Pages

Wednesday, December 30, 2015

Ferrari 512 S | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

#5 40193 Ferrari 512 S – 29 November 2015 | Keluaran minggu ke-5

Tengok kereta ni macam Ferrari Klasik je ni.. Memang klasik pun, zaman 70-an. Koleksi ke 5 dari Lego Shell Siri 2. 
Ferrari 512 S
Ferrari 512 S
Ferrari 512 S
Ferrari 512 S
Ferrari 512 S
Next entri aku, koleksi ke 6 dari Lego Shell – Finish Line dan Podium

Ferrari F12 Berlinetta | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

    #4  40191 Ferrari F12 Berlinetta – 22 November 2015 | Keluaran minggu ke-4

    Stok lego Shell Ferrari semua dah ada cuma upload je belum lagi. Yang ni Ferarri F12 Berlinetta. Antara keluaran Ferarri yang paling laju..
    Ferrari F12 Berlinetta
    Ferrari F12 Berlinetta
    Ferrari F12 Berlinetta
    Ferrari F12 Berlinetta
    Ferrari F12 Berlinetta
    Ferrari F12 Berlinetta
    Ferrari F12 Berlinetta
    Next entri keluaran Lego Shell ke #5 siri kedua - Ferrari 512 S 

    Saturday, December 19, 2015

    Tambang Baru ERL Express dan ERL Transit 2016

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..
    Berhabuk dah blog aku ni. Meh nak sapu-sapu sikit kasi bersih.
    Ni nak bagi info sikit pasal tambang baru tiket erl transit dan erl express. Semua dah maklum tambang tiket erl transit dan erl express ni akan naik dan untuk makluman ia akan berkuatkuasa pada Januari 2016. So nak share jadual harga baru tambang erl ni.
    Tambang baru erl

    Tambang baru erl
    Refer jadual. Sumber dari google.
    Ni yang aku snap dari kaunter tiket hari tu. Nasib baik tak kuatkuasa lagi. Mahalnyaaaa... Aku selalu naik dari Bandar Tasik Selatan (BTS) sebelum ni baru RM26.50 lepas ni RM38.40 !! Perghhh beza banyak kot.. Kalau boleh claim pun kena dahulukan duit dulu. Pergi balik dah RM76.80. Kalau tak boleh claim? Kena hadap jela. Ni aku nak marah ni. Elok sopan je ayat mula-mula tu.. Sekali angin pulak aku. #aptb Bersedialah hadapi zaman penuh cabaran tahun depan. Kena lebihkan penjimatan la lepas ni.. Okeh tu je.

    Tuesday, December 8, 2015

    Lego Minecraft | Koleksi Lego

    Koleksi Minecraft
     Koleksi Minecraft
    Koleksi Minecraft
    Koleksi Minecraft
    Koleksi Minecraft
    Koleksi Minecraft
    Koleksi Minecraft
    Koleksi Minecraft

    Wednesday, November 25, 2015

    Koleksi Keychain Lego | Darth Maul Star Wars

    Ada lagi entri dalam draft ni. Ingatkan dah kosong dah..haha, publish je la sikit-sikit. Okeh,
    kalau sebelum ni koleksi lego Fridge Magnet Lego, yang ni koleksi keychain Lego pulak. Yang ni keychain Darth Maul | Star Wars. Cantik keychain ni. Ni pun aku dapat, kalau beli harga dia lebih kurang RM19.90.

    Ni pun kira koleksi Lego jugak kan. Okehla next ada keychain gak.

    Kelebihan JUZFIT Mixed Fiber Juice

    Boleh kata setiap tahun aku cuba menurunkan berat badan dan hasil boleh la, tak turun banyak tapi longgar jugak la seluar aku haha.. Tapi masalahnya sekarang aku lemah sikit bab nak menten berat tu. Tau la kan makanan kat Malaysia ni sedap-sedap haha..  Sampai tak tau nak makan apa. Workout tu workout jugak last-last berat naik balik. Sambil workout tu aku usha gak beberapa produk untuk turun berat badan dan untuk menten. Ada 2,3 yang aku dah try tapi masih belum tercapai cita-cita nak kurus. 

