. Aku sapu minyak cap kapak kat hidung sikit pastu kat belakang dia. Suruh tido bantal tinggi skit last-last tido jugak terlelap. So pagi tadi angkut dorang berdua ni bawa pegi klinik. 

Hari Ahad tau la, payah gak nak cari klinik buka. Lagi pun kena cari klinik panel, ada klinik buka tapi bukan panel. Last last jumpa gak, kat luar klinik takde logo panel tapi aku try tanya klinik terima tak. Alhamdulillah klinik kata boleh. Bawa la Akif dan Aliah check up. 

Doktor cakap pernafasan Akif kurang ok. So kena bagi sedut gas @ nebulizer. 
Kakak tolong Akif pegang alat gas tu. Akif tengah sedut gas pun tak nak lepas henpon tu. Grrr.. Kakak selsema je, tak demam. Dapat ubat terus balik.. Babah doakan Aliah Akif cepat sembuh yer.. Amiin...


Saturday, September 19, 2015

Perbezaan antara orang yang BERJAYA dan GAGAL | Motivasi #5

Motivasi #5

Assalamualaikum semua, aku harapkan semua sihat walafiat. Apa perancangan korang semua? Aku harapkan semua urusan korang dipermudahkan. Nak tanya sikit. Apa motif korang berblogging? Cukup sekadar bercerita? Cukup sekadar diari kehidupan atau korang mahu lebih? Mahu jana kewangan dengan blogging? Dapat kepuasan bila berblogging? Macam aku, mula-mula berblog dulu cukup sekadar bercerita, aku tak tau pun sebenarnya blogging ni punyai skop yang luas. 

Bila dah tau serba sedikit pasal blog ni, aku mula pasang impian. Impian ni biar aku sorang je tau. Besar kecik ke tak penting. Perjalanan masih jauh dan berliku-liku. Tapi nak mencapai impian ni banyak benda yang memoral-downkan aku. Aku kadang-kadang give up! Aku tolak banyak peluang. Apa apa pun jom tengok dan ZOOOOOOM sikit, kita kaji mereka yang berjaya dengan mereka yang gagal!!!!!!! Kat mana punca yang menyekat perjalanan kita..
Perbezaan antara orang yang BERJAYA dan GAGAL | Different between Successful People and Unsuccessful People -Sumber Google
Nak berjaya kena belajar dengan orang yang berjaya dan tak tamak ilmu pengetahuan. Nak berjaya kena kikis sikap negatif. Jangan sekat ! Jangan sempitkan pemikiran !
Rumusan aku satu je.
"Keypoint to success is support each other!" 

Resepi Jala Mas | Bila abang sado jadi Chef

Ini bukan program MasterChef yer, ini demo saja. Adegan "bila abam sado masuk dapur dan buat kuih jala mas". Kuih jala mas yang terkenal kat negeri Kelantan. Memula Chef yang tunjuk cara-cara masak kuih jala mas pastu dia offer sapa volunteer nak cuba. So aku yang dok depan ni bersemangat la nak cuba. So mari kita tengok aksi-aksinya.
Mula-mula kita... bla bla bla pastu kita bla bla bla.. ini lah cara membuat jala mas.
Chef tu skodeng je dari belakang. "Ada bakat budak ni", bisik chef dalam hati.
Meh tengok hasil jadi tak??
Haaa tudia, menjadi bak ang.. Walau tak profesional tapi tetap ada rupa jala mas. Apapun senang sekali buat kuih jala mas ni. Resepi sangat mudah dan senang.
Hiasan kuih jala mas yang telah siap. Menarik kan!

Meh nak share resepi dan cara buat kuih jala mas.

Resepi Jala Mas
Bahan-bahannya:
1. Telur itik atau telur ayam kampung
2. Gula pasir

Itu je.. Hah biar betul guna dua bahan ni je. Telur tu pun nak kuning dia je, putih tak mau. Hmm.. ok cakap banyak lak.

