Tuesday, November 24, 2015

Wich Day | Boutique Cafe di Cheras

W i c h D a y C a f e | S a n w i c h C a f e
Minggu lepas aku dan Lan Careno lepak kat cafe ni. Cafe ni terletak kat Taman Connaught Cheras dan tak jauh dari rumah aku. Lokasi cafe bertentang dengan tapak pasar malam. Tau kan pasar malam taman Connaught ni. Okeh cafe ni antara Boutique Cafe di Cheras. Aku baru first time pergi sini dan jom tengok apa yang menarik kat cafe ni.
WICH DAY CAFE | SANWICH CAFE
Okeh first of all, cafe ni aku panggil boutique cafe sebab menampilkan dekorasi berkonsep moden. Mula-mula aku sampai tengok tengok dari luar tak nampak macam cafe atau restoran. Haha..Tapi bila masuk je dalam ni teruja kejap.. Wwaaaa cantiknya cafe ni. Menariknya dekorasi kat dalam ni. 
Wich Day Cafe
Comel tak? Cun sangat susunan dan dekorasi dalam ni. Memang menawan hati kalau singgah sini. Okeh Wich Cafe ni menyajikan pelbagai menu mengikut kategori antaranya Salty Butter Toast, Wok & Pan, Sweet Butter Toast, Soup & Salad, Sandwiches, Pancake & Dessert  dan BeveragesBanyak jugak pilihan kat sini. 
Jom makan!!!
Wich Toasting Day @ RM14.90
Roti yang didatangkan dengan salad, kepingan ayam, telur mata, cendawan butang dan kacang merah. Dituang pulak dengan sos specialnya. Memang sesuai kalau buat breakfast ni..
Cheese Chicken baked Bolognese Spaghetti RM12.90
Bolognese Spaghetti ni memang sangat sedap. Sangat recommended. Sos tomato yang dibuat sendiri oleh Wich Day. Dicampur dengan ayam cincang. Rasa yang buat aku nak repeat. Ini kalau anak aku makan boleh abis sepinggan ni. 
Cheesy Strawberry Banana Toast - RM15.90
Yang ni pun sedap. Roti disaluti dengan cheese dan ditopping dengan strawberi dan pisang. Ditabur pulak dengan gula halus disekeling. Ini kalau buat minum petang memang best ni.. 
Mr. Dinosaur ( Chocolate Chip Pancake ) - RM14.90
Mini pancake dihidangan dengan coklat crunch, sirap maple, campuran coklat dan coklat mint aiskrim. Sedap bak ang.. Makan pancake dengan coklat pastu aiskrim plak tu. Ini kalau budak-budak mesti suka ni. Coklat pun banyak. Makan pancake yang lembut pastu terasa crunchy coklat.. Sedap..
Ms Pinky ( Rose Pancake ) - RM13.90
Yang ni pun mini pancake jugak, tapi yang ni dihidangan dengan potongan laici, strawberry, sirap maple dan aiskrim raspberry. Serius aku suka yang ni. Pasal ape, gabungan pancake dengan manisan laici & strawberry dengan aiskrim... Nikmat sekali. Makan pancake kan kena ada manisan. Baru terasa kenikmatannya.. 
Layan... favourite masing-masing. Ada banyak lagi dalam menu. Tapi ni antara signature Wich Day Cafe.

Dan...


Special Toast kat sini ialah...

Pandora Box - RM18.90
Wow besarnya..sekali datang tengok Bread Box dengan Aiskrimnya, Marsmallows nya serta buah-buah. Macam mana nak makan ni. Besar sangat, sayang pulak nak makan, comel sangat hihi.. Okeh nak tunjuk cara makan ni, mula-mula ambik pisau belah kat sudut hujung tu. Tengok bawah ni.. 
Haa nampak tak? Tepi-tepi tu potong dulu buat macam pintu masuk haha. Terbuka je dinding roti tu... Suprise!! dalam tu ada kepingan-kepingan roti keemas-emasan yang telah disalut madu dan ditoaskan. Ala-ala runtuhan batu bata dengan larva melting (aiskrim) kan.. Makan dengan aiskrim tu. Perghhh memang sedap sangat. Saiz Pandora Box ni boleh 3 orang makan. Yang ni jugak recommended. Lepak santai memang sesuai..
Hot Rose Latte - RM10.90 & Hot Hazelnut Latte - Rm10.90
Dalam beverage juga ada pelbagai pilihan minuman. Ada kategori Coffee, Milk, Tea, Chocolate, Soda, Blended, Float dan Others. Pening nak pilih bebanyak ni, so minta kat Wich Day Cafe recommend yang sedao antara favourite customer. Maka pilihannya Hot Rose Latte dan Hot Hazelnut Latte. Tengok gambar pun tau sedap. Dan first time aku tau petal bunga ros tu boleh dimakan. Ngeee....

Okeh setel makan dan minum, kenyang yang amat. Aku rasa semua yang aku makan ni memang berbaloi.. Sangat-sangat recommended. Harga pun berpatutan dengan setiap menu. 

Okeh, lagi satu untuk info, Wich Day menerima tempahan untuk beberapa event seperti birthday party, gathering dan lain-lain. Yang ni kalau nak tau lanjut boleh call atau email terus ke maklumat contact  bawah ni. 


Wichday Cafe

195, Jalan Sarjana,
Taman Connaught,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.
Contact: 012-2149061 (Business hour only)
Email: wichdaycafe@gmail.com
Facebook: fb.com/WichDay
Instagram: @wichday

Waktu Operasi:
Mon - Fri: 11:00 am - 7:00 pm
Sat - Sun: 11:00 am - 5:00 pm

No comments:

Post a Comment