Wednesday, January 27, 2016

Cerita satu ketika dulu Part 1 | Asrama

Saja aku cerita kisah silam di blog supaya dapat dibaca oleh anak-anak satu ketika nanti. Tak pun aku sendiri baca nanti. Haha.. Tidak ada istimewa sangat pun cerita ni cuma boleh perbandingan atau perbezaan kehidupan zaman 90-an dengan zaman sekarang ni. 

Maka bermulah...
Kisah 23 tahun yang lalu.... 
Logo SK Serasot 
Seawal umur 10 tahun aku dah tinggal di asrama. Baru darjah 4 kot aku masa tu. Tahun 1993 di SK Serasot, Bau, Sarawak. Antara sekolah di luar bandar yang ada kemudahan asrama. Pengalaman yang tak akan dilupakan. Kebanyakkan murid-murid sekolah rendah masa tu tinggal di asrama. Bukan apa, jarak dari rumah ke sekolah agak jauh dan tiada pengangkutan, jadi alternatif lain ialah tinggal asrama. Sekarang rasanya budak-budak naik moto je gi skolah tak pun naik basikal. Rumah aku tak jauh pun sebenarnya dari sekolah berbanding murid-murid lain. Memang aku sendiri beriya nak tinggal di asrama masa tu. Nak merasa berdikari la kononnya haha. dan yang paling hebat budak darjah 1 pun dah ada yang tinggal di asrama. Cuba bayangkan kalau anak-anak sekarang darjah 1 dah masuk asrama. Nak pergi sekolah pun pakaian, beg sekolah mak pak yang siapkan. Memang jauh beza la zaman dulu-dulu dengan sekarang. Tapi ni mungkin terjadi pada kami yang sekolah di luar bandar dulu-dulu. Bila ingat-ingat balik masa kat asrama, budak darjah 1 tu dah pandai berdikari, mandi sendiri, pakai baju sendiri, tidur sendiri. Tabik spring!!

Setiap petang ahad, budak-budak asrama akan ke asrama dan pulang ke rumah hari jumaat lepas sekolah. Antara kisah-kisah yang menarik nak aku kongsi untuk kenangan diri sendiri ialah persiapan untuk pergi kelas. Malam-malam kena siapkan baju sekolah dan seluar sekolah. Digulung dan diikat dengan tali pinggan.

Lihat ni. Begini la bentuknya. Pepagi bangun terus ke bilik mandi bawa tuala, baju gulung ni, baldi kecik yang siap sabun, berus gigi dan ubat gigi. Berlari menuju ke bilik air. Pili air sangat terhad. Dalam 5 pili je kalau tak silap. So sapa lambat kena berbaris la kat belakang. Buka pili air mandi la kat bawah tu.. Lepas mandi siap-siap kat situ jugak. Naik hantar baldi dan baju basah ke asrama, lepas tu tunggu loceng sarapan pagi. Kalau yang awal lagi pergi kelas hantar buku dulu. Lepas tu baru tunggu sarapan pagi. 

Bersambung...

No comments:

Post a Comment