    Akhirnya aku bertemu dengan J U Z F I T Mixed Fiber Juice. Apa Juzfit tu? Kenapa aku pilih Juzfit. Apa kelebihan JUZFIT Mixed Fiber Juice ni? Haa meh tengok kelebihan Juzfit ni..
    JUZFIT Mixed Fiber Juice
    JuzFIT adalah formulasi dari 100% bahan semula jadi campuran buah-buahan seperti Garcinia Cambogia, Acaiberi, Prun, Kurma khusus untuk kecantikan dan kesihatan. Khasiat serta manfaat pengambilan Jus Diet ini terbukti membantu proses penurunan berat badan serta amat digalakkan sebagai pelengkap diet harian anda. 

    Kelebihan JUZFIT ialah membantu:

    •  Membakar lemak 200% lebih effektif
    •  Mengawal selera makan dan anda akan merasa tidak selalu lapar
    •  Menambah tenaga anda
    •  Membaiki sistem pencernaan (lawas)
    •  Meningkatkan imunisasi badan
    • Sebagai anti oksidan dan mengoptimalkan proses detox

    • Perut terus KEMPIS 
    • Muka Sentiasa Segar dan Tidak Kusam


    JUZFIT merupakan formulasi terbaik dengan  gabungan 7 estrak buah-buahan semulajadi serta makanan sunnah untuk diet yang sihat. Antaranya gabungan

    ACAIBERI, KURMA, GARCINIA CAMBOGIA, PRUN, WHITE KIDNEY BEANS sememangnya gabungan yang mantap



    Cara pengambilan:
    • MUDAH. TIDAK PERLU BANCUH. HANYA 2 SUDU SEHARI. PAGI DAN MALAM.
    • TIADA KESAN SAMPINGAN!!

    DIJAMIN HALAL

    Tengok tu, kelebihan Juzfit yang pertama, bakar lemak 200% ni kalau workout, lagi burn la lemak aku cepat lagi la proses penurunan berat badan aku, yang kedua kalau aku nak menten senang dah sebab dengan minum Juzfit, selera makan akan berkurang dan merasa tidak lapar so takde la aku keje nak makan je.. Hehehe..

    Ketiga menambah tenaga, tak semestinya nak turun berat badan je. Kesihatan jugak perlu dijaga, kalau kurus tapi tak bermaya pun tak best gak kan. Seterusnya, semua bertujuan untuk menjaga kesihatan. Lagipun sekarang macam-macam penyakit. Jadi apa salahnya try produk JUZFIT ni. Tak semestinya untuk menurunkan berat badan saja, tapi untuk menjaga kesihatan jugak. Dan yang pasti Produk ni dijamin HALAL.
    Untuk makluman, JUZFIT Mixed Fiber Juice ni telah berwajah baru. Tampil dengan lebih menarik dan menawan. Menarik bukan???Jangan tunggu lama untuk dapat tubuh menawan menjadi kenyataan dengan juzfit jus terlajakk menawan ni!

    Harga : RM75.00 sebotol (Semenanjung Malaysia)
    Harga : RM80.00 sebotol (Sabah & Sarawak)
    Sesuai di minum oleh lelaki dan wanita. Namun tidak digalakkan untuk wanita mengandung atau tengah menyusu. 

    Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok details kat bawah ni.

    Website : www.juzfit.com.my
    Facebook : Juzfit Mixed Fiber Fuice HQ
    Instagram : Juzfitofficial

    No Tel : 016-6606890
                  016-6656490

    Meh tengok testimonial aku. Dah 3 hari makan, memang ada terasa kelainan. Macam selera makan berkurang skit. 
    Tu aku kasi tunjuk perut sikit. Haha mana tau lepas ni makin kempis.. 
    Nampak tu, sesudu je setiap pagi dan malam. Lepas tu jangan la melantak sangat yer. Boleh makan tapi berpada-pada la. Hehehe.. Rasa Juzfit ni rasa macam berries-beries sikit. Tak masam, tak manis, rasa buah-buah bila campur sekali.. Okeyla.. Jangan lupa try.. Sama-sama kita jaga kesihatan. Lebih-lebih lagi aku kena menggandakan tenaga aku 100% sekarang ni. Kena jaga keluarga. 

