Pages

Sunday, February 28, 2016

Crab Factory Brolly best Cuisine di Kuala Lumpur

Kekadang buat kerja bagai nak rak tapi masa rehat takde pun tak best gak. Sesekali tu kena hiburkan kan diri jugak. Release tension sikit-sikit. Tak semestinya kena pergi melancong untuk hiburkan diri. Kadang-kadang berhibur dengan kawan-kawan pun boleh release tension. 
Macam tu gak aku, ambik masa lapang ajak geng-geng blogger buat dinner treat. Lagi ramai lagi meriah. Set tarikh dan masa semua sampai. Baru-baru ni aku dan geng blogger Ben Ashaari meet up kat Restoran Brolly, Menara Felda, Kuala Lumpur. Kenapa Brolly? 
Meh nak citer.. Kat Brolly ni ada 9 jenis cuisine yang berbeza. Antaranya Crab Factory, Ember & Bara BBQ, Nove 9 Pizzeria, Vari.EAT.y, My Wing Man, Sweet Ending, dll. Wow menarik ! Kalau pergi ramai-ramai tak risau ada yang alergik seafood ke daging ke. Menu boleh pilih masing-masing. 
Serius aku suka Brolly ! Tempatnya menarik dan deco sangat kreatif, penuh dengan sparepart kereta. Ala-ala bengkel kereta. Aku suka ! Lain dari yang lain. Masing-masing ada konsep tersendiri.
Ada kereta tersadai atas tu.. 
Tools lagi.. Menarik kan ! 
Siap selfie nak basuh tangan. Pili paip dari pump petrol. Sinki pulak tayar kereta. Dikelilingi dengan cermin-cermin kereta. Awesome ! 
Ekzos pun ada !

Jom kita makan pulak. Apa menu kami ? 
BROLLY STARTERS

MY WING MAN
We wing you everytime
Cencaluk Fried Chicken Wing
Cencaluk pun ada. Tu aku cakap dah 9 jenis cuisine kat sini. Lain-lain cuisine ada menu masing-masing. Merasa gak aku ayam goreng cencaluk. Sedap! First time aku makan. Pembuka selera kami.

VARI.EAT.Y
Variety Skewers (Lamb, Chicken, Striploin, Tiger Prawans & Baby Octopus)
Memang marvellous ! Satay ayam, daging, baby octopus dan udang harimau. Sedap beb ! Terasa juicy daging dan rempah. 
Beef Burger
Chicken Burger

WEEKDAY LUNCH TRAY
Creamy Ayam Percik
(served dengan shallot rice, sauteed vegetables, potato croquette & mixed fruits)
Seafood Fried Rice 
(served dengan chicken skewers, sauteed vegetables, potato croquette & mixed fruits)
Sedap-sedap semuanya. Paling aku suka nasi goreng seafood ni. Fuhh menggamit jiwa. 


EMBER & BARA BBQ
Beef Sirloin with Black Pepper Sauce
Yang suka makanan Western, kat Brolly ada Ember & Bara BBQ, yang pasti daging lembut dan sedap !

NOVE 9 PIZZERIA 
Lambogarlic Pizza
(Minced lamb and Lamb Sausage flooded with garlic sauce)
Pizza garing dan sedap. Aku suka pizza ni, kalau dapat kat my son boleh abis dia makan sorang ni. 

CRAB FACTORY
Home of the Original Louisiana Boil in Malaysia
Dan yang paling ditunggu-tunggu, seafood. Kegemaranku ! Haha.. Makanan laut segar dari Crab Factory. Macam biasa bag signature Southern Bang SauceSpicy Plum Sauce dan juga Garlic Butter Sauce. (served in Seafood Bag) 
Flower Crab Set (Mild) Asam Pedas
Flower Crab Set (Spicy Plum Sauce)
Meat Crab Set (Garlic Butter)
Nampak tak ? Sampai licin aku makan. Haha. Ni yang aku suka Garlic Butter Sauce. Terbaek !
Wild Blueberry, Passion Blueberry, Apple dan Pineapple.  
Nikmatnya bila dah makan pedas-pedas pastu minum air ni. Potong terus rasa pedas tu.. Rasa air masam-masam manis. 

Last but not least, dessert time.
SWEET ENDING
Tiramisu !
Waffle dengan ice cream
Alhamdulillah kenyang bangat ! Perut kenyang hati pun tenang. Hehe... Berbaloi-baloi makan kat sini. 

Promosi di Crab Factory di Brolly
Promosi Monthly Crazy Bag Febuari adalah "2pcs Red Lobster (800gm) untuk RM155 (Biasa RM 179)

Promosi Monthly Meal For Two Seafood Lovers Febuari adalah "Spanner Crab RM12/100gm (Biasa RM17/100gm) dengan setiap 500gm Yabbies-M at RM50. Percuma Corn, Button Mushroom & Coleslaw"

Promosi Monthly Crazy Bag March adalah "Spanner Crab RM12/100gm (Biasa RM17/100gm

Promosi Monthly Meal For Two Seafood Lovers March adalah "500gm Yabbies-M dan 300gm New Zealand Mussels untuk RM88 sahaja (Biasa RM115). Percuma Corn, Button Mushroom & Coleslaw"

Cara order baru untuk makanan laut di Crab Factory

Step 1 : Pilih makanan laut, (minimum satu jenis, maksimum 3 jenis) dalam timbangan 300gm atau 500gm. Untuk ketam, boleh pilih secara kepingan.

Step 2 : Pilih sos & tahan kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba-Jamba.

Step 3 : Pilih satu atau dua Bag Buddies


Jangan lepas peluang menikmati promosi-promosi ni. Memang sangat berbeza dengan harga sebenar. 
Maklumat Lanjut:
Brolly: Crab Factory 
Menara FELDA, Platinum Park, No 11, 
Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2181 4122
Website: http://www.my-brolly.com/

Parking PERCUMA di Menara Naza
Isnin-Jumaat : Lepas 6 petang
Sabtu & Ahad : Sepanjang hari

No comments:

Post a Comment