Pages

Saturday, February 27, 2016

PatentMall.Asia Platform Jual Beli Paten Online

Patentmall.Asia ! 
Apa tu patentmall? Apa itu Paten ? vs Mall ? adakah Shopping Mall? Mula-mula aku pun tak tau. Tapi selepas hadir di majlis Launching PatenMall.Asia 25 Februari 2016, baru la aku faham. Terang dan jelas ! Paten ni ialah sebuah idea. Penghasilan idea, ciptaan teknologi baru yang telah dicipta oleh seseorang individu (pencipta) atau, kelompok individu sama ada untuk kepentingan diri sendiri mahupun untuk tujuan pengkomersialan. Akan tetapi adakah semudah itu je nak komersialkan? 

Maka dengan itu, wujudlah www.Patentmall.Asia
PatentMall.Asia
Patentmall.Asia
Patenmall.Asia ni merupakan salah satu platform atau one stop center untuk menjual beli Paten secara online. Lebih senang aku cakap, tempat nak mencari produk-produk baru, teknologi-teknologi baru yang telah dipatenkan untuk dikormersialkan. Hanya dengan melayari www.patenmall.asia, pelbagai jenis paten telah diiklankan. Pilih saja mana berkenan lepas tu deal dengan pemilik Paten tersebut. Mudah !  Idea-idea tadi dimasukkan ke dalam Patentmall.Asia dan perkhidmatan ditawarkan secara percuma. Dah la memudahkan, percuma pulak tu. 

Sapa yang create PatentMall.Asia ni? 

Okeh PatentMall.Asia ni telah dibangunkan oleh sebuah syarikat bumiputera iaitu Patentmall Sdn. Bhd. Sebuah syarikat yang dibangunkan pada tahun 2012, bertanggungjawab mengkaji solusi bagaimana cara untuk mengkomersialkan paten. Prihatin, peka terhadap pembangunan ekonomi negara mencari langkah agar idea-idea yang telah dipatenkan mampu dikormesialkan dengan mudah.

Macam yang kita maklum, hampir setiap Universiti-universiti kat Malaysia ni ada banyak produk hasil ciptaan dan rekabentuk kreatif mereka sendiri. Boleh kata setiap tahun, Universiti menghasilkan paten (idea, ciptaan teknologi baru), dihasilkan oleh pelajar-pelajar, tapi hasil tu disimpan macam tu je, padahal paten tersebut boleh dijual kot kepada usahawan atau sesiapa yang mahu membelinya. Mungkin disebabkan kesulitan untuk komersial, maka paten disimpan begitu saja. Akan tetapi, dengan adanya Patentmall.Asia maka kesulitan itu dapat dikurangkan. Projek ini mendapat sambutan dan sokongan dari hampir setiap Universiti dan “Research Institution” (R.I) di Malaysia. Kini PatentMall mempunyai lebih 1000 Paten yang telah sedia untuk di pasarkan daripada UKM, USM, UPM, UTM, UM, dan banyak lagi.

Selain itu ada beberapa faedah-faedah utama PatentMall kepada masyarakat dan negara:
  • Menjadi satu pangkalan data Paten negara.
  • Memudahkan organisasi dan kerajaan mendapat data terkini yang boleh mengukur proses pengkomersilan.
  • Memudahkan proses pencarian dan jual beli Paten.
  • Memperkenalkan dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keistimewaan dalam perniagaan menggunakan paten secara am.
  • MempromosikanTeknologi Malaysia kepada Asia dengan lebih mudah.
Melalui PatentMall, pelawat dapat memahami dan melihat tawaran harga, status Paten, Profil Pencipta Paten, Sistem “direct messaging” dan banyak lagi dengan jelas, mudah dan cepat. Tawaran harga adalah didalam matawang USD, ini bagi memudahkan urusan jual beli dengan pembeli di luar negara.  Tawar menawar dapat dijalankan secara  terus melalui sistem “bidding”,  setelah harga yang dibincangkan dipersetujui atas talian, maka barulah perjumpaan dirancang dan dipersetujui. Dengan ini dapat mempercepatkan proses pembelian .

PatentMall.Asia
PatentMall Sdn Bhd melancarkan PATENTMALL.ASIA dengan kerjasama MATRADE, CRADLE FUND dan Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) serta mendapat sokongan dari KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI, MALAYSIA dengan menekan kepada  “MALAYSIAN TECHNOLOGY GOING GLOBAL” telah diadakan di MENARA MATRADE Kuala Lumpur.

Majlis Perasmian PatentMall.Asia yang telah disempurnakan oleh YBhg Dato’Prof Dr.Asma Binti Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
PatentMall.Asia
Ucapan Aluan dan Penerangan PatentMall oleh En.Muhammad Mohan Krisna | Pengurusi PatentMall Sdn Bhd
PatentMall.Asia
Penerangan ke 2 oleh En.Jaime Omar Walford | Ketua Pegawai Eksekutif PatentMall Sdn Bhd
PatentMall.Asia
PatentMall.Asia
PatentMall.Asia
Majlis Tandatangan Perjanjian (MOU) antara  PatentMall.Asia dengan ITMA dan Universiti Teknologi Malaysia. 
PatentMall.Asia
Sidang Media
Disiarkan dalam berita perdana RTM1 pada 25/2/2016

Kepada usahawan-usahawan diluar sana, inilah peluang untuk anda mencari produk, teknologi baru untuk dikomersialkan. Hanya dengan melayari Patenmall.Asia produk mampu jadi milik anda. 

Akhir sekali, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Cradle Fund yang membiayai projek untuk membuat prototaip Web Portal Patentmall. Terima Kasih kepada Matrade, PPIPBMUTM kerana menyokong dan membantu menaja PERASMIAN ini. Kalau bukan kerana mereka, majlis takkan semeriah ini.

1 comment:

  1. Idea kreatif seperti kartun karekter boleh dijualkah dalam Paten Mall?

    ReplyDelete