D' Pallet Place, Langat
Lokasinya terletak sebelum Stesen Minyak Petron batu 9, Langat. Sebelum sampai sekolah bukit raya tu. Try guna waze, kot-kot dah boleh jumpa. Kalau aku takyah guna waze la, 5 minit je dari rumah.
CHAR KUAY TEOW PERLIS
Ada Char Kuay Teow dan Kuay Teow Kerang !! Malam tu aku makan Kuay Teow Kerang.
Kuay Teow Kerang Perlis
Boleh tahan gak sedap! Next time try Char Kuay Teow pulak. Alamak tengok gambar pun aku dah terliur dah. Alahaii !!
FRIED & BBQ BIG SQUID
Sebelah Char Kuay Teow ada FRIED & BBQ BIG SQUID. Yang ni aku belum torai lagi. Tapi tengok memang nampak menarik. Lepak sambil minum teh tarik ke nescafe tarik ke. Best gak. Besar jugak sotong dia. RM10.00 Saiz sotong(XL) Harga lain-lain tu sebab kalau letak cheese tambah rm2.00 je.
Sotong XL
Yang kedai Tom Yam aku pernah rasa, biasa-biasa je macam rasa kat kedai Tom Yam biasa. Cumanya tak puas nak hirup kuah. Sikit sangat hehe.. Steamboat belum torai gak lagi.. So itu je la nak kabo. Nak datang langat boleh la singgah sini.
No comments:
Post a Comment