Pages

Saturday, January 30, 2016

Cerita satu ketika dulu Part 2

Sambungan... dari Part 1

Duduk di asrama ni ada yang suka-suka, ada yang terpaksa. Aku tinggal dulu atas suka-suka. Bila difikirkan balik rasa macam menyesal je tinggal di asrama masa tu. Bukan ape, awal-awal usia dah berjauhan dengan family kan.. Petang ahad dah ke asrama. Dipendekkan cerita, biasanya kalau datang ke asrama ni ramai yang bawa sekali bekal atau buah-buah. Yelah hari ahad baru datang dari rumah macam-macam la dibawa. Kalau ada musim rambutan, durian, langsat dan belimbing merah. Ini lah yang dibawa. Dan paling tak dilupakan buah timun dayak atau timun kampung. Dikala orang di bandar makan epal ke, mangga, oren sunkis tu, kami makan timun ni. 
Timun Dayak
Timun Dayak | Timun Kampung (sumber google)
Timun ni tak kira musim, ikut bila tanam je, cukup time berbuah maka berbuah la. Pokok timun ni lebih kurang pokok labu tapi kecil skit. Tumbuh menjalar atas tanah. Ada rakan-rakan yang bawa timun ni siap dengan garam dan ada sekali dengan sambal belacan. Memang sedap kalau dimakan begitu saja. Biasanya petang ahad tak ramai orang lagi sebab ada yang datang pagi isnin. 

Waktu malam...
Ngap Sayot 1992
Ngap Sayot 1992
Teringat apabila waktu malam pula, lepas waktu belajar malam, kami pakat dengar radio. Paling best time ada perlawanan bola sepak Liga Perdana Malaysia. Ngap Sayot (Sarawak) dengar ulasan di radio. Zaman tu teringat lagi pemain seperti Effendi Julaihi, Jalil Ramli, Jafri Manai, David Evan..  Kalau gol takleh jerit kuat-kuat nanti warden dengar... haha... Itu antara nostalgia yang tak dapat dilupakan... 

Ada lagi menarik... 

Bersambung...

Friday, January 29, 2016

Edd The Barber | Barber Shop Ampang

Minggu lepas Projek Hipster ke sebuah Barber Shop | Kedai gunting rambut di Ampang, Selangor. Barber Shop ni baru beroperasi 3 bulan yang lepas. Wow baru sangat ni. Khabarnya konsep ala-ala mat salleh. Apa kata kita terjah dulu. Menarik ke tak?
Edd The Barber | Ampang Barber Shop
Fuhhh baru sampai depan pintu dah macam barber shop kat obersea. Eh tau pulak aku barber shop kat obersea. Haha aku agak je. Teruja aku. Betul ke barber shop ni? Haha, nasib baik terpampang besar signboard Edd The Barber kat atas tu. Betul dah tu. Edd The Barber ni terletak di B-01-G, Ground Floor Block B, Dataran Palma, Jalan Selaman 1, Off Jalan Ampang, 68000 Ampang. Kalau nak cari senang sangat. Cari dulu Hotel de Palma, sebelah De Palma tu ada Al Rajhi Bank. Belakang Al Rajhi Bank tu je. 
Kedai gunting rambut di Ampang | Barber Hipster di Ampang
Fulamak, dia punya deko-deko sangat menarik. Memang betul la macam konsep Mat Salleh. Siap ada pondok telefon lagi. Macam kat London.. Serius memang smart. Kat sini ada 4 orang styelist. Masa menunggu pun tak lama. 
Rasa macam bukan pergi Barber Shop kan. Sebab tu la aku suka pilih barber shop dari saloon. Terasa kelainan bila berada dalam barber shop ni. 
Official launching Edd the Barber pada 8 November 2015. Kira-kira dekat 3 bulan dah. 
Ni list harga untuk Edd the Barber 
Takkan nak datang tengok kedai je kan, kena la try testing dulu kan. Nak tengok kepakaran stylist Edd The Barber ni.. Kalau pesyen tak jadi, rambut aku yang kena, kalau jadi pun rambut aku gak. Haha, takpe aku berkorban rambut aku untuk next pelanggan. Kemain haha!!
Serius aku puas hati dengan stylist aku ni. Nama dia Ayie kalau tak silap. Sangat teliti. Masa aku tengok buat haircut ni, layan pulak musik, alamak aii tak sedar rambut aku tengah dipotong. Memang layan abis. 