Mula-mula buat air gula dulu. Panaskan air dalam periuk dan masukkan gula. Panaskan sehingga mendidih.

Pecahkan telur dan ambik kuning sahaja. Pukul pecah kuning sehingga sama rata. Masukkan ke dalam plastik yang macam kon tu. Yang orang slalu letak icing tu. Buat lubang halus je.

Ok pastu air gula tadi dikecikan api atau sedang sedang. Tak nak menggelegak sangat.

Pastu ambik plastik yang ada telur tadi tu picit perlahan-lahan. Ikut kan step dia kena pusing-pusing periuk tu. So nanti nampak macam jala.

Biarkan kejap je dalam 30 saat cam tu angkat dari dalam periuk guna chopstik. Siap untuk dihidang. Siap..

Sila refer gambar. Aku nak cerita pun tak pandai..haha...
***Kenapa telur itik? Sedap kuning telur itik lebih terang dari telur ayam.

Friday, September 18, 2015

DHERBS GALA DINNER 2013 | #throwback

Tak sangka dulu-dulu dipanggil untuk photoshoot VVIP. Masa tu aku ingatkan shoot orang biasa-biasa je. Aku bukan photographer profesional pun.. Kot saja-saja shoot ke. Dengar macam majlis besar tapi takkan takde photograher yang cover event. Last-last baru aku tau, aku kena cover personal VVIP. Korang tengok korang tau dah sape kan.. Fuhh teruja lak rasanya. DHERBS Gala Dinner tahun 2013. Lama dah tu..  
bersama pengasas MEGAH PERAWAN (Reena Zack) & pengasas DHERBS (Dato' Aliff Syukri Kamarzaman)
DHERBS Terlajar Laris
Masa ni yang perkenal aku untuk photoshoot ni pun member atas member. Sekerang ni member ni dah berjaya jugak dalam bidang kosmetik macam dorang ni gak. Fuh hebat-hebat.. Begitu la #throwback aku.. Kbai..

10 Sifat-sifat terpuji sebagai seorang pekerja | Motivasi #4

Motivasi #4

Assalamualaikum selamat pagi dan salam jumaat. Pagi ni aku nak share sikit antara sifat-sifat terpuji kita sebagai pekerja. Tak kira la bekerja dengan kerajaan ke swasta ke. Tak bekerja jugak ambik tau pasal salah satu pasangan korang pasti bekerja. Mungkin kalau korang jadi bos pun nak kena take noted gak. Nak pantau anak buah kan.

Okeh, memang tidak dinafikan menjadi seorang bergelar pekerja ni bukan senang. Bukan setakat datang kerja balik kerja. Pasti akan menjalankan rutin-rutin harian sama ada sama atau berbeza setiap hari. Apapun jenis pekerjaannya kita harus laksanakan dengan baik dan sempurna. Kerja tu kan merupakan satu ibadah.
Sumber dari Google
Key 3, 5, 6 dan 10 merupakan perkara yang wajib diamalkan. Kat mana-mana agensi pun. Kita sebagai Blogger ni pun. Jangan riak dengan pencapaian kita sekarang ni. Baru Up sikit dah menyombong. Pastu kejujuran tu penting. Dah korang baca sendiri tanam dalam hati. Aku sampaikan sama sama kita praktik. 

Thursday, September 17, 2015

Akif berlakon jadi Ninja | Photoshoot

Bukan senang nak ajak Akif photoshoot. Akif ni cepat jemu haha.. Tapi semalam mood Akif baik sekejap. Haha puas gak ajak. Akhirnya Akif setuju dengan ajak pergi taman sekali. Dah sampai taman ramai la pulak bebudak, terpaksa cari pot tepi-tepi sikit. Akif mula-mula segan gak, last-last berdesup-desup dia pusing kayu tu. 
Nak jadi macam ninja la kononnya tapi ini je kostum yang ada. Haha jadi la, bergaya dengan face mask mama dia buat untuk pakai jerebu ni. Bila dah pakai dengan baju ada cover kepala tu pun macam ninja gak. Haha.. Yang paling rare tali pinggang hitam tu pakai tali beg. Ini namanya nak cepat, haha.


