Tuesday, September 8, 2015

Pengalaman Snorkeling di Pulau Perhentian

Part 3 : Snorkeling di Pulau Perhentian


Kalau pergi ke mana-mana pulau tak sah kalau tak cuba aktiviti yang disediakan. Kat pantai blah Perhentian Island Resort ni ada aktiviti snorkeling, diving dan kayak. Bukan free yer, kena bayar. Ada pakej macam-macam kat sini. Korang pilih la sendiri. Haha sangat tak membantu kan. So aku nak bagitau yang aku boleh snorkeling je la. Kalau nak diving kena ada lesen baru leh dive. Kalau takde lesen boleh diving gak tapi tepi-tepi pantai je. Kikkiki gurau je. Kena ambik lesen! Yang takde lesen keep calm and snorkeling. Haha.. Rm40 sewa peralatan snorkeling goggle, corong nafas tu (panggil apa ntah benda ni) dan life jacket. 
Jangan lupa trademark 'Selfie'
Sesi briefing dulu. 
Sebelum bertolak kena dengar taklimat dulu. Beberapa do & don'ts  disampaikan sebelum aktiviti snorkeling. Antaranya, jangan pijak coral-kerana ia sangat tajam, lebih tajam dari pisau. Kalau coral tu patah ia akan ambik masa berpuluh tahun untuk tumbuh 1 cm. Lagi satu, kalau nampak sampah dalam laut tolong kutip, sama-sama jaga kebersihan laut. 
Map pulau perhentian termasuk teluk-teluk
Ada banyak teluk-teluk yang terdapat kat pulau perhentian ni. So 3 lokasi snorkeling yang berbeza telah dipilih untuk di explore, iaitu Batu Layar, Pasir Tiga Ruang dan Teluk Keke. Wow macam menarik je. Tak sabarnya.. Jom.. 


1. Batu Layar
Untuk beginner macam aku sangat sesuai la buat water confident. Air laut cetek dan masa ni la nak test-test terapung. Kalau terus pergi laut dalam tu cuak gak. Jom tengok video. 
Video Batu Layar
2. Pasir Tiga Ruang
Kat sini dah semakin dalam, adeh mula-mula memang cuak. Yela ni la kali pertama aku snorkeling di kasawan yang agak dalam dan jauh dari pantai.
Video Pasir Tiga Ruang
3. Teluk Keke
Kenapa dipanggil teluk keke aku tak tau. Apapun kat teluk keke ni tempat yang banyak batu karang atau coral. Cantik-cantik. Cuma tak brapa luck tak jumpa penyu. Huhu. Antara tempat snorkeling yang best kat Pulau Perhentian.
Video Teluk Keke
Fuh selesai snorkeling di 3 lokasi. Snorkeling ni ambik masa 2,3 jam gak. Tak puasnyer rasa macam nak repeat lagi. Kalau dapat tengok penyu atau ikan yu mesti lagi best. Pengalaman snorkeling yang best setakat ini. 

SJCAM5000 (klik)
Semua video yang aku ambik ni aku rakam guna SJCAM5000 aku. Haa terbukti tahan lasak dan gambar video 80% jelas. Puas hati walaupun guna SJCAM je. Ini first time aku bawa dalam air laut. Yang penting dapat aku rakam untuk koleksi dan kenang-kenangan. Dan lepas tengok hasil ni, banyak lagi teknik rakaman nak kena improve. Angle tak cun. Haha..

Juga cerita menarik:
Part 1 : Percutian ke Pulau Perhentian
Part 2 : Perhentian Island Resort

No comments:

Post a Comment