Serius walaupun Barber shop ni stylist ni semuanya lelaki, aku memang respect la, kebersihan dan kekemasan dalam barber ni dititikberatkan. Peralatan disusun rapi dan rambut yang telah dipotong tidak bersepah-sepah. Aku dah pergi 2,3 barber shop semuanya bersih. Keep it up!! Aku menyokong sepenuhnya barber shop ni.. 

Projek Hipster bersama dengan Founder dan Owner Edd The Barber | Eddy Rakion . Smart dan peramah orangnya hehe (saya suka logo tu) Haa, nampak tak hasil rambut kami. Kalau yang tengah mencari Barber Shop | Barber Hispter ni, aku syorkan korang cuba kat Edd The Barber.


Waktu operasi:
Isnin-Rabu : 11am - 11pm
Khamis : Cuti
Jumaat : 3pm - 12am
Sabtu-Ahad : 11am - 12am

Alamat:

B-01-G, Ground Floor Block B, 
Dataran Palma, Jalan Selaman 1, 
Off Jalan Ampang, 68000 Ampang
No Contact : +60342667421


Instagram : Edd The Barber

Facebook : Edd The Barber

HairCuts isn't just a fashion, it's a LIFESTYLE

Jom singgah dan follow Instagram Projek Hipster

Koleksi Keychain Lego | LEGO Brick

Macam ni pun ada. Gasak la, barang percuma, aku angkut je. Haha.. Koleksi LEGO Keychain. Hasil kutipan dari LEGOLAND. Free Gift. Kisah lama baru nak UP..
Sayang nak guna, jadi buat hiasan sudah. Haha.. Tambah dalam list koleksi lego aku. 

Wednesday, January 27, 2016

Cerita satu ketika dulu Part 1 | Asrama

Saja aku cerita kisah silam di blog supaya dapat dibaca oleh anak-anak satu ketika nanti. Tak pun aku sendiri baca nanti. Haha.. Tidak ada istimewa sangat pun cerita ni cuma boleh perbandingan atau perbezaan kehidupan zaman 90-an dengan zaman sekarang ni. 

Maka bermulah...
Kisah 23 tahun yang lalu.... 
Logo SK Serasot 
Seawal umur 10 tahun aku dah tinggal di asrama. Baru darjah 4 kot aku masa tu. Tahun 1993 di SK Serasot, Bau, Sarawak. Antara sekolah di luar bandar yang ada kemudahan asrama. Pengalaman yang tak akan dilupakan. Kebanyakkan murid-murid sekolah rendah masa tu tinggal di asrama. Bukan apa, jarak dari rumah ke sekolah agak jauh dan tiada pengangkutan, jadi alternatif lain ialah tinggal asrama. Sekarang rasanya budak-budak naik moto je gi skolah tak pun naik basikal. Rumah aku tak jauh pun sebenarnya dari sekolah berbanding murid-murid lain. Memang aku sendiri beriya nak tinggal di asrama masa tu. Nak merasa berdikari la kononnya haha. dan yang paling hebat budak darjah 1 pun dah ada yang tinggal di asrama. Cuba bayangkan kalau anak-anak sekarang darjah 1 dah masuk asrama. Nak pergi sekolah pun pakaian, beg sekolah mak pak yang siapkan. Memang jauh beza la zaman dulu-dulu dengan sekarang. Tapi ni mungkin terjadi pada kami yang sekolah di luar bandar dulu-dulu. Bila ingat-ingat balik masa kat asrama, budak darjah 1 tu dah pandai berdikari, mandi sendiri, pakai baju sendiri, tidur sendiri. Tabik spring!!

