IKEA Cheras yang baru buka baru-baru ni menjadikan IKEA ke-2 di Malaysia. Aku sendiri dah 2 kali pergi ke sana sebab dekat dengan rumah berbanding dengan IKEA Damansara. Lagipun saja nak usha tempat baru kan. Kalau mudah dan senang boleh la repeat lagi kan. So nak dijadikan cerita pengalaman untuk 2 kali tersebut aku rasa ada satu atau dua kelemahan yang aku rasa kurang selesa. Dan aku nak HIGHLIGHTkan iaitu
Surau
Kalau tak silap aku, hanya ada satu surau untuk orang awam (Muslim) menunaikan solat dan saiznya hanya lebih kurang sebesar ruang bilik tidur. IKEA ni bukan sebuah premis yang kecil. Besar kot IKEA ni, pelanggannya ramai, kalau hujung minggu atau waktu cuti lagi la ramai. Dan aku rasa majoriti pelanggan IKEA ni adalah Muslim. Bila time solat tu, dengan ruang sebesar tu, memang sempit kot ! Kena tunggu giliran, tunggu satu satu jemaah abis baru masuk jemaah lain. Agak kurang selesa di situ.
Jemaah sedang menunggu untuk menunaikan solat.
Tempat mengambil wudhu jugak sempit dan hanya disediakan 3 paip sahaja.
Inilah gambaran keadaan ketika solat Maghrib. Dan yang kurang selesanya jugak pintu masuk adalah dari tempat aku ambil gambar ni. Hampir arah kiblat. Bila ada jemaah dibelakang dah abis solat dan jemaah baru nak masuk terpaksa menunggu jemaah di hadapan selesai baru boleh keluar dan masuk. Sempit sampai tiada laluan keluar masuk. Belum lagi aduan dari surau Muslimah lagi. Mungkin ada juga yang mengesyorkan rancanglah waktu datang ke IKEA? Mungkin ada yang kata kalau payah sangat tak perlu datang ke IKEA? Ini bukan persoalannya. Kalau aku, aku mungkin dah malas dah nak pergi. Tak selesa! Aku sorang je tak pergi tak jejas pun market IKEA.
Moga diusulkan kepada pengurusan IKEA Cheras agar ditambahbaik, membesarkan surau atau menambah bilangan surau. Bila ada keselesaan, pasti pelanggan pun senang hati datang ke IKEA. Surau pula hanya ditempatkan di bahagian atas sahaja dan dibahagian bawah tak jumpa. Kalau yang tengah mencari barang di bahagian bawah kena keluar dulu untuk pergi ke surau. Jauh pulak tu. Dah jadi pada aku dan mungkin ramai lagi pernah rasa situasi begini. Ada gangguan mood di situ.
Tandas
Dan yang kedua, kemudahan tandas juga kecil dan tak selesa. Tidak padan dengan bilangan pelanggan yang datang.
Akhirkata semoga IKEA Cheras dapat menerima cadangan itu demi keselesaan pelanggan. Sekian, terima kasih.
***jikalau gambar diatas kurang menyenangkan boleh inform saya, utk diremove.
Good sharing
ReplyDelete