    Tuesday, November 24, 2015

    Wich Day | Boutique Cafe di Cheras

    W i c h D a y C a f e | S a n w i c h C a f e
    Minggu lepas aku dan Lan Careno lepak kat cafe ni. Cafe ni terletak kat Taman Connaught Cheras dan tak jauh dari rumah aku. Lokasi cafe bertentang dengan tapak pasar malam. Tau kan pasar malam taman Connaught ni. Okeh cafe ni antara Boutique Cafe di Cheras. Aku baru first time pergi sini dan jom tengok apa yang menarik kat cafe ni.
    WICH DAY CAFE | SANWICH CAFE
    Okeh first of all, cafe ni aku panggil boutique cafe sebab menampilkan dekorasi berkonsep moden. Mula-mula aku sampai tengok tengok dari luar tak nampak macam cafe atau restoran. Haha..Tapi bila masuk je dalam ni teruja kejap.. Wwaaaa cantiknya cafe ni. Menariknya dekorasi kat dalam ni. 
    Wich Day Cafe
    Comel tak? Cun sangat susunan dan dekorasi dalam ni. Memang menawan hati kalau singgah sini. Okeh Wich Cafe ni menyajikan pelbagai menu mengikut kategori antaranya Salty Butter Toast, Wok & Pan, Sweet Butter Toast, Soup & Salad, Sandwiches, Pancake & Dessert  dan BeveragesBanyak jugak pilihan kat sini. 
    Jom makan!!!
    Wich Toasting Day @ RM14.90
    Roti yang didatangkan dengan salad, kepingan ayam, telur mata, cendawan butang dan kacang merah. Dituang pulak dengan sos specialnya. Memang sesuai kalau buat breakfast ni..
    Cheese Chicken baked Bolognese Spaghetti RM12.90
    Bolognese Spaghetti ni memang sangat sedap. Sangat recommended. Sos tomato yang dibuat sendiri oleh Wich Day. Dicampur dengan ayam cincang. Rasa yang buat aku nak repeat. Ini kalau anak aku makan boleh abis sepinggan ni. 
    Cheesy Strawberry Banana Toast - RM15.90
    Yang ni pun sedap. Roti disaluti dengan cheese dan ditopping dengan strawberi dan pisang. Ditabur pulak dengan gula halus disekeling. Ini kalau buat minum petang memang best ni.. 
    Mr. Dinosaur ( Chocolate Chip Pancake ) - RM14.90
    Mini pancake dihidangan dengan coklat crunch, sirap maple, campuran coklat dan coklat mint aiskrim. Sedap bak ang.. Makan pancake dengan coklat pastu aiskrim plak tu. Ini kalau budak-budak mesti suka ni. Coklat pun banyak. Makan pancake yang lembut pastu terasa crunchy coklat.. Sedap..
    Ms Pinky ( Rose Pancake ) - RM13.90
    Yang ni pun mini pancake jugak, tapi yang ni dihidangan dengan potongan laici, strawberry, sirap maple dan aiskrim raspberry. Serius aku suka yang ni. Pasal ape, gabungan pancake dengan manisan laici & strawberry dengan aiskrim... Nikmat sekali. Makan pancake kan kena ada manisan. Baru terasa kenikmatannya.. 
    Layan... favourite masing-masing. Ada banyak lagi dalam menu. Tapi ni antara signature Wich Day Cafe.

    Dan...


    Special Toast kat sini ialah...