Setiap petang ahad, budak-budak asrama akan ke asrama dan pulang ke rumah hari jumaat lepas sekolah. Antara kisah-kisah yang menarik nak aku kongsi untuk kenangan diri sendiri ialah persiapan untuk pergi kelas. Malam-malam kena siapkan baju sekolah dan seluar sekolah. Digulung dan diikat dengan tali pinggan.

Lihat ni. Begini la bentuknya. Pepagi bangun terus ke bilik mandi bawa tuala, baju gulung ni, baldi kecik yang siap sabun, berus gigi dan ubat gigi. Berlari menuju ke bilik air. Pili air sangat terhad. Dalam 5 pili je kalau tak silap. So sapa lambat kena berbaris la kat belakang. Buka pili air mandi la kat bawah tu.. Lepas mandi siap-siap kat situ jugak. Naik hantar baldi dan baju basah ke asrama, lepas tu tunggu loceng sarapan pagi. Kalau yang awal lagi pergi kelas hantar buku dulu. Lepas tu baru tunggu sarapan pagi. 

Bersambung...

Tuesday, January 26, 2016

SURAU IKEA CHERAS | Kecil dan sempit !

IKEA bukan la satu tempat asing bagi rakyat Malaysia ni. Kalau nak cari perabot rumah, deko-deko rumah pasti IKEA antara tempat yang dicari. Para suri-suri rumah ni kalau tak kenal IKEA tak tau la. Asal dapat pusing-pusing dalam IKEA pun jadi la. Tak beli takpe. Katanya lah.. 
IKEA Cheras yang baru buka baru-baru ni menjadikan IKEA ke-2 di Malaysia. Aku sendiri dah 2 kali pergi ke sana sebab dekat dengan rumah berbanding dengan IKEA Damansara. Lagipun saja nak usha tempat baru kan. Kalau mudah dan senang boleh la repeat lagi kan. So nak dijadikan cerita pengalaman untuk 2 kali tersebut aku rasa ada satu atau dua kelemahan yang aku rasa kurang selesa. Dan aku nak HIGHLIGHTkan iaitu

Surau

Kalau tak silap aku, hanya ada satu surau untuk orang awam (Muslim) menunaikan solat dan saiznya hanya lebih kurang sebesar ruang bilik tidur. IKEA ni bukan sebuah premis yang kecil. Besar kot IKEA ni, pelanggannya ramai, kalau hujung minggu atau waktu cuti lagi la ramai. Dan aku rasa majoriti pelanggan IKEA ni adalah Muslim. Bila time solat tu, dengan ruang sebesar tu, memang sempit kot ! Kena tunggu giliran, tunggu satu satu jemaah abis baru masuk jemaah lain. Agak kurang selesa di situ. 
SURAU IKEA CHERAS
Jemaah sedang menunggu untuk menunaikan solat.
SURAU IKEA CHERAS
Tempat mengambil wudhu jugak sempit dan hanya disediakan 3 paip sahaja. 
SURAU IKEA CHERAS
Inilah gambaran keadaan ketika solat Maghrib. Dan yang kurang selesanya jugak pintu masuk adalah dari tempat aku ambil gambar ni. Hampir arah kiblat. Bila ada jemaah dibelakang dah abis solat dan jemaah baru nak masuk terpaksa menunggu jemaah di hadapan selesai baru boleh keluar dan masuk. Sempit sampai tiada laluan keluar masuk. Belum lagi aduan dari surau Muslimah lagi. 

Mungkin ada juga yang mengesyorkan rancanglah waktu datang ke IKEA? Mungkin ada yang kata kalau payah sangat tak perlu datang ke IKEA? Ini bukan persoalannya. Kalau aku, aku mungkin dah malas dah nak pergi. Tak selesa! Aku sorang je tak pergi tak jejas pun market IKEA. 

Moga diusulkan kepada pengurusan IKEA Cheras agar ditambahbaik, membesarkan surau atau menambah bilangan surau. Bila ada keselesaan, pasti pelanggan pun senang hati datang ke IKEA. Surau pula hanya ditempatkan di bahagian atas sahaja dan dibahagian bawah tak jumpa. Kalau yang tengah mencari barang di bahagian bawah kena keluar dulu untuk pergi ke surau. Jauh pulak tu. Dah jadi pada aku dan mungkin ramai lagi pernah rasa situasi begini. Ada gangguan mood di situ. 

