Pages

Friday, November 13, 2015

Attack of the Morro Dragon | Lego Ninjago Set

#4 Lego Ninjago 70736 Attack of the Morro Dragon


Set terakhir dari 4 set Ninjago yang menang hari tu. Fuh set ni paling mencabar sekali. Kotak besar kot. Dan aku pecah rekod sendiri dengan memasang sejumlah 658 pcs lego.Banyak tu!!! Fuhh sapa tak gigih memang tak siap. Dekat 3 jam aku pasang. Lama tak? Lama sangat kot. Lenguh satu badan pasang banyak-banyak ni. Tapi bila dah siap, memang terasa nikmat tengok hasil. 
Attack of the Morro Dragon | Lego Ninjago 70736
Attack of the Morro Dragon
Brand new dengan 5 pack plastik tak buka.
Attack of the Morro Dragon
Attack of the Morro Dragon
Amekkk kaw.. Hilang sebiji mau menangis ni. Yang pasang berejam tu bukan apa, nak mencari tu, yang kecik-kecik tu, terselit, tersembunyi la, terbalik la, bentuk sama tapi tak serupa. Paling tension kalau cari tak jumpa. Risau je hilang atau tak cukup. Kalau tak cukup memang boleh game over. Tapi setakat ni aku pasang LEGO-LEGO NINJAGO ni, takde lagi part yang tak cukup. Lebih lagi ada. Yang penting cari sampai jumpa.
Attack of the Morro Dragon
Perlahan-lahan kayuh. Jangan gelojoh. Step manual yang diberi sangat mesra pengguna. Step 1,2 satu muka surat. Satu-satu dia nak kita follow. Manual tebal kot.
Attack of the Morro Dragon
Dah nampak rangka dah. Naga Morro. Dekat sejam setel rangka ni. 
Attack of the Morro Dragon
Pasang kepala pulak. Belum bercantum lagi tu.
Attack of the Morro Dragon
Siap cantum kepala dan ekor. Pasang kaki pulak. Lupa plak nak amik gambar pasang kaki. 2 kaki depan 2 kaki belakang. 
Attack of the Morro Dragon
Pasang sayap pulak. Sepasang kiri dan kanan. Nak abis dah.. Masa ni mata dah bling-bling dah. Kalau tak siapkan nanti  risau part-part hilang nanti. 
Attack of the Morro Dragon
Yahooo setel pasang Naga. Naga oh naga besarnya kaw. Puas hati, berat plak tu. 
Attack of the Morro Dragon

Attack of the Morro Dragon
Fuhh lega rasanya dapat pasang semuanya. Ada Kai, Jay, Chain Master Wrayth, Evil Green Ninja, Ghost Warrior Cowler, Ghost Warrior Yokai. Dah 4 set aku pasang dah macam kena pukau je. Takkan nak terjebak dengan LEGO kot. Teruja pulak dengan LEGO ni.

Untuk pengetahuan umum boleh baca siapa watak-watak  mereka ini Character dalam NinjaGo Wiki boleh klik terus kat bawah ni. 

KAI,
JAY,
Chain Master Wrayth,
Evil Green Ninja
Ghost Warrior Cowler,
Ghost Warrior Yokai, 

Layan klip video Attack of the morro dragon klik sini

Kalau minat boleh baca 3 set Ninjago yang aku dah siap pasang.
1. Chain Cycle Ambush 
2. Blaster Bike
3. Airjitzu Morro Flyer

 Wishlist aku kalau mampu.. | mampu tengok je kot.. 

No comments:

Post a Comment