    Pandora Box - RM18.90
    Wow besarnya..sekali datang tengok Bread Box dengan Aiskrimnya, Marsmallows nya serta buah-buah. Macam mana nak makan ni. Besar sangat, sayang pulak nak makan, comel sangat hihi.. Okeh nak tunjuk cara makan ni, mula-mula ambik pisau belah kat sudut hujung tu. Tengok bawah ni.. 
    Haa nampak tak? Tepi-tepi tu potong dulu buat macam pintu masuk haha. Terbuka je dinding roti tu... Suprise!! dalam tu ada kepingan-kepingan roti keemas-emasan yang telah disalut madu dan ditoaskan. Ala-ala runtuhan batu bata dengan larva melting (aiskrim) kan.. Makan dengan aiskrim tu. Perghhh memang sedap sangat. Saiz Pandora Box ni boleh 3 orang makan. Yang ni jugak recommended. Lepak santai memang sesuai..
    Hot Rose Latte - RM10.90 & Hot Hazelnut Latte - Rm10.90
    Dalam beverage juga ada pelbagai pilihan minuman. Ada kategori Coffee, Milk, Tea, Chocolate, Soda, Blended, Float dan Others. Pening nak pilih bebanyak ni, so minta kat Wich Day Cafe recommend yang sedao antara favourite customer. Maka pilihannya Hot Rose Latte dan Hot Hazelnut Latte. Tengok gambar pun tau sedap. Dan first time aku tau petal bunga ros tu boleh dimakan. Ngeee....

    Okeh setel makan dan minum, kenyang yang amat. Aku rasa semua yang aku makan ni memang berbaloi.. Sangat-sangat recommended. Harga pun berpatutan dengan setiap menu. 

    Okeh, lagi satu untuk info, Wich Day menerima tempahan untuk beberapa event seperti birthday party, gathering dan lain-lain. Yang ni kalau nak tau lanjut boleh call atau email terus ke maklumat contact  bawah ni. 


    Wichday Cafe

    195, Jalan Sarjana,
    Taman Connaught,
    56000 Cheras,
    Kuala Lumpur.
    Contact: 012-2149061 (Business hour only)
    Email: wichdaycafe@gmail.com
    Facebook: fb.com/WichDay
    Instagram: @wichday

    Waktu Operasi:
    Mon - Fri: 11:00 am - 7:00 pm
    Sat - Sun: 11:00 am - 5:00 pm

    Tuesday, November 17, 2015

    Ferrari 250 GTO | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

      #3 40192 Ferrari 250 GTO – 15 November 2015 | Keluaran minggu ke-3

      Produk ke-3 dari Lego Ferrari Shell Siri 2. Ferrari Biru Kuning, 250 GTO. Dah dapat hari ahad tu jugak cuma lambat sikit nak post. Nampaknya merchandise official dari Ferrari ni makin hangat dan laris di pasaran. Yang keluaran minggu pertama dan kedua, banyak stesen minyak SHELL yang dah kehabisan stok. Tak leh tunggu lama-lama. Yang peritnya nak isi minyak tu. Kena isi minimum RM40 baru dapat beli item. Tapi kalau alang-alang minyak kereta dah tinggal 1,2 bar memang berbaloi la. 

      Ferrari 250 GTO
      40192 Ferrari 250 GTO
      Antara Ferarri yang T E R M A H A L katanya... 
      Brand new pack belum buka lagi. Satu-satunya lego Ferrari warna biru keluaran siri kedua ni. 
      Ferrari 250 GTO
      Tak banyak pun part nak kena pasang. Sikit je, 10 minit siap ni. 
      Ferrari 250 GTO
      70%loading....... 
      Ferrari 250 GTO
      Ferrari 250 GTO
      Okeh siap!! Fuhh macam biasa koleksi-koleksi Lego Ferrari memang smart-smart semuanya.. Nah kasi close up sikit.. 
      Ferrari 250 GTO

      3 dah dapat lagi 4 item lagi nak kena tunggu. Lambatnya rasa... 
      Okeh, next keluaran (minggu ke-4) F e r r a r i F12 B e r l i n e t t a  pada 22 November 2015. Stay tune. 

      So nak tengok koleksi lepas dan next jadual keluaran klik sini