Tandas

Dan yang kedua, kemudahan tandas juga kecil dan tak selesa. Tidak padan dengan bilangan pelanggan yang datang. 

Akhirkata semoga IKEA Cheras dapat menerima cadangan itu demi keselesaan pelanggan. Sekian, terima kasih. 


***jikalau gambar diatas kurang menyenangkan boleh inform saya, utk diremove. 

Friday, January 22, 2016

Eroll Barbershop | Barber Hipster di Kuala Kangsar

Baru-baru ni aku balik kampung rumah mertua aku kat Kuala Kangsar, kali ni semangat lebih sikit, nak tau kenapa? Haha, yelah baru aku tau kat kualer ada barber hipster. Barber je pun tapi semangat lebih. Apahal? Okeh kalau nak tau, barber hipster ni berlainan sikit dengan saloon-saloon rambut yang kita biasa pergi ni. Meh tengok bawah ni. 
eroll barbershop
Eroll Barbershop Kuala Kangsar 
eroll barbershop
eroll barbershop
Bro Arm antara stylist kat Eroll Barbershop
Haa ni la sebabnya aku tertarik dengan Barbershop ni. Manarik tak? Barber Hipster ni deko-deko lain sikit. Ala-ala old skul.. Nak masuk pun gerun je. Haha. Nampak tak kelainan dan perbezaan dengan saloon-saloon gunting rambut yang biasa. Lain kan? 
eroll barbershop
Turn aku pulak...
eroll barbershop
Tudia apa cam? Smart tak? Memang puas hati. Balik rumah ada banyak sunyumm kikiki.. 

Rupa-rupanya dah lama dah Eroll Barbershop ni wujud, aku je tak tau. Kalau la aku tau, memang tiap kali balik kualer aku pegi potong rambut kat sini. Haha ni pun aku tau masa Projek Hipster explore Ipoh Fest baru-baru ni. Kat Ipoh pun ada Eroll Barbershop gak, dan yang menariknya kat Kuala Kangsar ni kira yang pertama dibuka sebelum melebarkan cawangan ke IPOH. Ooo gitu rupanya.. Baru teman tau.. kikiki 
Haircut cuma RM10.00, kalau student dapat harga lagi murah RM700 ke 8.00. 
eroll barbershoperoll barbershop
Pomade STAR WAX 1X
Sebelum balik aku rembat pomade satu. Aku beli yang Star Wax tu harga, RM35.00. First time aku beli pomade sebenarnya. Kalau sapa-sapa kat kualer yang nak dapatkan pomade boleh dapatkan di Eroll Barbershop. 
eroll barbershop
WAK DAUS klon

Oh ya lupa nak bagitau yang Eroll Barbershop Kuala Kangsar telah berpindah dari Chandan Puteri ke G29, Bandar Baru Kualer (belakang bas stesen Kuala Kangsar) Kalau teringin nak potong rambut hipster boleh ke sini. Haha.. Waktu operasi 11.00 pagi sehingga 7.00 petang. Jumaat tutup.
Eroll Barbershop
Facebook : Eroll Barbershop
Instagram : Eroll Barbershop


Alamat : 
G29 Bandar Baru, 
Kuala Kangsar
No Tel : 0169503974

Wednesday, January 20, 2016

Resepi ICE MILK GREEN TEA | Mudah dan Sedap!

Musim panas sekarang ni kalau pekena ICE MILK GREEN TEA atau ICE COFFEE petang-petang memang enak sekali. Basah tekak terasa nikmatnya. Haha, kat mana pulak nak cari? Sekarang ni dah banyak tempat dah nak beli minuman-minuman gini. Minuman Hipster kiranya. RASTA COFFEE, PIRATE COFFEE, COFFEE NGENCESS dan lain-lain lagi. Tak perlu ke STARBUCKS, COFFEE BEAN dah. Mahal sangat, tapi tu la ikut tekak masing-masing. Apapun, aku bukan nak cerita pasal lokasi atau gerai-gerai yang menjual minuman ni tapi aku nak share sikit resepi macam mana nak buat ICE MILK GREEN TEA versi aku. 
Green Tea Chatramue Brand - Product Thailand 
Serbuk teh ni kawan aku order dari Siam. Yang ni kalau tak jumpa di Malaysia maka kena order la dari Siam. Takpun try beli online kot-kot ada. Kalau serbut teh lain aku tak sure pulak warna sehijau yang ni. So jom tengok bahan-bahannya. Mudah dan simple. 