Kemain Akif. Tapi tengok ninja ni macam tak brapa nak ganas sangat haha..Macam manja je!! Hehe.. Apapun nanti kita photoshoot lagi ya. Kalau dapat kostum lagi menarik ni. Ninja Akif!! Haaaayarkkkkk!!!

***Photoshoot dengan kamera henpon je.

Bila mama tukang jahit

Macam ni la bila mama dia pandai menjahit. Tengah musim jerebu sekarang ni tak perlu beli mask | topeng muka dah. Mama buatkan je. Akif dan Aliah possing sebelum pergi sekolah. Haa comel tak? Homemade Mask!! Akif punya siap mask Wak Doyok lagi..Hehe..
Mask ni yang biasa-biasa je, takde anti bakteria tu pun. Cukup sekadar mengelak daripada terdedah kepada menghidu bau asap-asap jerebu ni. Tapi yang ni boleh pakai basuh. Jimat belanja. Corak pun comel-comel.
Antara mask yang dah dibuat. Saja seronok-seronok buat katanya.. Boleh tukar-tukar. Nak tengok mama dia pandai menjahit ke tak boleh usha blog ni. 

www.mystitchycraft.blogspot.com

Apapun kesihatan anak-anak diutamakan. Harap jerebu pulih secepat mungkin. Amin.. 

Aktiviti yang melegakan Stress | Motivasi #3

Motivasi #3

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sedikit tips untuk mengurangkan atau melegakan stress dalam kehidupan dan kerjaya. Ini antara salah satu alternatif yang bagus untuk release tension. Sikit-sikit pun jadi la. Sila baca
Sumber dari Google
Selamat mencuba. 

Wednesday, September 16, 2015

WW #1 | Mengurangkan pekerja bukan jalan penyelesaian

Sumber dari Google

Lexis Port Dickson | antara hotel mewah di Port Dickson

Ini kali kedua aku menginap di Lexis Port Dickson ni. Dulu aku stay kat bawah tu | Chalet atas air. Kali ni aku stay kat tower pulak. Nak rasa gak pengalaman lain-lain. Aku stay tingkat 10 dan menghadap laut | Lexis Seaview. So ini lah pemandangan dari balkoni aku. Kalau melihat matahari terbenam dari sini memang terbaek. Kali ni aku datang tak sempat mengadap matahari terbenam sebab ada urusan lain.
Chalet atas air Lexis Port Dickson
Pemandangan sungguh indah di Lexis Port Dickson
Fuh santai lepak-lepak depan balkoni sambil menikmati udara laut. Angin sepoi-sepoi je. Kalau tengahari agak panas la, kalau petang dan awal pagi memang cun. Okeh meh nak tunjuk sikit bilik aku stay... 
Tudiaaa bilik!!!! Cantik bangat bilik ni. Rasa macam tak nak keluar je dari bilik ni. Hehe, katil ada 2 sebenarnya, kat belakang aku ni ada satu lagi katil. Besar sangat bilik ni, kalau bawa family memang puas hati.
 
Ruang sinki dan bilik mandi diasingkan. Bilik mandi dan tandas juga diasingkan. 
Depan bilik mandi ada bath tub lagi. Memang ohsemm la, kalau anak-anak tengok pasti teruja nak berendam dalam ni... Setakat ni aku baru pergi Lexis PD ni je, belum lagi jejak kaki ke Grand Lexis Port Dickson atau Lexis Hibiscus Port Dickson. So tak tau apa perbezaan antara mereka-mereka ni.

Boleh baca pengalaman pertama aku kat Lexis PD
Chalet Atas Air Lexis Port Dickson
Chalet Lexis Port Dickson

Ke semua gambar diambil menggunakan kamera SJCAM 5000