Recepi ICE MILK GREEN TEA
1. Serbuk Teh Hijau (Chatramue Brand)
2. Susu Sejat (krimer cair)
3. Susu Pekat Manis
4. Gula
5. Ais batu

Cara-cara menyediakan ICE MILK GREEN TEA untuk minum (1) sorang. 
1. Masukkan serbuk teh hijau (setengah sudu cukup) ke dalam gelas plastik (kalau ada). 

2. Tuang air panas setengah gelas dan kacaukan.

3. Kemudian tapiskan. 
   Ambil air yang telah ditapis tadi tambah lagi air panas sehingga 180ml. 

4. Masukkan gula 2 sudu besar, kacaukan

5. Masukkan 2 sudu susu pekat dan kacau lagi.. 

6. Kemudian asingkan ke dalam bekas yang lebih besar dari gelas tadi haha. Tak tukar pun takpe kalau gelas tadi dah besar. 

7. Masukkan ais batu. Pastikan ais batu dipecah kecik-kecik. Kalau beli ais cube tu pecah-pecahkan. Masukkan ais batu sampai penuh. 

8. Last sekali tuang susu sejat (krimer) kat atas sekali. Yang ni aku takde sukatan. Ikut suka. Jangan banyak sangat kang hilang green tea nanti. Maka dengan itu SIAP lah.... 
ICE MILK GREEN TEA 
Mudah je kan. Haha rasa pun lebih kurang je, kalau nak minum shake-shake la bekas tu. Perghh menawan kalbu. Kalau sedap share la kengkawan. Lepas ni tak perlu dah beli dah. Buat sendiri je. Selamat mencuba.. 

KELEBIHAN SURAH AL-KHAFI 1-10 | MENGELAK FITNAH DAJJAL RUMI

Saja mengingat akan diri sendiri dengan Surah Al-Khafi. Sejak 2,3 hari ni aku didatangi dengan 2 orang suruh amal dan hafal surah ni. Ada kelebihan dalam surah Al-Khafi 1-10 ni. InsyaAllah aku akan cuba. Saja aku share dalam blog supaya aku ingat, dan saudara seIslam juga ingat sama. Ini pun aku copy dari BLOG MUSLIM Kalau ada kesilapan dari entri ni mohon bagitau ya.



MENGELAK FITNAH DAJJAL surah al-Khafi 1-10

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Diriwayatkan hadith dari Ma'dan b Abi Talhah al-Yakmariyi hadith dari abi Dardak bahawasanya
Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hafal sepuluh beberapa ayat dari ayat-ayat awal Surah
al-Kahfi, dijaga dia dari kerosakan Dajjal.' [Hadith Muslim, Kitab Solat] 

Hadis pendek ini menyebutkan bahawa sesiapa yang berjaya menghafal 10 ayat permulaan Surah
al-Kahfi itu (dan dia hafal selama-lamanya sehingga mati dia), maka dia dipelihara oleh Allah dari fitnah atau huru hara Dajjal yg akan diwujudkan Allah ketika dunia hampir kiamat.

Salah satu tanda akan kiamatnya dunia adalah turunnya seorang makhluk yang disebut Dajjal yang akan bermaharajalela di dunia sebelum kiamat dunia. Ketibaan Dajjal adalah satu daripada tanda-tanda dunia akan kiamat. Fitnah Dajjal disebut oleh Nabi S.A.W sebagai fitnah yang terbesar akan menimpa manusia.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda (yang bermaksud) : “Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)

Surah al-Khafi 1-10
Audzubillahi minasyaitan nirrajim, Bismillahirrahmanirrahiim

1. Alhamdu lillaahilladzii anzala 'alaa 'abdihi lkitaaba walam yaj'al lahu Aiwaja

2. Qayyiman liyunth ira ba/san shadeedan min ladunhu wayubashshiraalmu/mineena
allath eena yaAAmaloona al ssaliha ti anna lahum ajran hasana n

3. Maakisiina fiihi abadaa

4. Wayundziralladziina qaaluu ittakhadzallaahu
waladaa

5. Maa lahum bihi min 'ilmin walaa li-aabaa-ihim 
kaburat kalimatan takhruju min afwaahihim in yaquuluuna illaa kadzibaa

6. Fala'allaka baakhi'un nafsaka 'alaa aatsaarihim in lam yu'minuu bihaadzaa lhadiitsi asafaa

7. Innaa ja'alnaa maa 'alaa l-ardhi ziinatan lahaa linabluwahum ayyuhum ahsanu 'amalaa

8. Wa-innaa lajaa'iluuna maa 'alayhaa sha'iidan juruzaa

9. Am hasibta anna ash-haaba lkahfi warraqiimi kaanuu min aayaatinaa 'ajabaa

10. idz awaa lfityatu ilaa lkahfi faqaaluu rabbanaa aatinaa min ladunka rahmatan wahayyi' lanaa min amrinaa rasyadaa

MAKSUDNYA
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad),Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
(Al-Kahfi 18:1)

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. 
(Al-Kahfi 18:2)

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. 
(Al-Kahfi18:3)

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". 
(Al-Kahfi 18:4)

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. 
(Al-Kahfi 18:5)

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. 
(Al-Kahfi 18:6)

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. 
(Al-Kahfi 18:7)

Dan sesunggu hanya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. 
(Al-Kahfi 18:8)

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
(Al-Kahfi 18:9)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". 
(Al-Kahfi 18:10)


Kredit pada BLOG MUSLIM

Tuesday, January 19, 2016

Legoland Malaysia Resort 2016 Event Calendar

Calendar Event 2016 Legoland Malaysia Resort dah pun kuar. Kot-kot ada yang merancang nak bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia Resort pada masa akan datang boleh la usha-usha event-event ni. 
Januari 2016

legoland 2016 event calendar
Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi. Legoland Malaysia telah menyediakan pelbagai promosi sempena kedatangan Lunar New Year 2016. Salah satu aktiviti menarik yang akan diadakan di sana ialah percubaan untuk memasang bongkah lego replika monyet sebanyak 2016 buah untuk mencatat rekod dalam Malaysia's Book of Record. Kenapa monyet? Tahun ni merupakan tahun monyet dalam Chinese Zodiac. Percubaan itu akan bermula dari 22 Januari 2016 sehingga 14 Februari 2016. Mampukah Legoland Malaysia cipta rekod sekali lagi? Tahun lepas berjaya pasang lego Mandarin.. Baca bawah

Legoland Malaysia Chinese New Year 2015 Malaysia's Book of Record

March 2016
The Lego Movie Continues in 4D - New Attraction


Untuk maklumat lanjut sila kunjungi website LEGOLAND Malaysia Resorts 

Monday, January 18, 2016

STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container | The Force Awakens

Aku bukanlah peminat tegar STAR WARS, cuma aku sangat suka koleksi-koleksi dari STAR WARS ni. Yang terbaru aku dapat STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container | kontainer Bijirin Sarapan dan Susu R2D2 dengan pembelian KOKO Krunch Jumbo. Nasib je jumpa, sebelum ni aku cari dah kat pasaraya tapi banyak yang dah habis. Mungkin Limited Edition kot. Comel kot bekas ni. 
STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container
STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container
STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container
STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container
STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container
STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container
Haa, comel kan... Penutup kontainer tu jadi mangkuk cereal, sudu diselitkan sekali. Rupanya kat dalam bekas tu ada dua partition. Satu untuk letak susu dan satu lagi untuk cereal. Menarik ni.. Sesuai untuk budak-budak bawa gi taska ker, sekolah ker.. Untuk breakfast boleh la. Cukup-cukup lapik perut je. Heheh.. Tapi aku tak guna pun, aku simpan dalam almari kaca buat hiasan. Berebut dengan Abang Ngah haha.. Sabo je la..  

Keputusan Liverpool vs Manchester United | Rooney pecah rekod jaringan

Keputusan Liverpool (0) vs (1) Manchester United 
Kemenangan 1-0 ke atas Liverpool malam tadi menyaksikan Manchester United dan Liverpool mencatatkan beberapa fakta menarik untuk dikongsikan. Antaranya : 
wayne rooney 176
1. Gol Wayne Rooney adalah yang ke 100 untuk Manchester United di Anfield menentang Liverpool. Wow!!

wayne rooney 176
2. WayneRooney kini memegang rekod gol premier league terbanyak untuk satu kelab, dengan 176 untuk Manchester United selepas Thierry Henry dengan 175 bersama Arsenal.

3. Manchester melebarkan rekod kemenangan dengan Liverpool

4. "Liverpool have now lost 12 times at home to Manchester United, more defeats than against any other visitor in the Premier League era."
wayne rooney 176
Gol tunggal perlawanan hasil jaringan  Wayne Rooney minit ke 78
wayne rooney 176
wayne rooney 176

dan banyak lagi... tak larat nak senarai. Fakta demi fakta sebenarnya... Belum masuk Klopp kalah dengan Manchester United. Pertemuan pertama Liverpool dibawah kendalian dia. Tak larat nak senarai..Glory Glory Manchester United

Semua di atas adalah sumber dari Internet. All above are source from internet.

Sunday, January 17, 2016

Samsung Express Service Center Pandan Indah

Sambungan dari entri semalam. [ketidakstabilan smartphone samsung S6]

"3 jam" kata petugas kaunter Samsung tu bagi tau aku. Dia nak check dan repair apa yang patut. Ok la 3 jam, jangan sehari sudah. Masak aku takde phone. 3 jam tu kejap je, pergi makan pergi solat jumaat siap!

Rasanya sejam lebih je dia buat. Lepas solat jumaat ingat nak pegi ambik dah tapi jauh plak dari ofis. So aku tunggu la time balik nak pegi ambik. Sekali hujan lebat selebatnya petang tu. Hmm balik lambat la gamaknya petang tu. Tunggu hujan reda. 5.40 petang cam tu aku redah gak la pergi ambik phone tu. Sampai-sampai ambik phone pastu terus balik. 6.30 petang sampai rumah. 

So ni la resit yang aku report pasal smartphone aku ni dan part-part yang telah diganti oleh Samsung. 
Samsung Express Service Center - Pandan Indah
Defecf Description : Hang / Auto Restart

Sekali bila dah repair tudiaaa, sampai 3 parts kot dorang tukar. Fuh ini menakutkan je. Dah kira tahap ICU smartphone aku nih.. Main (Comm) / Rework Kit dan Inner Battery Pack ( eh tukar bateri baru ker? ) Padahal tak sampai setengah tahun lagi pakai. Memang ikut luck la beli smartphone ni. 
Samsung Express Service Center - Pandan Indah
Nasib baik masih dalam full warranty. Kalau tak masak kena cas ni. Meh aku nak cerita kat mana aku pegi servis smartphone samsung S6 aku ni. 
Mula-mula aku tak nak mention lagi Service center ni risau-risau tak berbaloi atau risau service tak ok. Tapi memandangkan service tiptop dan EXPRESS tak sampai 3 jam pun dari yang dia cakap tu, meh aku share location. 
Samsung Express Service Center - Pandan Indah
Lot 31, Ground Floor, Pandan Kapital Shopping Complex,Persiaran MPAJ, Persiaran Mpaj, Pandan Indah, 56100, Selangor, MalaysiaPhone:+60 3-4292 1010
Hours: 10.30 pagi - 9.30 malam
Map [KLIK MAP]

Dan aku dapat balik Smartphone aku. Lega rasanya. Harap-harap masalah ni tak berulang lagi. Frust aku dibuatnya.